Tuesday, December 18, 2012

Sekolah dengan hanya seorang pelajar


Beijing - Hu Yang, 8 tahun, dilihat serius di kerusiya. Matanya menatap tajam ke papan tulis di mana seorang guru sedang mengajar. Ya, memang tidak ada bezanya dengan pelajar-pelajar dari sekolah lain. Bezanya adalah, Hu Yang merupakan satu-satunya pelajar di sekolah rendah di Xianyou, Provinsi Fujian, sebelah tenggara China. Bangunan sekolah tiga tingkat yang dibina pada 2005 itu memiliki 24 kelas. Hebatnya, meskipun pelajarnya cuma Yang, sekolah ini mempunyai dua guru. Dua tahun lalu, sekolah ini ada 80 pelajar, namun turun menjadi 17 pada tahun lalu.


Kini hanya tinggal Yang, duduk di satu-satunya kerusi dan meja di tengah ruangan kosong. “Meskipun hanya ada seorang pelajar, kami akan tetap menjalankan kurikulum yang ada. Lagi pula Yang pelajar yang pintar,” kata salah seorang guru, Zheng Zhixiong. Dia mengatakan sebahagian besar pelajar terpaksa pindah kerana mengikuti orang tua mereka yang bekerja ke kota lain. “Kami akan berusaha membuatkan Yang tetap merasa seperti sekolah pada umumnya,” kata Zheng.






.

Kota paling kotor didunia..


Pusat kewangan dan komersil India, Mumbai, disenaraikan sebagai paling kotor antara 40 bandar raya pelancongan popular oleh TripAdvisor Khamis lalu, laman web pelancongan terbesar dunia. TripAdvisor membuat penyenaraian itu berdasarkan reaksi 75,000 orang kepada tinjauan, yang meletakkan kedudukan bandar raya berdasarkan kebersihan, kemudahan berjalan di bandar raya, pengangkutan awam, keselamatan, perkhidmatan teksi, keramahan penduduk tempatan, membeli belah dan nilai mata wang tempatan. Bandar raya seperti Singapura, Tokyo, Zurich, Dubrovnik, Vienna, Stockholm, Dubai dan Munich antara yang turut ada dalam senarai tinjauan.


Tempat terbawah 

Mumbai berada di tempat terbawah dari segi kebersihan dan kemudahan bersiar di bandar raya itu. Pelaburan tidak berkesan kerajaan tempatan dalam pembinaan infrastruktur membawa kepada kekurangan dan jauh ketinggalan dalam kemudahan perkhidmatan awam.Sampah dilihat kerap mengotori bandar raya itu. New York turut mengecewakan pelancong, walaupun muncul sebagai tempat kegemaran pelancong untuk membeli belah. Pelancong berasakan jalan raya di bandar raya itu boleh dibersihkan untuk bersuka ria di New York dengan lebih baik. - Agensi

Buat renungan : Bagaimana anda mengucapkan selamat tinggal, jika nyawa anda mungkin tinggal 3 bulan saja?


Seorang remaja menghidap penyakit kanser kronik dan tak mungkin akan disembuhkan walaupun telah menjalani berpuluh-puluh pembedahan, kini telah merakamkan sebuah lagu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan dan keluarga selepas diberitahu dia mungkin hanya ada tiga bulan hingga satu tahun untuk hidup. Lelaki yang berusia 17 tahun ini, Zach Sobiech dari Lakeland, Minnesota menulis lagu, bertajuk 'Cloud', dan memuatkan video rakaman studionya di YouTube. Video itu telah dilihat lebih daripada 412,000 dalam tempoh 10 hari lepas.


Dalam korus, dia menyanyi: 'And we’ll go up, up, up, but I’ll fly a little higher. We’ll go up in the clouds, because the view is a littler nicer. Up here, my dear. It won’t be long now; it won’t be long now.''.


Sobiech telah didiagnos dengan osteosarcoma, kanser tulang yang terbentuk ketika dia kanak-kanak, pada tahun 2009 ketika dia hanya berusia 14 tahun. Kanser menjejaskan hanya 400 orang di bawah umur 20 tahun setiap tahun. Beliau telah didiagnos selepas menemui doktor untuk sakit yang berterusan di pinggulnya, di mana doktor mendapati dia mempunyai tumor yang besar. Sejak diagnosis itu, Sobiech telah menjalani berpuluh-puluh pembedahan termasuk penggantian pinggul, serta kemoterapi. Namun dia masih tetap tersenyum dalam video lagu itu.. dia memang tabah!




P/S - Nangis bila baca kisah sedih ni. Bagaimana dengan kita? setakat demam, atau batuk dah mengeluh.. :'( jom lakukan carian di youtube untuk lagu hebat ini - CLOUD - Zack Sobiech






.

