Monday, August 20, 2012

Inilah replika sebenar, mengikut ukuran dan rekabentuk bahtera Nuh


Cara setiap orang untuk mengekspresikan kecintaannya kepada Tuhan dan agamanya memang sangat berbeza-beza caranya. Ada yang positif dan ada pula yang negatif. Seorang lelaki di Belanda mengekspresikan kecintaannya kepada Tuhan dan agamanya (Kristien) dengan membuat sebuah replika Bahtera Nuh sesuai dengan ukuran dan rekabentuk dalaman aslinya, serta dimuatkan dengan replika binatang-binatang (termasuk binataang yang hidup) sesuai dengan yang dikatakan oleh Injil. Bahtera ini dibuka untuk umum pada 9 Julai 2012 yang lalu. Benar-benar unik.







.

Menakjubkan : Lukisan Ini dibuat dari ribuan kail pancing


Yoan Capote seniman dari Cuba membuat karya yang sangat menakjubkan, dengan bantuan 30 pembantu dan waktu kerja untuk menyiapkan karya itu memakan waktu berbulan bulan. Ketika ditanya mengapa dia memilih untuk menggunakan kail sebagai media untuk karya seninya, Capote mengatakan " Saya memutuskan untuk menggunakan kail kerana saya ingin menciptakan ketegangan antara keindahan, rayuan, bahaya dan perangkap.".


Entah apa maksud sebenarnya, namun, kenyataan menjadi seorang seniman yang penuh khayalan dan imaginasi, sememangnya hanya seniman yang tahu..








.

Adeh : Pengemis ini memang sangat cantik


Pengemis ini sangat cantik dan cute, dia mengemis konon untuk membiayai sekolah adiknya. Menurut forum internet di China, dia adalah seorang pengemis yang terkenal, beberapa orang simpati padanya, beberapa lagi malah menyarankan dia menjadi pelacur agar segera cepat memperoleh duit. Namun, bukankah lebih baik jika dia bekerja daripada menunggu simpati dari orang lain? Tujuannya baik, iaitu untuk adiknya, semoga akhirnya dia akan dapat kerja dan dapat hidup lebih baik dari ini..huhu







.

Bahaya : Alat solek boleh bawa maut


Sejenis bahan kimia yang biasanya digunakan dalam gincu bibir, pencuci muka dan ubat gigi boleh menyebabkan masalah jantung dan otot, penyelidik memberi amaran. Mereka mendapati bahawa Triclosan, yang terkandung dalam ratusan produk isi rumah dapat menghalang proses di mana otot termasuk jantung, menerima isyarat dari otak. Dalam ujian ke atas tikus, mereka mengakui satu pengurangan dramatik 25 peratus fungsi jantung dalam tempoh 20 minit pendedahan dan memberi amaran ada bukti kukuh ia mungkin menjejaskan kesihatan manusia. Namun pengawal selia dan pakar lain menegaskan paras triclosan dalam produk adalah selamat dan dos disuntik ke dalam tikus lebih tinggi berbanding di mana manusia akan terdedah.

Bukti kukuh 

Saintis menganggap bahan kimia itu, yang dirangka untuk menghalang pencegahan bakteria di hospital, diproses secara kimia dengan segera oleh tubuh tanpa kesan membahayakan. Bagaimanapun, penyelidik di Universiti California berkata ia mungkin kekal aktif dan dipindahkan ke organ tubuh, menyebabkan kerosakan. Penemuan itu menyediakan bukti kukuh ia mencetuskan kebimbangan kepada kedua-dua kesihatan manusia dan alam sekitar, kata Profesor Isaac Pessah, yang mengetuai kajian itu.

 
Fungsi jantung menurun 
 
Beliau berkata, bagi seseorang yang sihat, satu penurunan 10 peratus dalam fungsi jantung mungkin tiada kesan, namun jika mempunyai penyakit jantung ia mungkin satu perbezaan besar. Pasukan berkenaan menyuntik sekumpulan tikus dengan triclosan. Mereka melihat satu pengura-ngan yang ketara fungsi jantung sebelah kiri dalam tempoh 20 minit. Agensi

Ratu cantik Miss World 2012 dari China


Seorang guru muzik dari negara tuan rumah, Yu Wenxia muncul juara pertandingan Miss World 2012 yang diadakan di Ordos, bandar perlombongan di gurun Gobi, semalam. "Ketika saya kecil, saya merasakan sangat bertuah sebab ramai yang membantu saya. Dan, saya berharap, pada masa depan, saya boleh membantu ramai kanak-kanak agar mereka juga rasa bertuah," kata Wenxia, 23, ketika ditanya sebab dia wajar dipilih sebagai juara Miss World 2012. Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Miss Wales Sophie Moulds dan Miss Australia Jessica Kahawaty. Seramai 116 peserta menyertai pertandingan tahunan ini.

Siaran langsung pertandingan akhir edisi ke-62 ini dipercayai ditonton oleh satu bilion orang menerusi televisyen. Pemenang dipilih daripada tujuh orang yang memasuki peringkat akhir iaitu selain China, enam yang lain adalah peserta dari Jamaica, Sudan Selatan, India, Australia, Brazil dan Wales. Bersama tujuh mereka itu, peserta separuh akhir terdiri daripada wakil Mexico, England, Sepanyol, Filipina, Amerika Syarikat, Belanda, Indonesia dan Kenya. Pertandingan 2013 akan dilangsungkan di Bali.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!