Monday, July 23, 2012

Inilah Spa paling ekstrim di dunia


Usaha Zhang Nan, 56, memperolehi kulit halus dan awet muda membuatnya nekad melakukan rawatan tubuh ekstrim, iaitu spa belut. Namun rawatan kecantikan ini berakhir dengan pembedahan. Kerana ingin terlihat lebih muda, Zhang tanpa ragu berendam dalam air berisi ratusan belut yang dikatakan akan memakan lapisan kulit mati di tubuhnya. Tapi setelah mandi, lelaki berusia 56 tahun ini merasakan sakit yang amat sangat pada alat kelaminnya. "Saat selesai mandi saya boleh merasakan belut menggigit tubuh saya. Kemudian saya merasakan sakit yang makin parah dan melihat belut kecil menggigit hujung kemaluan saya dan masuk ke lubang kecil di dalamnya," ujar warga Honghu, provinsi Hubei China.

Meskipun berusaha menarik keluar belut tersebut, tubuh belut yang licin membuat Zhang tak dapat mencegah ikan mirip ular ini masuk ke tubuhnya. Dia lantas bergegas ke rumah sakit dan segera menjalani pembedahan selama tiga jam untuk mengeluarkan belut sepanjang enam inci atau lebih dari 15 cm. Belut tersebut telah mati sewaktu doktor menemuinya. Pakar bedah Jin Wang mengatakan, sifat belut yang licin membuatnya dapat masuk meskipun melalui saluran kecil di alat kelamin. "Diameter uretra pada kemaluan lelaki memang sempit, tapi kerana belut cukup licin, tubuhnya bekerja sebagai pelincir dan masuk melalui kemaluan dengan lancar," katanya.





.

Penyampai berita lebih mementingkan nilai islam


Mesir melancarkan satu saluran berita satelit terbaru yang hanya menampilkan penyampai berita wanita menutup seluruh anggota badan menggunakan niqab. Pelancarannya mewakili revolusi budaya negara itu yang lebih mementingkan nilai Islam selepas kebangkitan Arab atau ‘Arab Spring’. Semua kakitangan Maria TV yang memulakan siaran pertama mereka Jumaat lalu, menyampaikan berita dengan mengenakan purdah berwarna hitam dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Malah, pekerja lelaki juga dilarang terbabit dalam siaran berita itu walaupun hanya membuat panggilan telefon.

Semua kakitangan wanita termasuk pekerja di belakang tabir turut memakai purdah. El-Sheikha Safaa Refai yang mengetuai Maria TV mendakwa, kemunculan saluran terbabit menunjukkan sejauh mana perkembangan negara itu selepas kejatuhan Presiden Hosni Mubarak. Beliau berharap dengan memaparkan pakaian itu di televisyen, mereka boleh buktikan kepada semua bahawa wanita yang mengenakan niqab juga boleh berjaya. Kebanyakan wanita Mesir sebelum ini terutama mereka yang mengenakan purdah mengadu sering menjadi mangsa diskriminasi sekiranya ingin mencari pekerjaan terutama dalam program televisyen dan juga pendidikan.


Mengenai pemakaian niqab ketika membaca berita, El-Sheikha Safaa Refai berkata: “Saya dimaklumkan ia tidak mungkin berjaya disebabkan muka saya tak kelihatan. Tetapi, nada suara saya boleh menjelaskan emosi dan reaksi saya.” Dengan beroperasi di sebuah apartmen kecil di daerah Abassiya, saluran terbabit akan disiarkan enam jam sehari melalu saluran al-Ummah. - Agensi





.

Sedihnya.. Usia 9 tahun sudah dilatih menjadi perompak


Dalam bayangan anda, anak berusia 9 tahun, sudah tentu fikirannya hanyalah bermain, belajar dan sebagainya. Pasti tidak pernah anda bayangkan untuk melatih anak-anak anda untuk memegang pistol di usia semuda 9 tahun. Tetapi lain halnya di Somalia. Kerana kemiskinan, anak-anak disana sudah mula dilatih untuk memegang pistol semenjak mereka berumur 9 tahun. Mereka diajar untuk bertarung dengan pistol untuk mengalahkan musuh-musuh, bahkan sebahagian dilatih untuk menjadi perompak. Benar-benar sebuah fenomena yang akan membuat ramai yang terluka.

Demikian sukarnya kehidupan disana sehingga anak-anak juga harus turut menjadi korban. Rumah-rumah disana juga banyak yang sudah rosak tetapi tidak pernah diperbaiki kerana tidak ada wang.






.

Bapa sendiri bunuh anak


Seorang lelaki membunuh dua anak perempuannya berusia belasan tahun apabila mereka pulang ke rumah empat hari selepas melarikan diri dengan seorang pemuda. Si bapa yang menembak mati gadis berkenaan ditahan atas tuduhan membunuh di daerah Nad Ali di wilayah Helmand, selatan Afghanistan, kata jurucakap polis, Farid Ahmad Farhang. “Dia membunuh dua anaknya. Kedua-dua gadis itu melarikan diri dengan seorang pemuda empat hari lalu. Apabila pulang, lelaki itu menembak mati kedua-duanya. Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap lelaki muda terbabit yang dikatakan bekerja sebagai jurubahasa untuk tentera Nato di wilayah berkenaan.


