Saturday, September 15, 2012

Burger baru di McDonald.. Berasaskan Yin dan Yang


Apa yang hitam dan putih, gabungan warna yang sangat menarik bagi sesetengan orang?

Ketahui ciptaan terbaru dari McDonald di China, sepasang burger yang hampir menyamai simbol purba Yin. Walaupun ada yang mempersoalkan rasional di sebalik perayaan berwarna-warni daging, ternyata jawapannya mungkin terletak dalam pepatah China 'Heibai liangdao tongchi' adalah satu ungkapan untuk menggambarkan seseorang yang 'makan dari kedua-dua belah' -. Maknanya mereka mempunyai rakan-rakan tinggi dalam Kerajaan (bahagian putih) dan dalam jenayah terancang - disebut di China sebagai 'masyarakat hitam'. Menurut laman web tempatan The Beijinger, 'burger hitam mempunyai sos lada hitam dengan bawang. Burger putih pula sos dengan rasa pedas dengan kemasan yang manis. '







.

Bayar saman dengan duit yang dibentukkan origami


Banyak cara yang dilakukan setiap orang untuk mengungkapkan kekesalannya terhadap suatu hal, namun ada yang unik dengan lelaki yang tidak mahu menyebutkan namanya ini, seperti yang diberitakan Daily Mail, lelaki ini membuat 137 origami berbentuk khinzir kepada pengadilan. Dia terpaksa membayar sejumlah wang kerana melanggar lalu lintas "Saya mendapat surat saman ini di kota, polis menangkap saya, dan kini saya membayar dengan cara yang tepat," ungkapnya.

Lelaki yang memiliki akaun Youtube dengan username Bacon Mouse ini juga merakam aksinya ketika menyerahkan ratusan origami berbentuk khinzir yang sebelumnya ditempatkan di dua kotak Dunkin Donuts kepada pihak pengadilan, namun pihak pengadilan menolak menerima wang dalam bentuk origami khinzir tersebut dan memintanya untuk mengembalikan bentuknya yang asal. Petugas pengadilan terkejut dan bertanya, "Apa ini? saya tidak dapat menerima wang dalam bentuk seperti ini."

Bacon Mouse justru balik bertanya kepada petugas pengadilan tersebut. "Kenapa tidak? Ini wang benar dan sah, saya boleh membayar dengan kad mastercard, tapi pasti anda akan menambah bunga lima persen," ungkapnya. Bacon Mouse sempat menolak membongkar origami yang telah dibuatnya selama 4 jam, bahkan dia menentang pihak pengadilan untuk menghitung wang berbentuk origami tersebut.






.

Spesis monyet baru ditemui..


Para peneliti baru saja menemukan seekor spesies baru dalam keluarga monyet di kawasan pedalaman Afrika, spesies ini dinamakan oleh penduduk tempatan, Lesula (Cercopithecus lomamiensis). Nama Cercopithecus lomamiensis berasal dari nama sungai dekat tempat dia ditemukan. Lesula sebenarnya telah lama diketahui saat peneliti menjumpai seorang warga yang menggendong monyet aneh yang disyaki sebagai Lesula pada tahun 2007 yang lalu, namun kini keberadaan Lesula sudah terdedah dan benar adanya. Penemuan ini tentunya menjadi penemuan pertama kalinya sejak 28 tahun yang lalu.

"Kumpulan pekerja lapangan kami secara rutin berada di Opala, daerah dimana kami bekerja. Namun saya melihat sesuatu yang unik datang dari arah timur dan itu adalah Lesula." ujar Dr. John Hart dari Lukuru Foundation selaku ketua dari projek penelitian ini. Spesies yang ditemukan ini memakan dedaunan, buah-buahan, dan bunga. Kelihatan dari wajahnya terdapat dua bola mata berukuran besar yang menyerupai manusia. Haiwan berwarna keemasan dan juga berhidung panjang ini menurut penelitian diidentifikasi sebagai kelompok monyet dunia lama (Old World).






.

Pengguna kerusi roda kini boleh menyelam..


Dengan kemajuan teknologi, seorang yang cacat lumpuh pun boleh menikmati keindahan pemandangan bawah laut ketika mereka menyelam. Hal itu boleh dilakukan dengan mengubah kerusi roda dengan mesin pendorong serta alat penyeimbang. Sebuah alat bantuan pernafasan yang tak pernah difikirkan bahawa seorang yang cacat boleh dengan santai menikmati birunya air dan indahnya lanskap bawah laut. Dalam dunia serba moden ini, apa saja pasti boleh dilakukan..






.

Odie, anjing dengan berat 35kg

Anjing Dachshund atau anjing sosis umumnya berbadan berat lebih ringan dari jenis anjing manapun, namun ada yang berbeza dari anjing yang satu ini, meskipun berjenis Dachshund namun beratnya mencapai 35kg saat berusia lima tahun. Hal ini disebabkan oleh pemiliknya yang terus-menerus memberinya makan dengan alasan dia tidak sanggup melihat mata coklat besar anjing kesayangannya itu seolah-olah kelaparan. Kini keadaan kesihatan si pemilik anjing yang berat dua kali ganda dari bakanya semakin memburuk yang akhirnya menyebabkan si anjing kini berada di pengumpulan haiwan, di mana anjing ini akan menjalani proses diet yang sangat ketat.

Ahli haiwan yang bertugas menangani progam diet anjing itu, Nora Vanetta, mensasarkan anjing berwarna coklat tua ini boleh kehilangan 19kg dari berat badannya ketika ini, program diet menggunakan hidroterapi kerana dia tidak mampu membawa anjing ini keluar untuk berlatih. Sebagai ahli haiwan yang berharap agar anjing ini dapat menjadi contoh orang atau haiwan lainnya yang sedang menjalani proses diet juga membuka halaman Facebook bertajuk "Biggest Loser, Doxie Edition" yang saat ini memiliki sekitar 9 ribu orang LIKE, halaman tersebut berguna untuk melaporkan perkembangan diet si anjing jantan bernama Odie sekaligus sebagai penghimpun dana untuk perawatan Odie. -AP








.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!