Kerja keras penyanyi Jessica Simpson untuk kembali mendapatkan bentuk badan ideal kini menampakkan hasil. Dalam sebuah parti Halloween baru-baru ini, Simpson dengan bangganya menayang tubuhnya yang sudah langsing dalam persalinan kostum yang ketat. Kemunculan tunang kepada Eric Johnson itu mencuri tumpuan umum yang rata-rata memuji bentuk badannya itu. Simpson, 32, sebelum ini mengalami masalah penambahan berat badan ketika mengandungkan anaknya, Maxwell. Bagaimanapun, dia segera mengikuti kelas pelangsingan badan selepas melahirkan bayinya itu.








