Wednesday, August 1, 2012

Kenali iphone 5, bakal berada dipasaran september ini


Apple Inc sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan produk baru pada acara utama 12 September, demikian mengikut sumber yang rapat dengan rancangan itu. Syarikat teknologi paling bernilai di dunia itu lazimnya memperkenalkan telefon pintar terbaru pada September ini. Ia bagi membolehkan gajet itu berada di pasaran pada musim kemuncak membeli-belah iaitu menjelang akhir tahun. Peranti keluaran kelima itu dijangka lebih nipis, mempunyai skrin yang lebih besar dan penyambung dok yang lebih kecil, kata sumber dan penganalisa pasaran. Syarikat itu bagaimanapun enggan mengulas.


Pelancaran Apple iPhone adalah acara utama dalam kalendar di Lembah Silikon, yang sentiasa dipantau oleh pelabur industri dan ditunggu-tunggu pengguna. Tarikh 12 September mungkin dipinda, kata sumber itu. Samsung Electronics melancarkan peranti Galaxy terbarunya beberapa bulan lalu, merampas kedudukan Apple dalam persaingan sengit bagi menjadi produk mudah alih unggul. Kedua-dua syarikat itu menguasai lebih daripada separuh jualan telefon pintar global. Blog teknologi, iMore adalah yang pertama melaporkan keluaran sulung iPhone baru pada 12 September ini. - REUTERS





.

Wohoo..Roti ini ngeri dan menjijikkan


Masih ingat roti seram kepala orang yang masuk di Guiness Book of Record tahun 2006 lalu? Sekarang khabarnya mereka sudah buka kedai di Mall Taman Anggrek, Jakarta. Benar atau tidak, belum dapat dibuktikan …… Siapa tahu ada yang minat untuk merasa hidangan ini. Namun, kenyataannya, fizikal roti sebegini memang agak ngeri untuk dimakan.. Namun ada yang berminat?? Lihat pun dah ngeri, apatah lagi nak makan kan.. Agaknya mereka dah kehabisan idea mencipta roti yang menyelerakan..huhu






.

Tragis : Suami, isteri hamil maut dirempuh bas sekolah



Sepasang suami isteri, yang menanti kelahiran cahaya mata kedua maut selepas dirempuh sebuah bas sekolah dalam satu kemalangan di Jalan 15/56 AU 3, Keramat di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa Hafeeze Mohd Hanafi, 30, bersama isterinya Siti Noor Edayu Roslan, 26, yang hamil tujuh bulan, menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat. Ketika kejadian, Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan di sini dalam perjalanan menghantar Siti Noor Edayu, kerani di sebuah syarikat di Cheras. Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata ketika berhenti di satu persimpangan lampu isyarat, mereka dilanggar bas berkenaan yang datang dari arah Flat Polis Cempaka menghala ke Taman Setiawangsa.

Beliau berkata kejadian itu dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit lalu melanggar mangsa yang sedang berhenti di belakang sebuah bas sekolah yang lain di persimpangan itu. Pelanggaran itu menyebabkan pasangan itu tersepit di antara dua bas. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian. "Kita masih menyiasat...bagaimana bas itu hilang kawalan. Mungkin ia berpunca daripada kegagalan sistem brek," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Beliau berkata mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Sementara itu, dua saksi yang ditemui di lokasi kejadian menyifatkan kemalangan tragis itu berpunca daripada bas yang dipandu laju ketika menuruni bukit yang curam sehingga gagal dikawal dan bergesel dengan sebuah kenderaan sebelum merempuh sebuah motosikal. Saiful Azhar Ismail, 39, berkata beliau yang dalam perjalanan ke tempat kerja melihat bas sekolah yang menuruni bukit dengan laju cuba mengelak sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh pasangan suami isteri itu.


