Sunday, October 28, 2012

Melampau, pengusaha pengangkutan awam, muatkan penumpang atas atap..


Para penduduk di sini menggesa pihak polis bertindak tegas terhadap pengusaha bas dan pengangkutan awam lain yang membenarkan penumpang duduk di bahagian bumbung kenderaan. Penduduk tempatan, S. Sihaloho, 46, yang juga bekas pemandu teksi berkata, sekiranya keadaan itu tidak dibendung lebih awal, tindakan penumpang itu boleh menyebabkan kematian. Katanya, pemandu bas atau van kebiasaannya tidak mengendahkan soal keselamatan penumpang kerana mereka hanya fikirkan soal gaji dan jumlah penumpang yang menaiki kenderaan mereka. "Disebabkan itu, pemandu-pemandu pengangkutan awam sering mengabaikan keselamatan penumpang dan membenarkan mereka duduk di atas bumbung.

"Keadaan ini bukan sahaja membahayakan penumpang yang berada di atas bumbung, tetapi juga semua penumpang lain disebabkan pemandunya membawa lebih muatan," katanya kepada metrosiantar.com. Menurut Sihaloho, banyak teksi dan bas sanggup membawa lebih muatan ketika berada di lokasi ramai penumpang. Katanya, kadang-kala mereka dengan sesuka hati mengambil penumpang walaupun kenderaan sudah sesak. - AGENSI





.

Jemaah solat Aidiladha dibom di masjid


Paling kurang 37 orang mati dalam ledakan bom bunuh diri di sebuah masjid di utara Afganistan. Lebih dari 40 orang lainnya terluka dalam serangan di depan masjid di Maymana, ibukota provinsi Faryab. Beberapa pejabat provinsi dan ketua polis dilaporkan sedang berada di dalam masjid ketika ledakan terjadi, tetapi mereka selamat dari serangan. Kebanyakan mangsa adalah warga tempatan dan petugas polis yang berjaga. Saksi dan keterangan pejabat tempatan menyebutkan pengebom bunuh diri mendatangi masjid dan meledakan jaket bom bunuh dirinya setelah solat Aidil Adha baru selesai.

Wartawan BBC di Kabul melaporkan, tidak jelas bagaimana pengebom bunuh diri tersebut mampu melewati setidaknya empat pos penjaga yang dipasang di masjid tersebut. Wakil gobernor provinsi Faryab Abdul Satar Barez mengatakan kepada bilik berita AFP bahawa pengebom bunuh diri tersebut menggunakan seragam polis.






.

Telefon pintar sumbang penyakit?


Kebergantungan kepada penggunaan telefon pintar membuatkan kita lebih terdedah kepada penyakit merbahaya kerana peranti elektronik mudah menjadi tempat pembiakan bakteria. Doktor memberi amaran gabungan penggunaan telefon secara dekat dengan telinga, hidung dan mulut boleh mendedahkan diri dengan kuman serta membahayakan kesihatan. Kajian mendapati, telefon pintar adalah pembawa kuman yang diperolehi dari pintu bilik mandi yang boleh mendatangkan penyakit termasuk selesema, cirit-birit dan jangkitan mata. Selain itu, penjagaan kebersihan diri yang tidak betul juga boleh mempengaruhi kesihatan pengguna telefon.

Walaupun mempunyai risiko yang tinggi tetapi ramai pengguna membawa telefon kemana-mana sahaja termasuk ke bilik tidur dan juga ke tempat makan. Telefon pintar adalah pembawa paling tinggi kolifom iaitu sejenis bakteria pencemaran najis. Hasil kajian oleh makmal HML di Muncie terhadap lapan buah telefon mendapati terdapat 2,700 hingga 4,200 unit bakteria kolifom. "Kami menemui pepijat pada calitan berminyak di skrin sentuh,'' kata Profesor Michael Schmidt yang juga Naib Pengerusi Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi di Universiti Perubatan, South Carolina.

Jurnal Mikrobiologi Gunaan yang diterbitkan pada tahun 2011 mendapati 20 hingga 30 peratus virus boleh dipindahkan secara mudah melalui hujung jari ke permukaan kaca seperti skrin sentuh. Universiti Cape Coast di Ghana juga yang membuat kajian terhadap 100 orang pengguna telefon menemukan kepelbagaian bakteria di telefon mereka. - AGENSI





.

Demam gangnam style disana...........


Demam tarian kuda atau Gangnam Style nyanyian Psy semakin menjadi-jadi di Indonesia selepas beberapa bandar utama negara ini menganjurkan acara tarian mengikut rentak lagu Korea Selatan itu secara beramai-ramai. Kali ini hampir 12,000 penduduk Makassar mencatat rekod di Indonesia apabila mengadakan acara senaman secara besar-besaran mengikut rentak lagu popular tersebut di Pantai Losari di sini, baru-baru ini. Jumlah peserta yang dicatatkan menyertai acara senaman tersebut mencecah 11,994 orang dan melibatkan masyarakat dari seluruh Makassar yang memenuhi setiap penjuru Pantai Losari.

Penganjur acara tersebut, Ilham Abdi berkata, jumlah peserta yang terlibat dalam senaman pagi itu telah mencatat rekod di Indonesia dengan catatan jumlah peserta tertinggi. Seorang peserta yang hanya dikenali sebagai Arini berkata, lagu popular Korea Selatan itu yang menjadi fenomena di seluruh dunia, sangat popular dalam kalangan masyarakat Makassar. "Kami sangat bersemangat mengikut rentak tarian Gangnam Style.

"Demam tarian kuda bukan setakat melanda Jakarta tetapi kami di sini turut gilakan Gangnam Style," katanya kepada agensi berita Antara. Tarian tersebut yang menampilkan rentak tarian kuda, menjadi popular di Sulawesi Selatan selepas calon Gabenor, Ilham Arief Sirajuddin dan Aziz Qahhar Mudzakkar membuat persembahan Gangnam Style, baru-baru ini. - AGENSI





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!