Saturday, July 21, 2012

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1433H/2012M



Selamat menyambut bulan ramadan.. Selamat beramal ibadah buat semua pembaca Lulu-Pages. Semoga kita dapat beramal ibadah dengan sempurna dibulan yang ditunggu-tunggu ini.. Insya-Allah.. Mohon di share kan jadual berbuka puasa dan imsak ini, semoga menjadi panduan yang amat berguna buat kita semua... ok lepas ni boleh lebihkan entri berbuka :p


BIL 
NEGERI 
ZON
1    
MELAKA
MELAKA
2 JOHOR
3 PERAK
4   SARAWAK
5 SABAH
6 TERENGGANU
7 KELANTAN
8 SELANGOR
9 PAHANG
10
WILAYAH PERSEKUTUAN
11
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
12
PERLIS
PERLIS
13 NEGERI SEMBILAN 
14 KEDAH
15
PULAU PINANG
PULAU PINANG


** Sumber: Pengurusan Fatwa, Jakim





.

Artis ini tiru tips kecantikkan Julia Roberts.. Sila jangan muntah!


Dia salah satu daripada artis yang terkenal dengan pilihan fesyen dalam rangkaian muzik, dan jarang dilihat silap memilih pakaian apabila muncul dimana-mana khalayak ramai. Tapi, nampaknya Pixie Lott melupakan sesuatu yang sangat penting ketika menghadiri premier London The Dark Knight Rises malam tadi.


Kerana apabila dia berpose dengan tangannya di pinggang di premiere di London Leicester Square, ketiak wanita itu jelas dilihat dengan bulu ketiak yang belum dicukur. Penyanyi 21 tahun tanpa disedari menarik perhatian orang ramai dengan ketiak berbulu sambil dia tersenyum kepada jurugambar yang sibuk mengambil gambarnya.


Mungkin juga Pixie mengambil tips kecantikkan dari Julia Roberts, yang mengejutkan peminatnya dengan bulu ketiak di tayangan perdana Notting Hill pada tahun 1999.








.

Anjing berbulu hitam ini memang pandai merokok


Ternyata merokok bukan hanya dilakukan manusia, tapi ada seekor anjing yang juga dapat merokok seperti manusia. Blackie, si anjing berbulu hitam itu boleh merokok seperti lelaki dewasa. Kepandaian itu bukan daripada dia lahir. Namun diajar si pemilik setelah Blackie dibeli dari sebuah kedai haiwan di China. Pemiliknya bernama Zeng Ziguang, dari Wuchang, Provinsi Hubei. Lelaki berusia 23 tahun itu mendedahkan anjing itu kecanduan tembakau. Untuk itu dalam satu hari Blackie harus mendapat satu bungkus rokok. "Awalnya ia membenci bau asap. Tapi aku melatihnya untuk terbiasa dengan meniupkan asap kepadanya," kata Zeng, seperti dipetik dari orange.uk.

"Secara bertahap Blackie terbiasa dengan bau rokok dan aku mula memasukkan menyalakan rokok ke dalam mulutnya. Setiap kali dia melakukan itu, aku akan memberinya makanan," ujarnya. Namun perilaku aneh itu mengundang kecaman dari jiran-jirannya. Mereka terkejut Zeng mengajar haiwan peliharaannya merokok. "Dia adalah pemilik haiwan peliharaan yang mengerikan," kata salah seorang jiran kepada harian tempatan Changjiang.






.

Penat perang mulut dengan menantu, dia jahit mulut!



Seorang perempuan berusia 57 tahun dan hanya diketahui bernama Lin menjahit bibirnya sendiri setelah dia bertengkar dengan menantunya di rumah mereka di Taiwan. Demikian diberitakan China Times. Lin mengaku penat mendengar keluhan menantunya yang mengatakan dia terlalu cerewet. Minggu lalu, setelah perang mulut yang hebat dengan menantunya yang berasal dari Vietnam, si menantu bernama Chen menelefon polis dan mengatakan Lin menghidap kelainan jiwa (gila) tapi menolak untuk berubat. Polis tak boleh melakukan apa-apa kerana Lin mengunci diri di dalam bilik dan meninggalkan rumah mereka di Taoyuan.


Dua jam kemudian, dia kembali dan Chen menelefon polis dan mereka menemukan kepala Chen berdarah dan menurut Chen ini disebabkan kerana Lin menyerangnya dengan seterika. Petang harinya, Lin ditemukan jalan-jalan di dekat taman dan bibirnya dijahit. Dia kemudian dibawa ke RS agar jahitan tersebut dibuka. Lin mengakui dia menjahit bibirnya sendiri kerana Chen selalu marah jika dia terlalu cerewet. Tetapi doktor tidak percaya kerana jahitan itu terlalu kencang dan kemungkinan dilakukan orang lain.






.

Kecanduan makan makanan kucing.. apakah?


Mary dari Michigan memiliki kebiasaan berbahaya. Dia makan makanan kucing untuk sarapan, makan siang dan makan malam. Dalam setahun, Mary dapat menghabiskan 680 kg makanan kucing, termasuk makanan tin makanan kucing. Doktor sudah memperingatkannya bahawa kebiasaan aneh tersebut boleh membunuhnya. Pakar mengatakan bahawa makanan kucing mengandungi banyak bahan yang dapat membahayakan manusia. Walaupun makanan kucing memang sesuai untuk kucing, bukan bermakna ianya sesuai juga buat manusia..







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!