Tuesday, December 25, 2012

Kebakaran Besar, Tujuh Terbunuh, Beribu-Ribu Hilang Tempat Tinggal


Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan beribu-ribu kehilangan tempat tinggal apabila dua kebakaran melanda bandar Filipina pada Hari Krismas, mencetuskan rusuhan dalam kebakaran, kata Marshal Kebakaran Manila, Selasa. Enam mayat telah ditemui dan dua yang lain hilang dalam kebakaran yang meletus pada waktu subuh di deretan pangsapuri lama di seksyen Baler, utara Manila, kata Ketua Superintendan Santiago Laguna. Dalam pada itu, orang yang disyaki mencetuskan kebakaran melakukan kebakaran kedua di kota seberang bandar, mencetuskan rusuhan yang telah menyebabkan seorang lelaki mati dan dua yang lain ditahan, katanya dalam satu temu bual yang disiarkan melalui radio DZBB.

 "Mereka (penduduk) mula merampas hos daripada anggota bomba yang tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka takut dengan keselamatan mereka sendiri," kata Laguna. Seorang lelaki telah dipukul dan kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya. "Mereka menyangka dia anggota bomba," katanya mengenai mangsa, sambil menambah dua yang disyaki penunjuk perasaan juga telah ditangkap. Laguna berkata penduduk kelihatan marah dengan kelewatan anggota bomba. Bagaimanapun beliau berkata penduduk sendiri perlu disalahkan. "Kerata bomba kami mempunyai kesukaran memasuki jalan-jalan sempit yang telah disekat oleh kereta-kereta," katanya.


"Anggota bomba kami terpaksa mengheret hos ke lorong-lorong, di mana mereka telah diserang." Kebakaran meninggalkan kira-kira 2,000 keluarga kehilangan tempat tinggal. Seorang jurugambar AFP di tempat kejadian menyaksikan beratus-ratus mangsa berkampung di tingkat dua gelanggang bola keranjang berhampiran. Laguna berkata punca kebakaran pangsapuri adalah di bawah siasatan, sambil berkata penggunaan litar elektrik mungkin terlalu banyak dan meningkat semasa Krismas yang melibatkan 14 juta orang penduduk. - AFP






.

Sungai terkotor di dunia ada berdekatan kita?


Para pemimpin global dunia bersiap untuk saling bertemu di Kopenhagen, Denmark membahas penyelamatan planet Bumi yang semakin serius. Namun salah satu agenda rasmi pertemuan Kopenhagen ini sudah pasti akan membuatkan nama Indonesia kembali terkenal di dunia. Ini adalah kerana pertemuan ini akan membahas masalah pencemaran di sungai Citarum, Jawa Barat yang telah mendapat kategori sebagai ‘sungai paling kotor’ di dunia. Sungai Citarum, meskipun telah dibantu Asian Development Bank untuk dibersihkan dari segala bentuk sampah, bahan kimia dan kotoran manusia, sejak 5 Disember 2008, namun hasilnya belum seperti yang diharapkan.

Aliran sungai Citarum, dimana para penduduk tempatan mandi dan untuk air minum, telah dicemari oleh ribuan buangan fabrik tekstil dan tandas rumah dari pinggiran sungai setidaknya selama 20 tahun selama ini. Seperti dipetik dari The Sun, tentu saja pencemaran di Sungai Citarum ini sama sekali tidak menguntungkan bagi para nelayan yang akhirnya mengubah kerjaya sebagai pemungut sampah di sepanjang aliran sungai ini. Sungai Citarum mungkin terkotor, tapi yang paling ngeri, adalah, sungai ini merupakan sumber dari 80% air di ibukota Indonesia, Jakarta. -The Sun







.

Sejadah unik, bercahaya ketika menghadap kiblat


Jika anda sedang berrcuti, terutama bercuti ke luar negara, tentunya anda tidak dapat mengetahui dengan pasti arah kiblat untuk solat tanpa bantuan alat lain seperti kompas. Namun kini ditemukan sebuah teknologi yang memberi penyelesaian terhadap masalah itu. Teknologi itu adalah sebuah sejadah yang bercahaya ketika menghadap kiblat. Sejadah yang diberi nama El Sajjadah ini merupakan penemuan dari seorang inventor berasal dari Turki bernama Soner Ozenc. Kini dia tinggal di London. Sayangnya, hingga saat ini El Sajaddah belum dapat dipasarkan kerana kekurangan dana. Paling tidak, projek ini memerlukan dana sebesar $100 ribu untuk dipasarkan dan Ozenc kini sedang berusaha mengumpulkan dana melalui laman Kickstarter.com. Ozenc berkata bahawa selama ini tidak ada keluhan mengenai sejadah ini.

