Friday, December 28, 2012

Apa pula kata Rozita Che Wan mengenai luahan perasaan Zain Saidin di Twitter?


Pelakon jelita Rozita Che Wan menyifatkan luahan perasaan aktor kacak Zain Saidin terhadap dirinya menerusi laman Instagram adalah sesuatu yang sangat sweet dan bersifat gentleman. "Saya akui, apa yang dia (Zain) lakukan itu memang sangat gentleman, so sweet! Pada saya apa yang dia lakukan sekadar mahu menarik perhatian saya melalui Instagram. Terpulang pada penilaian orang yang melihat. "Kalau dilihat dari sisi negatif sudah pasti ianya akan ditafsir negatif. Tetapi pada saya dia sekadar mahu berkomunikasi dengan saya tetapi menggunakan medium tersebut (Instagram)," beritahu Rozita Che Wan kepada portal murai.com baru-baru ini. Dalam pada itu Rozita yang difahamkan kini berada di Dubai kerana menjalani penggambaran turut berkata setelah apa yang berlaku, Zain dilihat serius namun status hubungan mereka masih belum jelas.

"Sepertimana yang semua umum dan peminat tahu hubungan kami berdua memang sangat rapat. Itu sahaja yang boleh saya nyatakan. Tetapi saya tidak mahu komen lebih lanjut mengenainya,"jawabnya ringkas. Pada Jumaat lalu Zain telah memuat luahan cinta yang dibuat kepada pelakon jelita Rozita Che Wan menerusi laman Instagram dan mengakui ianya adalah bersifat peribadi. Tidak lama kemudian pelakon drama Kiah Perkasam itu pula membalas mesej yang hampir serupa dengan Zain. - mD








.

Unik, desa ini terletak di tengah gunung berapi


Pernahkah anda membayangkan tinggal di sebuah desa yang berada di kawah gunung berapi? Bukan main-main, ternyata ianya memang wujud di Jepun. Aigashima di Jepun adalah sebuah pulau gunung berapi yang memiliki kawah besar di tengahnya. Di pulau yang berada di Laut Filipina, Kepulauan Izu, ini terdapat sebuah desa yang dihuni 200 penduduk. Pulau ini dikenali kerana bentuknya yang unik, seperti donat yang berlubang di tengahnya. Hanya saja, lubang yang merupakan kawah gunung berapi besar itu didiami oleh penduduk desa. Sekilas, desa yang ada di pulau ini seperti terasing dari dunia luar. Desa ini memiliki fasiliti biasa dan sederhana, sesuai buat anda yang ingin mencari ketenangan jauh dari bandar.

Tidak hanya itu, desa ini juga memiliki beberapa tempat tarikan pelancong. Anda boleh cuba hiking atau berkemah di gunung berapinya, atau mengunjungi kawasan tempat mandian air panas. Di tengah pulau ini terdapat sebuah kolam geotermal yang menjadi sauna semulajadi. Hingga kini, gunung berapi di Pulau Aogashima masih aktif. Letupan terbesar terakhir terjadi 200 tahun lalu, pada 1785. Seramai 140 orang mati ketika itu, dan sejak itulah penduduk Aogashima selalu waspada akan adanya letupan susulan.

Untuk sampai ke Aogashima, anda hanya dapat menggunakan kapal feri atau helikopter. Selain hiking, menyelam juga boleh menjadi alternatif pelancongan di pulau ini, dengan laut biru jernih indah yang mengelilinginya, pasti mengundang anda untuk berenang.







.

Bulan madu yang sangat panjang.......


Steve dan Kat Turner mungkin merupakan pasangan paling gila yang pernah ada. Pasangan yang berasal dari New Zealand ini memilih cara yang unik untuk menghabiskan waktu bulan madu mereka. Jika pasangan pengantin baru memilih untuk bercuti mewah dan bersenang-lenang, pasangan Turner justru memilih berbasikal selama dua tahun dari New Zealand ke London. Perjalanan mereka di mulai pada bulan Mei 2012.


Berangkat dari New Zealand, mereka akan menyusuri Indonesia, Malaysia, Thailand, China, India, Itali, Greece, Jerman dan barulah sampai ke London. Rupanya kegiatan ini bukan sekadar bulan madu, melainkan aksi memecahkan rekod dunia untuk perjalanan berbasikal terjauh dan mengumpulkan dana untuk membantu kemiskinan. Sampai saat ini mereka baru menjalani seperempat dari jalan yang akan mereka tempuhi dan sedang berada di Malaysia.






