Monday, October 8, 2012

Netbook ini bukan sekadar netbook.. ianya boleh memasak.. err....apakah.......


Seorang bernama Dragan Trenchevski menemukan inovasi baru tentang notebook yang juga berfungsi untuk memasak. Alat itu sudah termasuk papan untuk memotong, alat parut, layar touchscreen dan wireless connectivity. Jadi sambil memasak kita juga boleh melayari internet. Sebagai tambahan, terdapat beberapa tombol untuk menampilkan idea untuk menu baru, resepi kegemaran, dan kandungan nutrisi dari bahan-bahan menu tersebut.

Tentu saja selain sambungan wi-fi, juga ada bluetooth dan kamera, iaitu komponen wajib bagi gadget zaman sekarang. Ini mungkin sekadar ujian, kerana masih banyak isu yang perlu diperhatikan misalnya keamanan, penggunaan daya, dan kebersihannya.






.

Lidahnya tersangkut pada botol minuman selama 8 jam


Seteguk air ternyata membuatkan mimpi buruk berjam-jam untuk Jayla Small gadis cilik berusia lapan tahun. Menurut laporan My Fox Atlanta, lidah gadis cilik itu tersangkut pada sebuah botol air kecil dari logam, saat sedang mengikuti latihan cheerleader. Shantay Small, ibu Jayla, mengaku terkejut ketika melihat lidah anaknya tersangkut di dalam botol. Setelah pelatihnya tidak boleh melepaskan lidah Jayla dari botol air itu, dia segera menelefon 911. "Semakin keras dia menarik (lidahnya ke luar), semakin kuat pula tekanan di dalam botol menarik lidahnya (ke dalam)," ujar Shantay.

Paramedik ternyata juga tidak mampu berbuat banyak untuk menolong gadis tersebut sehingga mereka bergegas membawanya ke rumah sakit kanak-kanak di Atlanta. Ketika tiba di rumah sakit, Jayla terus urus oleh sekumpulan doktor. Awalnya doktor cuba melubang botol air dari logam itu dengan memotong bahagian bawahnya, namun lidah Jayla yang terus membengkak mendorong botol kembali di mulutnya dan menyebabkan dia tersedak. Doktor yang memutuskan untuk membius Jayla dan kemudian berhasil menarik keluar botol itu, lapan jam setelah itu.







.

Bagaimana rupa serangga jika diperbesarkan?

Labah-labah

Mereka ada disekitar kita meskipun kita sering tidak menyedari kehadirannya dek kerana saiz mereka yang terlalu kecil berbanding tubuh badan manusia. Serangga adalah binatang yang menjijikkan.  Meskipun kecil dan tidak terlihat secara detail, serangga tetap dilihat sebagai monster yang menakutkan.

Serangga

Walaupun ada juga diantaranya yang cantik dan mempersonakan. Tapi, pernahkah kita terfikir, bagaimana jika serangga diperbesar dan kita boleh melihatnya secara teliti ya? Memang menarik bukan?






.

Walaupun lumpuh, dia boleh berjalan


Pergerakan seorang wanita di sini, sering terbatas sebelum ini kerana dia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda setelah lumpuh separuh badan akibat kemalangan jalan raya yang dialaminya, sembilan tahun lalu. Namun kini, ada perubahan ketara dapat dilihat dari riak wajah Sophie Morgan, setelah dia mampu berjalan menggunakan gentian karbon bermotor yang disarungkan daripada pinggang ke bahagian bawah badannya. Dengan hanya menggerakkan alat kawalan itu, Morgan, 27, kini mampu berjalan dengan menggunakan 'kaki robot' yang diberi nama Rex walaupun doktor sebelum ini mengesahkan dia tidak mampu berjalan setelah tulang belakangnya remuk.

Malah, Morgan yang juga seorang penyampai televisyen yang membuat liputan pada kejohanan Paralimpik London 2012 sungguh bertuah kerana dipilih dalam kalangan pesakit lumpuh sebagai antara yang terawal menggunakan peralatan berharga 90,000 pound (RM443,113) itu. Rex yang diperbuat daripada logam dan kerangka gentian karbon bermotor pada masa yang sama membenarkan pesakit lumpuh termasuk mereka yang tidak boleh bergerak dari bahagian leher ke bawah untuk bergerak seperti mana watak superhero, RoboCop.

Dengan teknologi seperti itu, ia dijangka menggantikan penggunaan kerusi roda pada masa akan datang. Sementara itu, Morgan ketika menceritakan pengalamannya menggunakan Rex berkata, dia pertama kali mencuba mesin itu pada Mei lalu. "Pada mulanya saya rasa agak pelik kerana merasakan diri lebih tinggi. "Namun saya rasa selamat dan sukar untuk mempercayai bahawa sudah mampu berjalan dan mahu melakukannya berulang-ulang kali,'' katanya. - AGENSI






.

Lihatlah karya seni 3D yang sangat mengkagumkan


Artis yang berasal dari Jepun ini, Yuki Matsueda, pemegang Ph.D bidang rekaan dari Tokyo University of Arts, adalah orang yang bertanggung jawab dalam mencipta karya seni 3D ini. Dengan elemen yang keluar untuk membebaskan diri, tidak ada yang misteri jika ciptaan ini berjudul Escape.


Ideanya sederhana namun menarik perhatian. Siapa sangka seni 3D boleh menghasilkan sesuatu yang sangat mengkagumkan?...






.

Ajaib! Dia bangkit dari koma setelah diberi ubat tidur


Pesakit koma biasanya kecil kemungkinannya untuk kembali sedar dan sembuh. Apalagi kalau hal tersebut disebabkan kerana cedera otak yang parah. Dan lebih lagi kalau pesakit yang bersangkutan mengalami koma selama bertahun-tahun. Tapi Tuhan itu memang ajaib, Ia bekerja melalui cara yang amat misteri. Kita manusia tidak akan pernah mengerti rahsia Allah. Itulah yang terjadi kepada Nqinana, yang mengalami koma selama 7 tahun. Doktor yang merawatnya sudah "angkat tangan" dan berkata kecil kemungkinan Nqinana untuk kembali sedar..apalagi sembuh. Namun isterinya, yang tanpa sengaja membaca artikel di sebuah akhbar memaksa agar suaminya diberi ubat tidur Stilnox. Ajaib! Nqinana tersedar dari tidur panjangnya dan boleh mengenali dan mengingati semuanya dengan baik!! Namun...jangan cuba cara ini kepada keluarga anda! Kerana mungkin juga ianya hanya satu kebetulan...






.

Kerana terlalu popular, haiwan ini ada buku peribadinya yang dijual dipasaran


Dia bukanlah bintang dari sebuah drama tv, bukan juga seorang aktor atau penyanyi pop, dia hanya seekor anjing peliharaan, namun memiliki penggemar di fan page Facebook hingga hampir mencapai 2 juta, iaitu 1.79 juta penggemar. Boo memiliki fan page Facebook sejak tahun 2009. Awalnya, Boo dibuatkan Facebook oleh J.H Lee, pemilik, kerana Boo telah menjadi idola seluruh teman Lee. Kini Boo tengah 'sibuk' mempromosikan buku peribadinya yang berjudul The life of the cutest dog in the world. Buku ini berisikan foto-foto eksklusif Boo yang tidak ditampilkan di Facebook. Foto-foto lucu Boo ketika sedang berehat, bermain, atau ketika sedang menjelajah negara-negara di dunia, semua disusun rapi oleh Lee dalam buku ini. Buku berharga USD8.99 tersebut dijangka akan menjadi best seller (terlaris).









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!