Friday, November 23, 2012

Isteri simpan mayat suaminya selama 3 tahun


Seorang perempuan di Rusia menyimpan mayat suaminya di apartmennya selama hampir tiga tahun. Dia yakin bahawa suaminya akan bangkit dan dia boleh menghidupkan kembali suami yang sangat dicintainya itu. Perempuan berusia 76 tahun tersebut, tinggal selama tiga tahun bersama mayat suaminya dan ditemani oleh lima orang anaknya. Dia bahkan menyuruh anak-anaknya untuk bercakap dan memberi makan kepada jasad suaminya. ”Wanita ini adalah seorang Kristien Pantekosta yang taat . Namun mentalnya menunjukkan bahawa dia sangat berputus asa ketika suaminya meninggal pada tahun 2009.

Dia percaya bahawa dia boleh membangkitkan suaminya,” kata seorang pendakwa di Rusia. ”Siasatan dimulakan ketika mayat ditemukan di tempat sampah didalam beg plastik pada bulan Julai lalu. Dua anak dari perempuan itu memutuskan untuk membuang tubuh ayahnya, ketika keluarganya pindah,” ujar pendakwa itu.






.

Maut bermain komputer tanpa henti


Seorang lelaki Thailand dilaporkan maut di hadapan komputernya selepas bermain permainan komputer tanpa henti selama beberapa malam. Mayat mangsa yang berusia 24 tahun itu ditemui dalam keadaan terduduk di atas kerusi di biliknya di wilayah Samut Songkhram, barat daya Bangkok, semalam. Pegawai polis tempatan, Chaichana Boonrod berkata, mangsa dipercayai ketagihan bermain permainan video dan mengalami kesukaran untuk tidur, menyebabkan mangsa bermain dari waktu malam hingga pagi. Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. - AFP






.

Buat pertama kalinya sejak 1932, pramugari Egypt Air boleh........


Sejak Egypt Air terbang pertama kali pada 1932, tak ada seorang pun pramugari yang berjilbab. Sekarang, mereka mula mengenakan jilbab seperti wanita Mesir pada umumnya untuk lebih mencerminkan negara Islam. Demikian dipetik dari Detik News. Pramugari Egypt Air pertama yang mengenakan jilbab terbang dari Kairo menuju Jeddah, Arab Saudi, Sabtu (10/11) lalu. Hal ini cukup menyentuh hati, disebabkan Egypt Air tak pernah mempunyai pramugari berjilbab sejak beroperasi tahun 1932. Ketika Presiden Husni Mubarak berkuasa sehingga awal 2011 lalu, jilbab adalah tabu bagi wanita yang bekerja di beberapa institusi seperti tv dan penerbangan nasional. Tapi setelah Presiden Muhammad Mursi dipilih pada Jun 2012, para wanita di kedua institusi tersebut sedikit demi sedikit mula mengenakan jilbab.

Seperti para wanita lain di Mesir, yang majoritinya menganut agama Islam. Dipetik dari Sydney Morning Herald, pihak Egypt Air membolehkan para pramugari mereka untuk mengenakan jilbab. Pihak Egypt Air juga telah menghubungi perusahaan asing untuk mereka jilbab dan topi pramugari untuk para pekerja mereka. Ada sekitar 250 pramugari yang ingin mengenakan jilbab, dari 900 perempuan yang bekerja di Egypt Air. Bulan September lalu, seorang penyiar wanita menjadi yang pertama kali mengenakan jilbab di stesen tv nasional. Jilbab itu menutupi rambut dan lehernya.






.

Subhanallah...! Bayi ini lahir dengan al-quran


Ulama terkenal dari Nigeria berkumpul di Mushin, Provinsi Lagos, barat daya Nigeria, untuk menyaksikan upacara menamakan seorang bayi. Bayi tersebut bukan bayi biasa kerana bayi yang lahir pada 7 Mei 2012 tersebut lahir dengan sebuah Quran kecil di tangannya dari rahim ibunya. Ulama Nigeria, Ustadz Abdul Rahman Olanrewaju Ahmed, memberikan nama kepada bayi tersebut dengan nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo. Dalam pemberian nama tersebut, Ustadz Abdul Rahman juga menasihati si ibu bahawa bayinya bukanlah seorang nabi meskipun dia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran. Beliau juga menambahkan bahawa hal tersebut merupakan kehendak Allah, untuk mengirim bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan.

Ulama lain yang ikut dalam acara tersebut antara lain Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba, Ketua dari Komuniti Nasrulifathi Ustadz Alhaji Abdullahi Akinbode, dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb. Sebelumnya, si ibu menyatakan diri memeluk Islam setelah melihat bayinya lahir dengan membawa Quran dari rahimnya. Kini, si ibu 32 tahun yang dulu bernama Kikelomo Ilori ini kemudian berganti menjadi Sherifat. Hal serupa juga dilakukan oleh nenek bayi itu yang dulu memeluk agama Kristien sekarang menjadi seorang Muslim dan mengganti namanya dengan nama Islami.

Di luar rumah bayi, ramai penjual menjual berbagai tanda hati mengenai bayi tersebut, seperti baju, tasbih, dan foto-foto bayi itu. Kelahiran bayi tersebut hingga saat ini masih mengundang kontroversi, dimana ramai menganggap sesuatu yang mustahil bagi seorang bayi lahir dengan memegang (membawa) Quran dari rahim si ibu. Namun di lain pihak, ada yang berpendapat bahawa apa pun boleh terjadi jika Allah berkehendak. Wallahu’alam..







.

Peliknya.. Jodohnya dengan 4 orang wanita disekolah..


Seorang lelaki Arab Saudi berusia 50-an mencatat rekod unik kerana empat isterinya bersekolah. Lelaki itu mengahwini pengetua, guru dan seorang pelajar di sekolah yang sama manakala isteri keempat adalah penyelia di sekolah lain. Kes ini pelik dan unik. Semua guru dan pelajar selalu bergurau mengenainya, kata seorang guru di sekolah tiga isteri lelaki berkenaan. Pada masa sama, katanya, pengetua berkenaan tidak cuba mengambil kesempatan kerana kedudukannya lebih tinggi daripada madunya. Guru itu dipetik akhbar Okaz sebagai berkata, pengetua melayan madunya seperti orang lain ketika bertugas di sekolah terletak di Jizan, barat laut Arab Saudi. Beliau melayan madunya, guru dan pelajar berkenaan seperti juga pelajar dan guru lain, katanya.

Laporan tidak menyatakan sama ada dia mengahwini isterinya serentak dan usia pelajar berkenaan. Lelaki itu tinggal tidak jauh dari sekolah isterinya. Bagaimanapun, bagi pihak tertentu, mereka memberi pandangan bahawa beristeri lebih daripada satu adalah perbuatan salah dari segi sosial. Bolehkah dia uruskan tekanan mental, fizikal dan kewangan untuk membesarkan anak atau dia akan biarkan mereka saja, kata Zeezo dalam komen di internet. Satu lagi komen menasihati lelaki berpoligami itu memulakan sekolah lain dan memegang jawatan kanan. Agensi







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!