Friday, October 26, 2012

Stairway to heaven.... di China


Hanya melihat tangga ini sudah cukup untuk membuat siapa pun kagum melihatnya. Sebuah tangga spiral setinggi 300 kaki atau 91 Meter telah dipasang di dinding Pegunungan Taihang di Linzhou untuk menawarkan sensasi gunung tanpa bahaya. Namun tidak semua orang boleh menaiki tangga ini, hanya orang-orang dibawah usia 60 tahun dan tidak memiliki masalah jantung atau paru-paru yang diperbolehkan naik tangga ini.

Pejabat pelancong China di Linzhou, Henan provinsi, berharap tangga ini akan memberikan pengunjung pengalaman nyata dari pergunungan. Keluasan Gunung Taihang meliputi 250 mil dari utara ke selatan dan berjalan melalui Shanxi, Henan dan provinsi Hebei.







.

Misteri hantu wanita di dalam hutan Wychwood


Hutan Wychwood adalah area kecil pepohonan di Oxfordshire, Inggris. Dulu, pada Abad Pertengahan, tepatnya sebelum Inggris dikuasai bangsa Romawi kuno, hutan ini sangat luas. Namun, akhirnya dijadikan area pertanian. Kini, Hutan Wychwood menjadi sebuah area perburuan yang terkenal di Oxfordshire. Selain itu, hutan ini juga terkenal dengan kengeriannya kerana dihantui hantu seorang wanita. Seorang wanita, Amy Robsart, mati pada 1560 kerana lehernya patah secara misteri. Hantu Amy kemudian menghantui suaminya ketika dia berburu di hutan ini, dan mengatakan bahawa suaminya itu akan mati dalam waktu 10 hari. Ternyata benar, dalam 10 hari, suaminya jatuh sakit kerana demam parah dan akhirnya meninggal. Akhirnya, beredar khabar bahawa bila anda berada di hutan ini dan tanpa sengaja bertemu hantu Amy, maka hal serupa akan terjadi pada anda.






.

Ban Ki Moon menari Gangnam style..hehe


Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon mengatakan dia cemburukan PSY kerana dengan lagu Gangnam, artis itu telah mencuri mahkota beliau sebagai yang paling terkenal di dunia dari Korea Selatan. Setiausaha PBB itu bergurau semasa mesyuarat dengan PSY bahawa dia berasa dibayangi oleh bintang itu, kerana video lagu Gangnam Style itu telah mencatatkan lebih 500 juta tontonan di YouTube.


Dan menakjubkan, Ban Ki Moon turut mengayakan tarian terkenal Gangnam Style itu dihadapan PSY, dan PSY kelihatan ketawa..





.

Kentalnya hati seorang guru.. Biarlah sampai nyawa terpisah dari badan..


Menjadi guru adalah pekerjaan yang mulia. Diluar negara, agak kurang generasi muda yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Mengapa? Kerana menjadi guru itu bayarannya (gaji) kecil. Namun buat lelaki ini, Schneider, seorang guru sekolah di Australia. Usianya pada bulan disember nanti sudah mencecah ke 100 tahun. Tetapi dia masih segar dan tetap kekal bersemangat mengajar di kelas. Sehingga ke hari ini, dia sudah mengajar selama 47 tahun. Mantan muridnya sudah mencecah ribuan, termasuk ramai orang penting di Australia. Baru-baru ini dia menerima anugerah untuk guru tertua didunia yang masih aktif.. Dan anehnya, dia belum terfikir untuk pencen.




P/S - Sana takde bersara wajib eh?





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!