Wednesday, August 8, 2012

Jom lihat robot bayi yang menyeramkan


Sebuah laboratorium di Jepun 'melahirkan' robot bayi yang dinyatakan menyeramkan. Namun robot ini hanya minta sebuah pelukan. Hairann? Asada Lab di Osaka University berhasil mencipta robot bayi paling canggih ini. Bahagian atas robot yang bernama Affetto ini terdiri dari 20 Pneumatic Actuators yang dapat membantunya bergerak secara realistik. Demikian seperti dipetik dari HuffingtonPost. Selain itu, robot ini memiliki 12 darjah kebebasan melihat dan menggerakkan lengan dan kepala. Robot ini dirancang akan digunakan untuk melakukan kajian pada bentuk kasih sayang ibu dan anak. Hal tersebut menjadi dasar pentingnya realisme robot ini. Projek ini akan berlangsung hingga 2016. Di masa depan, dijangka makin banyak robot ‘menyeramkan’ yang akan muncul.







.

Hebat : Wanita ini mengangkat BMW untuk menyelamatkan nyawa ayahnya


Seorang wanita Amerika telah menyelamatkan nyawa ayahnya dengan mengangkat kereta BMW yang menindih ayahnya. Lauren Kornacki, 22, berasal dari Virginia menemukan ayahnya tersepit di bawah kereta di garaj rumahnya. Ayahnya bernama Alec, 52, sedang berada di bawah kereta untuk memperbaikinya dan menurut laporan media tempatan, jek yang digunakan untuk mengangkat kereta tersebut terjatuh. Ketika itu, Lauren yang merupakan seorang pemain basketball pun bertindak sebagai lifeguard. “Saya mengangkat kereta itu sekuat mungkin dan lalu saya menarik ayah saya.” katanya di NBC 12. Lauren berkata, dia sangat sukar untuk mengangkat kereta yang menindih ayahnya kerana tayar kereta itu tidak dipasang ketika itu, jadi Lauren sukar mengangkat kereta dalam keadaan tidak seimbang seperti itu.

 
Alec, yang memiliki berat badan sekitar 95 kg, dilaporkan dalam keadaan tidak bernafas, denyutan jantungnya berhenti selama kurang dari lima minit. Lauren hanya melakukan dua kali bantuan pernafasan sebelum akhirnya Alec kembali bernafas dengan stabil. Dua hari setelah insiden itu terjadi, Alec masih dalam rawatan kerana beberapa tulang rusuknya patah, dan yang lainnya retak, demikian menurut laporan CNN. “Saya hanya beruntung dan bangga memiliki seorang anak yang dapat melakukan pertolongan disaat saya memerlukan.” Kata Alec melalui media tempatan.






.

Tertelan pisau apabila dia ketawa


Seorang wanita berusia 30 tahun tak sengaja menelan pisau ketika dia sedang ketawa. Kejadian itu bermula saat wanita yang punya sejarah bulimia itu sedang menunjukkan pada temannya bahawa dia tak lagi punya refleks memuntahkan. Kemudian dia memasukkan pisau ke mulutnya dan tertawa, pada saat itulah pisaunya terlepas dan dia menelannya. Nasib baik doktor berhasil mengambil pisau tersebut dan tak ada kerosakan fizik yang dialaminya. Sebelumnya dia juga pernah menelan pisau. Dia kemudian dirujuk untuk menemui psikiatri. Menurut doktor ahli pencernaan, kes orang yang menelan benda-benda sebenarnya sudah sering berlaku. Misalnya bateri, pisau cukur, objek metal, pensel, sikat gigi, sudu, dan duit syiling. Kemampuan pencernaan manusia memang luar biasa. Perut kita memiliki daya tahan lebih dari yang kita bayangkan.







.