Adakah isteri muda pemimpin ini hamil?


Isteri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dipercayai sedang mengandung selepas membuat penampilan di stesen televisyen negara itu semalam sekali gus bakal mewarisi pemerintahan dinasti Kim. Ri Sol-ju dilihat berdiri bersebelahan dengan suaminya pada majlis memperingati ulang tahun pertama kematian bapa Jong-un, Kim Jong-il. Sol-ju yang berpakaian gelap pada majlis itu bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan fizikal perutnya yang semakin membesar sekali gus menarik minat media Korea Selatan. - AFP






.

Jambatan gantung tertinggi di Eropah, menakutkan?


Jambatan gantung paling menakutkan di dunia terletak pada ketinggian 457 meter di atas glasier dan dibina di Pergunungan Titlis di sini, sudah mula dibuka kepada orang ramai. Jurutera mengambil masa lima bulan untuk menyiapkan jambatan yang dikenali sebagai Titlis Cliff Walk itu. Jambatan yang terletak pada ketinggian 2,743 meter di atas paras laut itu turut menjadi jambatan gantung tertinggi di Eropah. Pembinaan jambatan sepanjang 101 meter dan lebar hanya 91 sentimeter itu melibatkan kos sebanyak 1 juta pound (RM4.9 juta).

Majlis pembukaannya yang diadakan pada hujung minggu lalu turut diadakan ketika ribut salji, sekali gus mengurangkan jarak penglihatan kepada hanya beberapa meter. Pembinaan Titlis Cliff Walk itu adalah sempena ulang tahun ke-100 pembukaan laluan kereta kabel yang menghubungkan pekan Engelberg dan Gerschnialp pada Januari 1913. Pembinaan jambatan itu memberi cabaran besar kepada jurutera dengan waktu kerja bergantung kepada keadaan cuaca. “Semua orang kagum dengan jambatan gantung itu dan pembukaannya juga dibuat ketika ribut salji, sekali gus memberi satu cabaran kepada sesiapa yang mahu melaluinya," kata Peter Reinle daripada Syarikat Kereta Kabel Titlis. - AGENSI





.

Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad bakal kahwin


Penyanyi Shila Amzah tidak menyangka gurauannya ketika menjadi penyampai anugerah pada Anugerah Planet Muzik (APM2012) yang berlangsung di Max Pavilion, Singapura, pada Sabtu lalu telah mengundang salah faham terhadap kekasihnya Sharnaaz Ahmad. Shila berkata, gurauannya dengan mengatakan kekasihnya itu mungkin cemburu melihat dia berduet dengan penyanyi Singapura, Taufik Batisah bukanlah dengan niat untuk memperkecilkan Sharnaaz. "Selepas saya berbincang dengan abah (ND Lala), katanya gurauan seperti itu tidak patut saya ungkapkan secara umum, apatah lagi ia merupakan acara siaran langsung. "Walaupun perkara itu hanyalah gurauan, tetapi ia telah dilihat daripada sudut berbeza setiap penonton. Maka saya akui dengan kesalahan itu.

"Saya dan Sharnaaz tidak mempunyai sebarang masalah selepas kejadian itu kerana kami sudah pun berbincang mengenainya," katanya. Shila ditemui pada sidang akhbar Konsert Shila Amzah sempena Gala Amal Pamoga-Gaza di Hotel One World dekat sini, Isnin. Kata-kata Shila pada acara APM2012 itu menyebabkan Sharnaaz kurang senang sehingga membuatkan dia memuat naik entri Twitter yang agak kasar terhadap Shila pada malam Ahad. Bagaimanapun kira-kira pukul 6.30 pagi Isnin, Sharnaaz telah memadam entri tersebut dan mendakwa terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah menceroboh akaun Twitter miliknya itu.


Ditanya, adakah Shila terasa dengan mesej-mesej Sharnaaz tersebut penyanyi itu enggan mengulas mengenainya. "Saya rasa perkara ini tidak perlu dipanjangkan kerana ia sudah pun selesai. Apa yang ditulis Sharnaaz dalam Twitter, saya tidak akan komen," katanya. Sementara dalam perkembangan lain Shila mengesahkan Sharnaaz telah melamarnya untuk dijadikan isteri. Perkara itu disahkan Shila dalam Twitter miliknya yang dimuat naik kira-kira pukul 7.30 malam Isnin tetapi telah dipadamkan tidak lama kemudian.Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen terbaharu itu tidak kesampaian apabila pasangan tersebut tidak menjawab panggilan telefon. -Mstar






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!