"Sebelum melanggar motosikal itu, saya nampak bas tersebut cuba mengelak kereta Mercedes, lalu menghentam motosikal yang dinaiki mangsa di hadapannya, menyebabkan mereka tersepit di antara dua bas," katanya. Khairi Azwan, 29, pula berkata kemalangan maut itu melibatkan sekurang-kurangnya sembilan kenderaan iaitu dua bas, lima kereta dan dua motosikal. "Saya turut membantu mangsa yang cedera dan sempat membawa keluar pelajar-pelajar sekolah dari bas berkenaan. "Saya lihat pemandu bas yang merempuh kenderaan itu hanya mengalami kecederaan di lutut," katanya yang ketika itu dalam perjalanan ke kedai runcit berdekatan.

Dalam pada itu, bapa Siti Noor Edayu, Roslan Jalil, 53, berkata kehilangan anaknya adalah sesuatu yang di luar jangkaan ketika mereka semua menanti kelahiran anggota keluarga baru. "Saya tidak sangka perkara ini boleh berlaku ke atas anak saya. Namun, saya terima takdir ini dan reda beliau sudah tiada," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat HKL. Pasangan itu meninggalkan seorang anak lelaki berusia dua tahun. - BERNAMA




P/S - Sumber gambar dari FB



.

Gambar anak Samuel Rizal, pelakon dari Indonesia


KELAHIRAN anak sulung aktor Samuel Rizal dan Stevianne Agnecya yang bernama Drucilla Kalea Arifin pada 28 Julai lalu adalah hadiah yang sangat bermakna buat pasangan itu. Bagaimanapun, tidak seperti selebriti-selebriti lain yang mengupah pengasuh untuk menjaga anak-anak mereka, Samuel enggan berbuat demikian. "Saya tak mahu orang luar menjaga anak kami, biarlah kami menjaga sendiri.

Sekiranya masing-masing sibuk, kami akan hantar kepada mana-mana keluarga yang boleh membantu. kalau boleh saya mahu Drucilla belajar berdikari," katanya kepada kapanlagi.com . Saat Samuel ditemui di Kemang Medical Centre, Jakarta Selatan, pada Isnin, isterinya sedang berehat di sebuah wad eksklusif bagi menjalani rawatan. Samuel dan Stevianne telah mendirikan rumah tangga pada 12 Februari lalu.




P/S- Suka lakonan Samuel rizal dengan Shandy Aulia dalam filem Eiffel... Im In Love dan Apa artinya cinta.. best..





.

Awas! Kerja kuat bahaya bagi ibu hamil


Kesan bekerja terlampau kuat bagi ibu yang hamil pada peringkat akhir kehamilan dilaporkan sama dengan bahaya merokok ketika hamil, menurut kajian. Kajian itu menyebut bahawa bayi yang ibu mereka bekerja atau merokok sepanjang tempoh kehamilan itu akan mengalami pembesaran yang perlahan dalam rahim.

Bayi kurang berat jika ibu kuat bekerja Kajian Universiti of Essex, dijalankan tiga pakar ekonomi, Francesconi, Emilia Del Bono dan John Ermisch, mendapati bahawa wanita yang bekerja selepas mereka berada dalam bulan kelapan kehamilan memiliki bayi dengan berat purata 230 gram lebih ringan berbanding ibu yang berhenti kerja antara usia enam hingga lapan bulan kehamilan.


Kajian sebelum ini menunjukkan bayi dengan berat badan yang rendah berisiko mengalami masalah kesihatan dan perkembangan perlahan serta pelbagai masalah dalam hayat mereka. Berhenti kerja awal apabila kehamilan memberi manfaat kepada ibu berpendidikan rendah, kajian mendapati bahawa kesan bekerja ketika kehamilan mungkin menuntut kerja fizikal. - Agensi





.

Doktor Halina hamil lagi...anak kedua


Syabas buat Isteri Sheikh Muszaphar Shukor yang telah berkongsi berita gembira semalam , bahawa dia hamil lagi diblognya.. Nampaknya, anak perempuannya akan menjadi kakak tidak lama lagi..Kandungan Doktor Halina berusia 3 bulan sekarang, dan dia telah melakukan scan.. Tahniah buat angkasawan negara.. Semoga selamat dan melahirkan anak comel lagi...







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!