Info : Air gas punca berat badan naik


Saintis biologi, Doktor Hans-Peter Kubis yang membuat kajian mengenai kesan minuman ringan kepada manusia mendapati, minuman berkarbonat boleh menghasilkan keputusan yang sangat mengejutkan. Malah beliau percaya keputusan yang diperolehnya itu akan menyebabkan mereka yang gemar minuman berkarbonat tidak akan menyentuhnya lagi. Menurut kajian Kubis, walaupun hanya meminum minuman ringan dengan jumlah yang sedikit iaitu satu tin sehari atau dua tin seminggu, ia tetap akan mengubah tahap metabolisme yang akhirnya akan menyebabkan berat badan bertambah. Bagi kanak-kanak pula, minuman ringan akan menyebabkan ketagihan dan mengubah nafsu makan mereka kepada makanan ringan.

Kajian itu turut mendapati, meminum minuman berkabonat setiap hari juga boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan masalah penyakit dalam jangka panjang. Penyelidikan oleh Universiti Bangor itu yang diterbitkan di Jurnal Pemakanan Eropah menyatakan, minuman ringan sebenarnya mengubah kadar metabolisme, di mana otot menggunakan gula untuk tenaga berbanding lemak. Kajian itu mendapati, cecair gula menyebabkan gen di bahagian otot berubah fungsi dan ia mungkin berkekalan.


Menurut penyelidikan itu, minuman berkarbonat bukan sahaja menyebabkan berat badan meningkat, tetapi juga menyebabkan tahap metabolisme menjadi tidak efisien dan kurang berupaya menahan peningkatan gula dalam darah. "Keadaan ini seterusnya akan meningkatkan risiko mengidap diabetis tahap dua," kata Kubis yang merupakan saintis dan pakar pemakanan yang mengetuai penyelidikan itu. Sebenarnya, penyelidikan itu adalah untuk kajian terbaru mengenai amaran bahaya minuman berkarbonat dan kaitannya dengan penyakit serius. - AGENSI




.

Kanak-kanak ini tetap tersenyum walaupun menderita penyakit yang serius


Manusia seharusnya selalu mengucap syukur atas kurnia dan rezeki yang dia dapat setiap hari, seberapa pun besarnya itu. Betapa berdosanya kita kalau tidak pernah bersyukur. Lihatlah kanak-kanak berusia 1 tahun dari England ini. kanak-kanak ini didiagnos menderita penyakit yang teramat jarang berlaku yang membuatnya tidak boleh tidur, tidak boleh melihat, tidak boleh bercakap, dan tidak boleh berjalan..Kasihan kan?? Nama penyakitnya Sindrom Angelman. Kita tidak akan pernah percaya, sebab dia selalu kelihatan ceria dan tersenyum sepanjang waktu.  Anak ini, yang dipanggil sebagai "anak malaikat" kerana walaupun menderita dia terus ceria.








.

Pisang dibeli dengan harga RM350? Mahalnya


Seorang pemborong buah-buahan gembira apabila setandan pisang kembar (melekat pada setiap sisirnya) yang dibeli dari petani Kampung Sangkut terjual dengan nilai jauh lebih tinggi berbanding harga biasa iaitu mencecah RM350. Pemborong, Eng Chuan Haw, 40, berkata, pisang abu atau pisang batu tu ditemui dalam keadaan pelik iaitu setiap pisang tersebut melekat antara satu sama lain. Menurutnya, disebabkan keunikan pisang berkenaan, dia yang membuka bengkel motosikal di Kampung Mesjid membeli buah berkenaan dengan harga sekitar RM40 setandan. "Saya tidak menyangka pisang yang diletakan di premis saya menjadi perhatian orang ramai.


“Malahan, saya ditawarkan dengan harga RM50 sesikat menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM350,” katanya. Kata Chuan Haw, buah berkenaan mendapat perhatian seorang peminat pisang yang mendesaknya untuk menjual buah berkenaan dengan harga yang tinggi. Katanya, walaupun dia berat hati ingin menjual pisang itu namun dia akur dan penemuan ini merupakan yang kali kedua di mana sebelum ini, dia turut menjual pisang kembar dengan harga RM200. “Namun pisang kembar bukan mudah untuk ditemui dan mungkin sekadar bonus bagi saya, namun saya menerimanya dengan senang hati,” katanya. -SH






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!