Saturday, October 20, 2012

Penyokong Kelantan maut motosikal terbabas


Seorang penyokong bola sepak Kelantan maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang ditunggangi terbabas ketika cuba memotong kenderaan lain di Kilometer 328 Jalan Raub-Kuala Lipis dekat Raub, pagi tadi. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata dalam kejadian jam 9 pagi itu mangsa, Muhamad Saiful Daud, 19, dari Kampung Manek Urai Lama, Kelantan, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

"Mangsa dan rakannya dikatakan sedang dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia Kelantan bertemu ATM, malam ini," katanya di sini, hari ini. Rakan mangsa berusia 20-an yang mengalamai cedera parah dirawat di Hospital Raub (HR), katanya. Mohamed Fauzi berkata, pihak polis telah memaklumkan kepada keluarga mangsa mengenai kejadian itu. Mayat mangsa dihantar ke HR untuk bedah siasat. - BERNAMA




P/S - Gambar sekadar hiasan





.

Kisah yang memberi inspirasi.. Wanita buta pertama mengelilingi dunia dengan motor


Kalau punya impian, dan dilakukan dengan sepenuh hati ianya akan tercapai. Wanita 55 tahun ini berjaya mengelilingi dunia naik motor bersama suaminya. Cathy Birchall bermotor bersama suaminya Bernard, menjadi wanita buta pertama yang mengelilingi dunia dengan motor. Cathy sebelumnya tidak pernah naik motor, hal itu berubah drastik ketika bertemu Bernard. Bernard mengajak Cathy keliling dunia dengan motor BMW R100RT tahun 1990. Dimulaikan pada bulan ogos 2008 pasangan itu melintasi Eropah, Asia, Australia, Amerika Selatan, dan Amerika Utara dalam setahun.

Di Peru, Cathy juga menjadi wanita buta pertama yang mendaki gunung Huayana Pichu, dekat Machu Pichu yang terkenal. Cathy merakam semua pengalamannya menggunakan tape recorder. Sementara Bernard dengan menggunakan interkom menggambarkan suasana daerah yang mereka kunjungi kepada Cathy. "Saya boleh mencium panasnya gurun, dinginnya pegunungan. Saya boleh mendengarkan kesunyian ketika berada di pegunungan. Saya boleh mendengar hiruk pikuk di jalan pasar. Saya boleh merasakan suhu udaranya," ujarnya seperti disiarkan di Manchester Evening News.

"Dan saya pun bercakap kepada masyarakat biasa yang kami temui di perjalanan kami," ujarnya. Sayangnya, 6 minggu setelah kembali dari perjalanan itu, Cathy didiagnosa menderita kanser payudara. Sampai saat ini Cathy masih berjuang dengan penyakitnya itu. Cathy kemudian merangkumkan perjalanan menakjubkannya melalui sebuah buku yang berjudul 'Touching The World: A Blind Woman, Two Wheels and 25,000 miles'.






.

Lelaki aneh yang gemarkan belon gelembung


Lelaki yang bernama Samsam Bubbleman ini, jatuh hati dengan belon gelembung pada tahun 1989. Dia sudah membuat campuran istimewa untuk membuat belon gelembung besar yang menakjubkan ini.


Dia gembira setiap kali membuat belon, dan wajah gembiranya terpancar pada setiap gambarnya bersama belon gelembung itu.. Salah satu rekodnya adalah memasukkan seramai 50 orang ke dalam salah satu belon gelembungnya yang sangat besar beberapa tahun-tahun lalu.





.

Berhati-hati beli tablet murah.. Ini buktinya


Tidak sampai dua minggu dibeli, sebuah tablet keluaran Taiwan berharga RM770 yang dibeli seorang peniaga rosak walaupun dua kali dibaiki oleh pihak penjual. Menurut Ismail Abdul Halim, 39, berkata, tablet itu dibeli di sebuah pusat membeli-belah di bandaraya ini pada 16 Ogos lalu untuk dihadiahkan kepada anak bongsunya berumur lima tahun kerana berpuasa penuh. Katanya, pada mulanya, dia dan isterinya mahu memilih tablet berjenama terkenal, namun atas saranan pihak penjual, dia memilih jenama keluaran Taiwan itu disebabkan lebih murah namun berkualiti. “Ketika itu kami mahu membeli dua tablet dan memberi deposit sebanyak RM140, bagaimanapun kami berubah fikiran dan hanya membeli satu tablet sahaja untuk mencubanya dan akan membeli dua lagi tablet sekiranya berpuas hati.

“Dalam tempoh tidak sampai dua minggu, tablet itu tidak berfungsi. Saya membawanya kepada penjual berkenaan, setelah memeriksanya, mereka hanya menggantikan alat pengecas baru dan mendakwa bukan kerosakan tablet,” katanya ketika hadir ke mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), semalam. Menurutnya, selang beberapa hari kemudian, tablet berkenaan rosak lagi, dan dia menghantarnya semula untuk dibaiki. Namun tidak sampai sejam, kerosakan sama berulang membuatkan dia mahu memulangkan semula kepada pihak penentang.

“Saya mahu pulangkan dan membeli tablet jenama lain, namun pihak penentang mahu bayar hanya RM500, sedangkan ia masih dalam jaminan dan kerosakan itu bukan berpunca daripada kami. Sebab itu saya terpaksa memfailkan kes ini di mahkamah TTPM,” katanya. Sementara itu, Presiden Mahkamah TTPM, Quaik Chong Yu dalam penghakimannya memerintahkan pihak penentang memulangkan semula wang pihak yang menuntut sebanyak RM600 dalam masa 14 hari selepas award dikeluarkan. -SHarian






.

Juruhebah paling muda.. dia memang berbakat


Buku Rekod Guinness menamakan seorang budak perempuan berumur enam tahun, Amber Jacobs sebagai juruhebah paling muda dalam gelombang udara. Pada umur enam tahun, Amber atau dikenali sebagai DJ AJ dikategorikan sebagai kanak-kanak matang, menjadi tajuk utama apabila berkongsi muzik yang digemarinya bersama pendengar selain tampil sensasi dalam internet. Kehebatan Amber terdedah sejak enam bulan lalu, apabila dia membantu bapanya, Steve, seorang pengarah stesen radio internet TBFM Online memilih lagu untuk disiarkan.

Amber kini memiliki slotnya sendiri yang dikeudarakan dalam segmen bapanya dan Amber bertanggungjawab memilih dan memainkan lagu selain bercakap dan memberi isyarat muzik. Dalam satu temu bual bersama akhbar harian Britain, The Sun, Steve memberitahu anaknya itu sentiasa menari sebaik sahaja beliau menyiarkan muzik yang digemarinya di dalam studio. - AFP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!