Saturday, October 27, 2012

Sesuatu yang sangat klasik dan bernilai ditemui..


Sebuah kereta klasik Mini Cooper yang disimpan di dalam garaj sebuah kediaman sejak tahun 1976, ditemui baru-baru ini. Kereta klasik itu ditemukan ahli keluarga mendiang Brian Smith, yang membersihkan kediaman mendiang itu di Christchurch, di sini, selepas dia meninggal dunia pada Mei lalu. Kenderaan itu akan dilelong dan harganya dijangka boleh mencecah 12,000 pound (RM60,000). Anak saudara Smith, Neil Piper, 44, berkata, keluarganya memutuskan untuk menjual kereta tersebut kerana tidak ada seorang pun ahli keluarga mereka yang merupakan peminat kereta.

"Kereta itu perlu diubah suai dan kami tidak arif mengenainya," katanya. Smith yang masih bujang, membeli kereta tersebut pada tahun 1966 di Portsmouth, Hampshire dan kali terakhir memandunya pada musim panas tahun 1976, sebelum menyimpannya di dalam garaj di kediamannya itu. Sejak itu, kenderaan tersebut tidak pernah dipandu atau dikeluarkan dari garaj tersebut sehinggalah kereta itu ditemui baru-baru ini. Bacaan meter perbatuan kenderaan itu menunjukkan 22,270 batu (35,840 kilometer), dan keadaan itu dijangka meningkatkan lagi harga bidaan bagi kenderaan tersebut.

Matthew Whitney, dari syarikat bidaan Charterhouse berkata, Mini Cooper sangat sinonim dengan tahun 60-an dan menjadi ikon bagi industri permotoran Britain ketika itu. "Kebanyakan kereta klasik jenis itu sudah diubah suai, namun kenderaan itu masih berada dalam keadaan asal 100 peratus termasuk enjin dan panelnya," katanya. - AGENSI





.

3 Penyokong CHELSEA:

Pak Det on October 27, 2012 at 9:49 PM said...

memang klasik ...
1976, aku pun tak lahir lagi...

My recent post : #8 Idea Menulis Blog

boni kacak on October 28, 2012 at 6:14 AM said...

betul2 klasik.. memang belum lahir lagi masa tu

farid omar on October 28, 2012 at 8:08 AM said...

bestnya... aku mmg minat kereta2 vintaj ni..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!