Sunday, October 28, 2012

Demam gangnam style disana...........


Demam tarian kuda atau Gangnam Style nyanyian Psy semakin menjadi-jadi di Indonesia selepas beberapa bandar utama negara ini menganjurkan acara tarian mengikut rentak lagu Korea Selatan itu secara beramai-ramai. Kali ini hampir 12,000 penduduk Makassar mencatat rekod di Indonesia apabila mengadakan acara senaman secara besar-besaran mengikut rentak lagu popular tersebut di Pantai Losari di sini, baru-baru ini. Jumlah peserta yang dicatatkan menyertai acara senaman tersebut mencecah 11,994 orang dan melibatkan masyarakat dari seluruh Makassar yang memenuhi setiap penjuru Pantai Losari.

Penganjur acara tersebut, Ilham Abdi berkata, jumlah peserta yang terlibat dalam senaman pagi itu telah mencatat rekod di Indonesia dengan catatan jumlah peserta tertinggi. Seorang peserta yang hanya dikenali sebagai Arini berkata, lagu popular Korea Selatan itu yang menjadi fenomena di seluruh dunia, sangat popular dalam kalangan masyarakat Makassar. "Kami sangat bersemangat mengikut rentak tarian Gangnam Style.

"Demam tarian kuda bukan setakat melanda Jakarta tetapi kami di sini turut gilakan Gangnam Style," katanya kepada agensi berita Antara. Tarian tersebut yang menampilkan rentak tarian kuda, menjadi popular di Sulawesi Selatan selepas calon Gabenor, Ilham Arief Sirajuddin dan Aziz Qahhar Mudzakkar membuat persembahan Gangnam Style, baru-baru ini. - AGENSI





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!