Saturday, September 15, 2012

Odie, anjing dengan berat 35kg

Anjing Dachshund atau anjing sosis umumnya berbadan berat lebih ringan dari jenis anjing manapun, namun ada yang berbeza dari anjing yang satu ini, meskipun berjenis Dachshund namun beratnya mencapai 35kg saat berusia lima tahun. Hal ini disebabkan oleh pemiliknya yang terus-menerus memberinya makan dengan alasan dia tidak sanggup melihat mata coklat besar anjing kesayangannya itu seolah-olah kelaparan. Kini keadaan kesihatan si pemilik anjing yang berat dua kali ganda dari bakanya semakin memburuk yang akhirnya menyebabkan si anjing kini berada di pengumpulan haiwan, di mana anjing ini akan menjalani proses diet yang sangat ketat.

Ahli haiwan yang bertugas menangani progam diet anjing itu, Nora Vanetta, mensasarkan anjing berwarna coklat tua ini boleh kehilangan 19kg dari berat badannya ketika ini, program diet menggunakan hidroterapi kerana dia tidak mampu membawa anjing ini keluar untuk berlatih. Sebagai ahli haiwan yang berharap agar anjing ini dapat menjadi contoh orang atau haiwan lainnya yang sedang menjalani proses diet juga membuka halaman Facebook bertajuk "Biggest Loser, Doxie Edition" yang saat ini memiliki sekitar 9 ribu orang LIKE, halaman tersebut berguna untuk melaporkan perkembangan diet si anjing jantan bernama Odie sekaligus sebagai penghimpun dana untuk perawatan Odie. -AP








.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!