Tuesday, September 25, 2012

Info - Bergambar untuk lesen memandu tak boleh senyum


Jabatan Kenderaan Bermotor New Jersey (DMV) melarang individu mempamerkan senyuman mereka semasa sesi bergambar untuk mendapatkan lesen memandu. Peraturan terbaru itu turut mencetuskan tidak puas hati banyak pihak kerana menganggap ia seperti menyekat hak mereka untuk mempamerkan ekspresi wajah. Bagaimanapun, jurucakap DMV, Mike Horan menegaskan perisian baru yang digunakan mereka sebenarnya boleh membantu untuk menangkap pencuri identiti kerana ia boleh mengesan penipuan menerusi perubahan ekspresi muka.-MO






.

Sedih : Ibu panda ini meratap kehilangan anaknya


Seekor ibu panda di Zoo Negara Washington, memegang erat patung mainan selepas anaknya yang berusia enam hari mati dalam pelukannya. Kakitangan zoo telah cuba menghamilkannya sebanyak lima kali dan tidak fikir panda berusia 14 tahun dari China itu akan bunting lagi. Veterinar masih tidak pasti apa yang membunuh anak kecil itu. Satu bangkai mendedahkan bahawa bayi yang baru lahir mempunyai hati yang tidak normal dan cecair membimbangkan terbentuk di dalam abdomen.


Dia memeluk anaknya terlalu ketat ke dadanya sehingga pekerja zoo hampir-hampir tidak dapat melihat kelibat anak yang baru lahir dari kamera di dalam kandang panda. Walau bagaimanapun, pada 8:53 pada hari ahad, sesuatu telah terjadi. Mei Xiang, nama ibu panda, mula menjerit. Ibu panda itu sangat gelisah, dan pekerja zoo tahu bahawa sesuatu yang dahsyat telah berlaku. Mereka berdiri di belakang bar besi dan terpaksa mengumpan Mei Xiang dengan madu, manakala kakitangan lain yang cuba mengeluarkan anaknya. Selepas sejam, mereka berjaya mengeluarkan anak panda itu yang jelas tidak bermaya dan berusaha untuk menyelamatkannya, tetapi sudah tidak berguna.


Setelah beberapa hari, Mei Xiang kembali kepada patung mainan dan jelas ia menganggap patung itu adalah anaknya. Kini, ibu panda itu mula makan dan minum air, tetapi dia tidak akan melepaskan patung mainan dari tangannya.




P/S - Sedihnya... Haiwan pun ada perasaan dengan anaknya..huhu







.

Semalam tak nampak.. Hari ni dah nampak..yeay!


Semalam dalam entri ni -baca- memang tak berapa nampak. Macam tak percaya hanya tinggal sebulan jer lagi dah boleh bersalin..Siyes tak sabar nak tunggu apakah rupa anak yang bakal dilahirkan pelakon cantik ini. Sepanjang kehamilannya, Megan Fox memang bijak menutup perutnya.

Dan walaupun hamil, wajah dan tubuh pelakon ini masih tidak banyak bezanya sebelum kehamilan. Dia masih cantik.. Dan, dengan perut yang besar, dia masih lagi Megan Fox yang semua orang kenali... Takde beza pun..Nampaknya sekarang, bila-bila masa sahaja Megan Fox akan bersalin. Fuh... Konpem lah kan lepas dia bersalin, badan mesti cepat jer kurus.. .






.

Mari lihat, kek unik direka umpama almari pakaian seorang gadis


Jom intai-intai, almari pakaian unik ini yang sebenarnya diperbuat daripada kek lazat. Benar, ianya adalah kek, namun direka dan dibentuk berupa almari pakaian gadis, lengkap dengan gaun cantik yang tergantung pada penyangkut baju. Ya, semuanya boleh dimakan..


Kek unik ini berharga £ 800, telah dibuat oleh pembuat kek, Steph Parker, berusia 25 tahun , dari Birmingham. Ianya mengambil masa 40 jam untuk disiapkan, malah mempunyai tiga perisa - vanila, coklat dan red velvet - dan adalah cukup besar untuk makanan kepada lebih seratus orang. Hebat bukan?






.

Lindsay Lohan dikejarkan ke hospital kerana jangkitan paru-paru


Lindsay Lohan dikejarkan ke hospital malam tadi kerana menderita jangkitan paru-paru yang teruk. Pelakon yang berusia 26 tahun itu telah dibawa ke bilik kecemasan di hospital New York, menurut TMZ. Orang dalam memberitahu laman web, bintang itu tidak berapa sihat disebabkan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini. Dan ianya semakin memburuk malam tadi - menyebabkan dia dibawa mendapatkan rawatan perubatan, laporan laman web. Lohan telah dibawa ke Hospital Mount Sinai di mana dia menerima rawatan, termasuk antibiotik. Dia telah dilepaskan sejurus selepas itu.






.