Hanya cahayanya terlalu terang dan boleh mengganggu kusyuk ketika sedang solat. Namun masalah ini dapat diselesaikan hanya dengan menekan tombol “off” yang berada di sisi sejadah tersebut. Nama El Sajjadah berasal dari gabungan kata EL (Electro Luminescent) dan Sejadah. Untuk dapat memancarkan cahaya, sejadah ini ditanamkan semacam komputer kecil dan kompas digital sehingga ketika menghadap kiblat, sejadah ini akan bercahaya di bahagian pattern (pola/motif) yang ada pada sejadah itu.







.

Dialah lelaki magnet yang sebenar..


Seorang lelaki yang memiliki kemampuan magnet mampu menarik perhatian warga di kampung halamannya di Serbia. Lelaki ini dikenali memiliki kaitan erat dengan benda yang berbahan metal. Miroslav Mandic yang tinggal bersama isterinya di Simanovci, Serbia, sebelumnya sudah bersara dalam dunia kedoktoran ketika mengetahui koin, pisau dan benda terbuat dari metal atau besi lainnya mampu melekat ditubuhnya. Lelaki yang digelar Magneto atau tokoh penjahat dalam komik X-Men mengakui, menyedari kemampuannya itu sejak masih muda.

"Awalnya ketika saya masih muda dan membayar sebuah surat khabar tetapi wang koin terus melekat di tangan saya," ungkap Mandic. "Tiap tahun kemampuan magnet tersebut makin bertambah dan agak menganggu kehidupan hariannya. Tetapi kini, orang disekeliling tidak pernah bosan melihat saya berkeliaran dengan kunci atau bahkan besi yang menempel ditubuh saya," lanjut Mandic. -AFP





.edited





.

Aneh, ada bunyi klik setiap kali dia membuka matanya..


Seorang wanita dari Los Angeles yang berusia lebih dari 60 tahun menemui doktor dengan masalah yang tidak lazim. Wanita ini mengeluh setiap kali dia membuka mata kanannya, dia mendengar suara 'klik'. Ahli bedah kosmetik, Allan Wu juga melihat pesakit ini memiliki pembengkakkan di sekitar kelopak mata yang terkulai. Setelah beberapa jam pembedahan, Wu terkejut menemukan serpihan kecil beberapa tulang di sekitar mata kanan wanita itu. Fragmen tulang dan pembengkakkan adalah hasil dari facelift yang gagal dari doktor sebelumnya. Doktor itu menyuntikkan sel punca yang berasal dari lemak perut wanita itu langsung ke kawasan sekitar matanya. Ternyata, doktor pertamanya juga menyuntikkan sesuatu berdasarkan kalsium sebagai penyaring untuk menghaluskan beberapa kerutan. -NY







.

Inilah lelaki pendaki berani mati yang mendaki air terjun yang membeku


Seorang lelaki, di sini dilabel sebagai seorang pendaki berani mati kerana sanggup membahayakan diri dengan mendaki air terjun yang membeku, berada pada ketinggian 137 meter, semata-semata mahu mencapai kepuasan diri. Detik-detik menakutkan yang dilalui pendaki tersebut, Walter Hungerbuhler semasa membuat pendakian itu sempat dirakamkan oleh seorang jurufoto, Rainer Eder yang berada di lokasi air terjun itu di kampung Wolfenschiessen, tengah Switzerland.

Hungerbuhler mengakui dia telah banyak kali melakukan pendakian di air terjun yang membeku semasa musim sejuk dengan menggunakan peralatan seperti tali dan tukul ais. Katanya, dia mengambil peluang untuk mendaki air terjun Al Kaide itu yang merupakan air terjun paling sukar, walaupun berdepan risiko ais pecah dan mencair. "Semasa mendaki, ais terjun akan mengeluarkan bunyi menyeramkan seolah-olah ia akan pecah dan mencair, tetapi bunyi tersebut merupakan petanda yang selamat," katanya.

Jurufoto terbabit, Eder berkata, lokasi ais terjun tersebut tidak berada jauh dari rumahnya. "Keberanian Hungerbuhler sangat mengagumkan dan foto yang saya ambil sudah cukup menggambarkan keberanian tersebut," katanya. Wolfenschiessen terletak di kawasan pergunungan berdekatan Tasik Lucerne dan wilayah itu terkenal dengan pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan. - AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!