Thursday, December 13, 2012

Singa yang memecahkan rekod dunia


Seekor singa betina di Zimbabwe mencipta keajaiban, sekali gus memecahkan rekod dunia dengan melahirkan sebanyak lapan ekor anak pada bulan lalu, walaupun ia telah diberi pil perancang. Singa yang diberi nama Pasha itu melahirkan sebanyak lapan ekor anaknya itu pada 4 November lalu di Taman Singa dan Cheetah di pinggir ibu negara ini. Ketua Perkhidmatan Saintifik Pihak Pengurusan Taman Negara dan Hidupan Liar Zimbabwe, Dr. Hillary Madzikanda berkata, kejadian itu tidak pernah berlaku dalam sejarah singa, malah ia merupakan satu rekod dunia. Jurucakap taman itu hanya mengumumkan kelahiran luar biasa itu pada minggu ini.

 Pasha pada awal tahun ini telah melahirkan dua ekor anak dan terus diberi makan pil perancang bagi mengawal pembiakannya. Kelahiran itu, sekali gus memberi kejutan kepada kakitangan taman berkenaan memandangkan singa diketahui hanya melahirkan dua hingga empat ekor anak. Malah doktor haiwan turut beranggapan pemberian pil perancang itu telah ‘memakan diri’. Pasha kini diberi pemakanan tambahan bagi meningkatkan kesihatannya, manakala anaknya dipantau rapi oleh kakitangan taman itu. - AGENSI






.

Suami Datuk Siti Nurhaliza terlibat dalam kemalangan serius


Suami penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa cedera dalam kemalangan di New Zealand hari ini dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Menurut Siti Nurhaliza, suaminya yang menunggang motosikal kuasa besar mendapat kecederaan patah bahu, tangan dan kaki, namun keadaannya tidak membimbangkan. "Doakan suami saya beransur pulih," kata Siti Nurhaliza kepada Utusan Malaysia di sini. Siti Nurhaliza yang sepatutnya menjayakan siri terakhir Konsert Ekspresi Karya Gemilang di sini malam ini memberitahu, beliau terpaksa membatalkan persembahannya. Beliau akan berlepas ke New Zealand esok untuk bersama suaminya di sana dengan ditemani kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa. - UTUSAN






.

Pisang boleh diawet untuk kekal segar selama 2 minggu?


Ilmuwan China mendedahkan telah menemukan penyelesaian untuk mengawet pisang dan membuatkannya kelihatan selalu segar. Kulit pisang punya sifat yang hampir mirip dengan isi buah epal ketika dikupas. Warnanya akan cepat berubah menjadi coklat. Selain itu, isi buah pisang biasanya juga cepat lembek atau busuk. Kini, para ilmuwan China hadir dengan penemuan yang luar biasa. Hasil penemuan ini disampaikan oleh ilmuwan yang berasal dari Universiti Tianjin jurusan sains dan teknologi di 244th National Meeting & Exposition of the American Chemical Society.

Apakah hasil kajian mereka? Sebuah lapisan hidrogel yang terbuat dari kitosan, zat yang berasal dari kulit udang dan ketam, telah terbukti dapat menunda pembusukkan pisang hingga 12 hari dan menjaga buah itu agar tetap segar. Lapisan ini disemburkan ke seluruh kulit pisang untuk membunuh bakteria yang menyebabkan pembusukkan, serta memanjangkan usia buah hingga dua minggu. -Nydailynews






.

Kenapa bodoh sangat ni?


Kemelesetan ekonomi dan cabaran hidup kini, memang membuatkan ramai orang melakukan tindakan kejahatan demi untuk meneruskan kelangsungan hidup. Dan apa yang dilakukan oleh remaja perempuan berumur 19 tahun, berasal dari Nebarska, Amerika Syarikat ini adalah sesuatu yang berbeza. Dia masih muda, cantik, berani tapi sangat bodoh. Dia berjaya dengan mudahnya merompak bank dan melarikan wang bernilai lebih dari US$ 6000 serta mencuri sebuah kereta mewah. Tetapi malangnya, dia mempamerkan hasil curiannya dan menguploadnya ke internet. Dan malang buatnya, itu membuatkan dia ditangkap.. Kan dah ada bukti?






.

Bila dia kebetulan berkait rapat dengan angka 12


Perayaan ulang tahun kanak-kanak dari Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat pada 12 Disember 2012, menjadi istimewa kerana tarikh kelahirannya merupakan deretan 'nombor cantik'. Kanak-kanak yang bernama Kim Moriya berusia 12 tahun pada 12-12-2012, pukul 12:12 pagi waktu Alabama. Kim salah satu dari ribuan orang di Amerika Syarikat yang lahir pada tarikh itu. Kim mengatakan rakan-rakannya tidak percaya, ketika dia mengatakan kepada mereka tentang tarikh lahirnya yang serba 12. "Kebanyakan dari mereka tidak percaya," kata Kim.

Namun dia memiliki fakta yang menguatkan hal tersebut, iaitu sijil kelahiran dari New York. Kim merupakan anak dari pasangan Kazuo Moriya dan Tamara Moriya. Ayahnya warga negara Jepun, sedangkan ibu, Tamara adalah Direktor Eksekutif dari Jepun-Amerika Society of Alabama. Untuk ulang tahunnya itu, Moriya hanya ingin disediakan donat Krispy Kreme yang disusun membentuk angka 12. -AL.com






.

Hakim menjatuhkan hukuman 'tidak boleh memiliki anak lagi' kepada lelaki ini


Seorang hakim di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) melarang seorang lelaki berusia 44 tahun memiliki keturunan. Hal itu disebabkan kerana lelaki itu sudah memiliki sembilan orang anak Hakim menghukum Corey Curtis dengan hukuman yang sangat unik. Curtis tidak dibenarkan memiliki keturunan lagi, kecuali dia sanggup untuk menanggung biaya hidup sembilan anaknya yang dilahirkan oleh enam orang perempuan yang berbeza. Curtis saat ini dihukum percubaan tiga tahun penjara kerana gagal membayar denda sebesar USD50 ribu sebagai jaminan hidup anak. Meskipun demikian, Curtis masih ingin membuat rayuan keatas hukuman yang dijatuhkan kepadanya.

"Akal sihat memerintahkan kita agar tidak memiliki anak bila kita tidak sanggup membesarkannya. Membesarkan disini bukan sahaja melindungi dan memjaga, bahkan yang paling penting adalah menyediakan wang yang cukup buat mereka Saya akan menetapkan masa percubaan penjara kepadanya," ujar Hakim Tim Boyle. Selain didakwa atas kelalaiannya dalam menjamin biaya hidup anak-anaknya, Curtis juga turut memiliki kesalahan besar lainnya. Namun Curtis masih tidak mahu mengaku salah. "Hakim itu membuat hukuman, namun mereka ianya dijatuhkan secara buru-buru," ujar Curtis. -orange
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!