Monday, December 17, 2012

Amerika Syarikat heboh kerana kewujudan UFO


Laporan kewujudan piring terbang yang dikenali sebagai pesawat alien atau Unidentified Flying Object (UFO) di atas wilayah Amerika Syarikat meningkat dalam minggu ini. Hal tersebut menimbulkan panik warga tempatan mengenai akan datangnya kiamat pada 2012. Dilaporkan laman space.com, jumlah kewujudan UFO meningkat minggu ini, tanpa disebutkan jumlah kewujudan tersebut. Kewujudan tersebut kononnya ada kaitan dengan ramalan kiamat Suku Maya pada 21 Disember 2012. Di San Francisco dan Brooklyn, kewujudan UFO menimbulkan panik akan kiamat. Sebuah rakaman video menunjukkan lampu yang misteri dan dikaitkan dengan hari akhir dunia.

Sebahagian orang ramai tidak percaya pada ramalan kiamat itu mengatakan kewujudan lampu tersebut sama seperti yang terjadi di West Cost pada 9 Disember lalu. Sementara itu, NASA telah berusaha menenangkan warga AS mengenai kiamat. Dalam laman rasminya, NASA menyatakan kiamat tidak akan datang pada 21 Disember. Penyelidik di NASA, David Morrison mengatakan tidak ada alasan untuk risau akan kiamat tersebut. "Tidak ada masalah yang benar di sini. Ini hanyalah fantasi yang dibuat-buat, " ungkapnya. Menurutnya, ketika ini ada gurauan dan misteri yang sengaja disebarkan orang.






.

Bunga mayat yang besar dan bau..


Sejenis bunga yang sangat jarang dan dinamakan 'bunga mayat', nama samaran untuk bau busuk yang dikeluarkannya telah ditemui mekar di Indonesia. Ianya mekar di Djuanda Botanical Garden di Bandung, Jawa Barat. Bunga ini memang sukar ditemui, apatah lagi yang sedang mekar berikutan cuaca dunia yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini. Lebih dikenali sebagai Amorphophallus titanum. Baunya menyerupai daging reput untuk menarik kumbang dan lalat untuk pendebungaan.

Warna merah pekat bunga juga menyumbang kepada ilusi yang ia adalah sekeping daging. Ia adalah unik kepada rantau barat Sumatera, sebuah pulau di barat Indonesia, di mana ia tumbuh di hutan hujan di bukit batu kapur, dan struktur daun boleh mencapai sehingga enam meter (20 kaki) tinggi dan keseluruhan lima meter (16 kaki) .






.

Cara Kim Kardashian pakai Peplum


Hoho, bila tengok gambar ni, baru tau yang peplum tu bukan setakat baju jer, skirt pun ada.. Kim Kardashian memang sejak akhir-akhir ni selalu membuat pilihan fesyen buruk. Namun kali ini bukan alang-alang buruk lagi..huhu.. Bintang rancangan realiti ini dilihat berpakaian 'peplum'. Dengan penuh yakin dia menggayakan pakaian dibadannya..


Berjalan sambil sekali sekala memberi pose 'yang paling menarik' buat paparazi yang sibuk mengambil gambarnya. Bintang berusia 32 tahun itu mengenakan baju hitam ketat dan skirt peplum yang juga sangat ketat, dan dengan pakaian sebegini, membuktikan badan Kim Kardashian sudah mula berisi. Mungkin juga dia meninggalkan rumahnya tergesa-gesa tanpa memeriksa dan melihat dari semua sudut.






.

Tandas unik, yang boleh dikawal dengan telefon pintar


Tandas di Jepun memiliki beragam teknologi unik, termasuk inovasi yang boleh dikawal dengan telefon pintar. Februari akan datang, akan tersedia tandas Satis dari bahan Inax yang dapat dikawal dengan telefon melalui Bluetooth. Dengan applikasi MySatis yang dapat dimuat turun, pengguna dapat menaikkan dan menurunkan tutup tandas melalui wireless. Pengguna bahkan menyiram air tandas serta mengatur kekuatan semburan melalui telefon. Seperti dipetik dari laman Rocket News 24, pengguna juga dapat periksa penggunaan air dan elektrik dari tiap siraman tandas. -Rocket News 24






P/S - Entah apa-apalah kan..hehe






.


Bayi tidak cukup bulan diselamatkan oleh gunting


Kebiasaannya bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan dengan berat kurang daripada satu paun (450 gram) sukar untuk diselamatkan kerana kurang memiliki daya juang hidup. Bagaimanapun, berlainan dengan Maddalena Douse yang dilahirkan enam bulan lalu, yang hanya memiliki berat 382 gram, kerana kejadian yang jarang-jarang berlaku telah membantu menyelamatkan nyawanya. Sepasang gunting yang secara tidak sengaja tertinggal di atas penimbang telah membantu menambah berat badannya, sehingga menyakinkan para doktor untuk memberi rawatan susulan kepadanya.

Selepas dia diletakkan di dalam mesin khas untuk bayi tidak cukup bulan, sepasang gunting yang secara tidak sengaja tertinggal di atas penimbang menyebabkan berat badannya melebihi berat sebenar bayi itu, sehingga menyakinkan para doktor untuk berusaha menyelamatkan bayi kecil berusia 23 minggu itu. Setelah diberi rawatan secara berterusan di Hospital Royal Sussex, bayi itu semakin pulih serta sihat, dan dia kini sudah pun dibenarkan pulang ke rumah. Maddalena sebenarnya mempunyai pasangan kembar, Isabella, namun kembarnya itu meninggal dunia beberapa minggu selepas dilahirkan.

Ibu mereka, Kate, dan bapa, Renato, sangat sedih dengan kematian Isabella serta bimbang Maddalena mengalami nasib yang sama. Namun, pasangan suami isteri itu sangat gembira dengan perkembangan Maddalena yang dianggap 'menakjubkan.' "Kami tidak pernah menjangka Maddalena boleh dibawa pulang ke rumah apatah lagi untuk menyambut Krismas ini.Beratnya kini 2.49 kilogram dan semakin kuat dari hari ke hari." katanya. - AGENSI






.

Chelsea kalah, Corinthians juara Piala Kelab Dunia


GERGASI Amerika Selatan, Corinthians muncul juara Piala Kelab Dunia Fifa setelah menewaskan penyandang Liga Juara-Juara Eropah, Chelsea 1-0 pada aksi final yang berlangsung di Yokohama, Jepun sebentar tadi. Corinthians memperoleh gol kemenangan menerusi Paolo Guerrero pada minit ke-69. Chelsea tidak pernah menjulang sebarang gelaran dalam kempen ini, namun bagi Corinthians, kali terakhir memenanginya adalah pada 2000 menewaskan kelab senegara, Vasco da Gama. Kegagalan Chelsea ini menunjukkan pengurus sementaranya Rafael Benitez yang baru sebulan mengemudi kelab itu gagal membawa berita baik kepada pengurusan dan peminatnya. Kelab England itu terpaksa menghabiskan baki perlawanan separuh masa kedua dengan 10 pemain apabila Gary Cahill dibuang padang kira-kira 18 minit selepas gol Guerrero. -SH





P/S - Memang kecewa dengan kekalahan ini, apatah lagi beberapa pemain chelsea banyak melepaskan peluang untuk membuat jaringan. Melihat kekecewaan mereka setelah kalah, kepala yang tunduk, mata merah dan beberapa pemain menitiskan airmata, belum lagi dikira kekecewaan yang peminat rasakan.. Apa nak buat, inilah adat pertandingan. ada menang dan ada kalah.. Cuba lagi dilain masa... KTBFFH..






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!