Dia nyaris malu dengan gaun sendiri


Kejadian memalukan nyaris saja dialami aktris Zooey Deschanel. Sebelum naik pentas sebagai penyampai bersama Jim Parsons di acara 64th Primetime Emmy Awards, semalam, Zooey mengalami sedikit masalah dengan gaunnya. Seperti yang dipetik dari E! Online, bra gaun biru muda strapless rancangan Reem Acra yang dikenakannya keluar dari tempat yang sepatutnya. Namun nasib baik, dengan bantuan pembantunya, bintang "New Girl" itu dapat mengatasi masalah tersebut. "Kami harus memotong bra itu kerana keluar dari gaun. Kejadiannya sebelum saya naik pentas, dan sesudah saya tampil di karpet merah," kata aktris yang sering melakonkan karakter wanita lucu itu.

Ya, sifat Zooey yang tenang tidak membuatnya begitu panik. Malahan, adik aktris Emily Deschanel itu tidak mahu kisah mengenai kejadian tersebut. "Saya tak begitu peduli kerana semuanya menyenangkan. Seharusnya memang menyenangkan. Kalau kamu tidak bersenang-senang, lalu apa yang kamu lakukan?" kata Zooey yang malam itu dinominasikan sebagai pelakon wanita utama untuk serial komedi.






.

Ibu ditangkap kerana curi ikan siakap?


Seorang ibu beranak tiga dipenjara sehari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah mencuri barang di pasar raya termasuk seekor ikan siakap. Nurjahan Hajakamarazaman, 23, dari Kampung Telok, Bukit Katil didakwa melakukan perbuatan itu di Pasar Raya AEON Melaka, Jalan Tun Abdul Razak, di sini, kira-kira jam 2.30 petang pada 16 Julai lalu.

Selain ikan siakap, dia juga didakwa mencuri sebungkus sotong, sosej, sekotak ais krim jenama Magnum dan dua bungkus coklat. Turut dicuri sebotol pewangi, sekotak strawberi, satu alat pemotong, dua bekas plastik susu yang semuanya bernilai RM155.90. Nurjahan dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda.





 P/S - Nekad juga eh.. Gambar sumber google




.

Negara rugi koleksi dan barangan peribadi diserang anai-anai


Banyak kasut milik bekas Wanita Pertama Filipina, Imelda Marcos, rosak disebabkan serangan anai-anai, kesan cuaca dan tidak dijaga sejak koleksi itu dan barangan peribadi lain ditinggalkan selepas beliau dan suami diktatornya lari dan tinggal dalam buangan di Amerika Syarikat berikutan kebangkitan popular pada 1986.


Disimpan tanpa perlindungan 


Beratus-ratus helai pakaian bekas Presiden Ferdinand Marcos, termasuk baju jarang tradisional ‘Barong’ untuk acara rasmi tempatan yang dipakai beliau ketika memerintah dua dekad juga mula rosak selepas disimpan bertahun-tahun tanpa sebarang perlindungan di istana presiden dan kemudian ditempatkan di Muzium Kebangsaan Manila, kata pegawai semalam. Pasangan itu meninggalkan Filipina ketika kemuncak kebangkitan ‘kuasa rakyat’ disokong tentera yang menjadi contoh bagi negara lain di seluruh dunia untuk menolak pemerintahan kuku besi. Marcos mati ketika dalam buangan di Hawaii pada 19892989, Imelda serta anak-anaknya pulang ke tanah air beberapa tahun selepas itu. Ketika lari, mereka meninggalkan banyak barangan peribadi dan pakaian di istana termasuk sekurang-kurangnya 1,220 pasang kasut milik Imelda.


Serangan anai-anai, kulat 


Lebih 150 kotak pakaian, aksesori pakaian dan kasut pasangan Marcos dipindahkan ke Muzium Kebangsaan untuk simpanan kira-kira dua tahun lalu selepas anai-anai, keadaan cuaca dan kesan kulat merosakkan pakaian di istana tepi sungai itu. Di muzium, keadaan menjadi lebih teruk apabila barangan yang tersimpan dalam kotak dibiarkan di dewan muzium berkunci yang tidak mempunyai kemudahan perlindungan daripada kesan kerosakan dan diburukkan lagi selepas siling bocor kerana hujan ribut bulan lalu, kata pegawai muzium. Kakitangan muzium yang tidak mengetahui kotak terbabit ada barangan berharga milik pasangan Marcos hanya membuka dewan di tingkat empat bangunan itu selepas menyedari air masuk menerusi pintu. Mereka terkejut melihat kasut dan gaun milik Imelda apabila membuka kebanyakan kotak yang sudah basah.

Semua kotak itu kemudian dialihkan ke bilik mengering manakala yang lain dibawa ke makmal muzium dengan sepasukan kecil ahli kurator cuba menilai kerosakan., satu jumlah yang akan mengambil masa berbulan membabitkan sejumlah besar pakaian. Ada sebahagian barangan yang rosak akibat dimakan anai-anai serta berkulat tidak boleh dibaiki lagi, kata pegawai kurator muzium, Orlandi Abinion yang mengetuai usaha berkenaan. “Kami melakukan usaha pemulihan untuk menyelamatkannya. Serangan anai-anai dan kulat sejak beberapa tahun diburukkan lagi dengan ribut bulan lalu. Ini malang sekali kerana Imelda mungkin memakai pakaian ini dalam beberapa acara rasmi besar dan mempunyai tempat yang penting dalam sejarah negara,” katanya. - AP








.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!