Saturday, October 27, 2012

Sesuatu yang sangat klasik dan bernilai ditemui..


Sebuah kereta klasik Mini Cooper yang disimpan di dalam garaj sebuah kediaman sejak tahun 1976, ditemui baru-baru ini. Kereta klasik itu ditemukan ahli keluarga mendiang Brian Smith, yang membersihkan kediaman mendiang itu di Christchurch, di sini, selepas dia meninggal dunia pada Mei lalu. Kenderaan itu akan dilelong dan harganya dijangka boleh mencecah 12,000 pound (RM60,000). Anak saudara Smith, Neil Piper, 44, berkata, keluarganya memutuskan untuk menjual kereta tersebut kerana tidak ada seorang pun ahli keluarga mereka yang merupakan peminat kereta.

"Kereta itu perlu diubah suai dan kami tidak arif mengenainya," katanya. Smith yang masih bujang, membeli kereta tersebut pada tahun 1966 di Portsmouth, Hampshire dan kali terakhir memandunya pada musim panas tahun 1976, sebelum menyimpannya di dalam garaj di kediamannya itu. Sejak itu, kenderaan tersebut tidak pernah dipandu atau dikeluarkan dari garaj tersebut sehinggalah kereta itu ditemui baru-baru ini. Bacaan meter perbatuan kenderaan itu menunjukkan 22,270 batu (35,840 kilometer), dan keadaan itu dijangka meningkatkan lagi harga bidaan bagi kenderaan tersebut.

Matthew Whitney, dari syarikat bidaan Charterhouse berkata, Mini Cooper sangat sinonim dengan tahun 60-an dan menjadi ikon bagi industri permotoran Britain ketika itu. "Kebanyakan kereta klasik jenis itu sudah diubah suai, namun kenderaan itu masih berada dalam keadaan asal 100 peratus termasuk enjin dan panelnya," katanya. - AGENSI





.

Aneh, dia tidak boleh terkena cahaya..


Penderitaan aneh dialami seorang gadis cantik ini. Megan namanya. Dia tidak boleh terkena cahaya, bahkan terkena cahaya dari lampu rumah, cahaya TV/monitor komputer dan bahkan cahaya penerangan jalan dalam waktu yang agak lama. Apabila sekejap saja dia terpapar cahaya matahari...akibatnya tubuhnya akan sakit amat luar biasa. Ianya membuatkan dia hanya dapat meringkuk di dalam bilik yang gelap dan itu membuatkannya amat terseksa. Memang sangat aneh...





.

Sedihnya, tidak ada aidiladha disana..


Seperti kebanyakan rakyat Syria lain yang terpaksa menghadapi keperitan perang, Abu Hamid tidak akan menyembelih haiwan korban pada sambutan Aidiladha tahun ini. Beliau lebih bimbangkan keselamatan dan nyawanya. Tidak ada sambutan Aidiladha tahun ini kerana semua rakyat Syria menjadi pelarian. Saya sendiri bimbangkan keselamatan dan nyawa saya, katanya ketika ditemui wartawan di sebuah pasar ternakan di Aleppo. Hamid berkata serangan udara di kawasan kejiranannya di Aleppo menyebabkan beliau, isteri, lima anak dan anggota yang lain terpaksa berpindah dan berlindung di kedainya di pinggir bandar itu. Perniagaan semakin lembab. manakala peniaga kambing bertungkus-lumus mencari pembeli ternakan mereka dalam tempoh beberapa hari sebelum menjelang Aidiladha.

Saya datang ke pasar hanya untuk mengisi masa lapang dan melihat apa yang berlaku, tetapi saya tidak membeli walau seekor kambing untuk dikorbankan pada Aidiladha kerana saya tiada wang, katanya. Di pasar itu, Hamid melihat banyak kambing pelbagai saiz diletakkan di sebuah kawasan khas untuk dijual, tetapi tidak ramai pelanggan yang datang dan terlalu sedikit pembeli. Tahun ini tidak sama seperti tahun lalu. Tahun ini tiada Aidiladha di Syria, kata Mohammed Aasi, 20, yang mempunyai sebuah kedai pakaian di Aleppo. Aasi berkara beliau datang untuk membeli kambing tetapi tidak dapat mencari yang sesuai, manakala harga haiwan itu sangat mahal iaitu kira-kira 15,000 pound Syria (RM662).

Tahun lalu, harganya antara 11,000 hingga 12,000 pound (RM485 hingga RM529). Penduduk tidak mempunyai wang walaupun untuk membeli pakaian baru dan tiada apa-apa yang istimewa kerana semua orang sedang berdukacita, katanya. Harapan untuk gencatan senjata di Aleppo ketika Aidiladha juga seperti yang diumumkan utusan damai Lakhdar Brahimi juga tidak menentu. Mungkin ada gencatan senjata, saya tidak pasti, tetapi tidak banyak pertempuran hari ini, katanya. Pihak pentadbiran sebuah hospital sementara berkata, hanya enam orang dibawa untuk mendapatkan rawatan semalam, kebanyakannya kerana kecederaan dan mengandaikan ia mungkin kerana gencatan senjata. -Agensi






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!