Hubungan antara lelaki dan wanita dikawal ketat oleh undang-undang Islam dan kebanyakan keluarga di Afghanistan mengenakan hukuman berat terhadap anggota keluarga mereka yang melanggarnya. Tindakan ‘membunuh kerana maruah’ menjadi amalan biasa di negara itu. Kumpulan Taliban yang memerang kerajaan Presiden Hamid Karzai yang disokong oleh Barat baru-baru ini melaksanakan hukuman mati secara terbuka terhadap seorang wanita muda di sebuah kampung berhampiran Kabul selepas menuduhnya berzina.

Pembunuhan itu dikecam secara meluas di peringkat antarabangsa selepas video mengenainya disiarkan menerusi media Afghanistan. Ia menunjukkan orang ramai bersorak ketika seorang lelaki menembak wanita itu. - AFP






.

Cerita terbaru Irma Hasmie : Kenyataan sebenar..


WANITA yang baru mendirikan rumah tangga ini hanya tersenyum tatkala persoalan tentang tersebarnya di alam maya gambar perkahwinan suami, Redza Syah Azmeer Mohd. Redzuan, 31, dengan bekas isterinya itu, dibangkitkan. Tiada riak cuak di wajah wanita berusia 30 tahun ini atau tindak tanduk kurang menyenangkan sewaktu mengulas isu yang dianggap 'tiada apa-apa' pada pertemuan sewaktu sesi penggambaran iklan komersial produk D'Haja di Pulau Indah, Klang Selangor pagi Isnin lalu. Malah, pelakon dan pengacara ini juga bersedia untuk menerima apa juga tanggapan buruk masyarakat tatkala gambar suaminya dengan wanita bernama Farah Diana itu menjadi perbualan. Apatah lagi di kala perkahwinannya baru mencecah usia tiga minggu.

"Ya, itu memang gambar suami (Redza) dengan bekas isterinya. Status (duda) dia pun saya dah tahu masa kami berkenalan kali pertama di Mekah, saya memang dah tahu," dedah Irma Hasmie yang kelihatan bersedia memulai perbincangan mengenai gambar yang mencetuskan tanda tanya selama ini. Katanya, dia sudah menjangkakan gambar berkenaan akan menjadi isu kerana gambar itu sudah dimuat naik di blog pengantin kira-kira dua tahun lalu. Tetapi dia tak menjangka perkara itu dihebohkan di kala tempoh bulan madunya. "Saya tak simpan rahsia apa pun pada masyarakat bila orang cakap saya sengaja simpan rahsia sebab berkahwin dengan lelaki berstatus duda. Itu bukan niat saya. "Cuma saya tak suka nak ulas panjang-panjang kerana khuatir apa yang saya cakap itu akan membabitkan maruah orang lain.

Bukan itu sahaja, malah banyak fakta yang salah diberikan pada keseluruhan cerita berkenaan gambar perkahwinan lampau suami saya. "Lagi pun benda itu sudah berlalu. Saya pun ada sejarah hitam saya sendiri. Begitu juga dengan suami saya. Apa yang pasti, gambar itu bukan isu besar pun. Ia cuma gambar perkahwinan," ulas duta produk tudung D'Haja lagi dengan tenang. Mengajukan persoalan tentang kemungkinan persoalan gambar berkenaan merebak menjadi besar di kala Irma sedang membiasakan diri memegang status isteri? Wanita yang berdarah campuran Pakistan dan Cina ini berkata: "Yang itu saya tak tahu." Pun begitu, pelakon filem Cinta Fotokopi ini lebih mementingkan perasaan keluarga terutama sebelah mentua yang tidak biasa dengan cerita-cerita gosip sebelum ini.

"Mak mentua saya (Datin Azizah Osman) menangis kerana risau keadaan saya. Saya cakap saya tak apa-apa sebab dah 10 tahun terlibat dalam industri. Saya anggap gosip ini biasa saja. "Saya sangat menghormati dan menyayangi keluarga mentua saya, dan begitu juga sebaliknya. Mereka terima saya seadanya dan saya bersyukur bila dipertemukan dengan keluarga yang cukup akrab dan saling mengambil berat antara satu sama lain," katanya lagi. Mengulas tentang penerimaan suami berhubung kisah lama dibangkitkan, pengacara program Assalamua-laikum di TV AlHijrah ini menarik nafas dalam-dalam sambil berkata; "Suami rasa bersalah pada saya.


Dia risau, sebab dia, saya yang terkena. Dia juga hairan, kenapa orang tidak bangkitkan isu itu masa mula-mula dulu. Tapi, sekarang dia faham. Saya kasihankan dia, sebab lepas ini bila ada gosip membabitkan keluarga, kalau boleh saya tak nak sentuh langsung," katanya lagi. Meminta Irma mengulas tentang kehidupannya selepas bergelar isteri mewujudkan garisan senyum di wajah pelakon filem Hooperz ini. Katanya: "Saya rasa selamat bila ada tempat bergantung. Saya juga sangat teruja untuk menempuh harian saya sepanjang Ramadan bersama suami.

Kami boleh pergi sembahyang tarawih, dan solat berjemaah bersama." Adakah Redza akan menghadkan aktiviti seni Irma? Anak sulung dari tiga beradik ini menafikannya. "Saya bersyukur kerana suami mempercayai saya dan saling hormat antara satu sama lain. Dia tidak menghadkan aktiviti seni saya sebab hubungan kami terjalin atas dasar percaya. Kalau ada kesilapan, saling tegur menegur tanpa menyakiti hati pasangan," kata Irma yang nekad tidak mahu melepaskan fadilat Ramadan pada tahun ini. -utusan





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!