P/S - Welcome to Malaysia ^__^






.

Anjing buta ini sesat sejauh 16km tapi berjaya pulang kerumah dengan selamat..


Bila difikir, seekor anjing buta yang tersesat sendirian di Alaska, apatah lagi dengan keadaan musim sejuk di bawah titik beku, tidak memberi peluang bagi haiwan itu akan kembali pulang. Namun, apa yang terjadi, tidak begitu. Setelah berjalan sepanjang 16 kilometer, anjing setia yang berani itu ditemukan dan dikembalikan kepada pemiliknya. "Ini sebuah keajaiban," ujar si pemilik, McKenzie Grapengeter kepada The Fairbanks Daily News-Miner. Anjing itu hilang pada 13 Disember lalu dan tiba-tiba muncul di depan rumah milik seorang dokter haiwan, Mark May, pada 20 Disember. Doktor itu pun terkejut mengetahui haiwan itu tak mengalami frostbite--keadaan di mana sel-sel dan jaringan, biasanya di hujung jari, mati akibat kedinginan dan membeku.

"Tidak ada tanda-tanda keadaan yang buruk. Benar-benar anjing hebat," ujar Mau. Keluarga Grapengeter tidak memberi tag nama atau meletakkan mikrocip pada anjing itu. Namun komuniti menggunakan media sosial untuk mencari pemilik anjing bernama Abby itu. "Mereka memberikan kami hadiah Natal paling menakjubkan yang boleh kami minta," ujar Grapengeter. -AFP






.

Nama-nama anak yang pelik di zaman moden ini


Sepanjang tahun 2012 nama-nama karakter Disney menjadi pilihan ibu bapa di England sebagai pilihan nama anak-anak mereka. Tinkerbell dan Nemo adalah dua nama paling popular di kalangan ibu bapa moden di England. Nama-nama lain yang juga dipakai adalah Buzz-Bee, Storm, River, Blade, Zico dan Diesel. Dalam beberapa tahun akan datang, guru-guru di sekolah akan selalu menemui pelajar dengan nama Sailor, Wade, Zed, dan Hendrix. Anak-anak ini akan berkawan dengan pelajar-pelajar bernama Bliss, Starm Pyper, Kizzie, dan Buttercup. Nama-nama ini telah tercatat di sijil kelahiran di seluruh wilayah England sepanjang tahun ini. Nama-nama tidak biasa ini didapati dari daftar nama anak yang disusun oleh laman pengasuh nama di England, bounty.com.

Laman ini telah memberi 430 ribu nama bayi yang lahir di England tahun ini. Nama Harry menjadi pemuncak nama paling popular di laman tersebut, disusul oleh nama Jack, kemudian Charlie. Untuk anak perempuan, nama Amelia menjadi nama paling popular, disusuli Olivia dan Emily. Seorang jurucakap Bounty berkata, ibu bapa moden semakin kreatif memberikan nama untuk anak-anak mereka. Beberapa tahun lalu nama-nama seperti Ava dan Isla terdengar asing. Kini kedua nama itu termasuk dalam 10 yang popular. Sedangkan nama-nama seperti Frankie dan Freddy tidak lagi popular.







.

Bina bangunan 10 tingkat dalam tempoh 48 jam -SIAP


Di kota Mohali, 10 kilometer dari Kota Chandigarh di sebelah barat laut India, akhir November lalu, sebuah menara 10 tingkat dibina hanya dalam 48 jam. Pencetus projek ini, Harpal Singh dari perusahaan infrastruktur Synergy Thrislington mengatakan, hal ini boleh dilakukan kerana semua komponen telah disiap, pintu telah diukur dengan tepat, saluran air, kabel, sanitasi dan lain-lain telah dipersiapkan. Komponen yang terbuat dari 200 ton baja itu dihasilkan di kilang yang ada di dekat projek dan dipindahkan dengan trak khusus. Tidak ada batu bata dan pasir yang digunakan dalam projek ini. Dinding luar adalah panel PUF berkualiti. Kosnya hampir sama dengan bahan konstruksi konvensional, tetapi sangat menjimatkan masa dalam pembinaan. IndiaTimes.com melaporkan, 200 pekerja, dan buruh mula bekerja.

Tiga crane dibawa ke lokasi untuk memasang atap dan dinding. Setelah enam jam, tiga tingkat selesai dibina, dan dalam waktu 24 jam, hampir tujuh tingkat siap. Mungkin anda berfikir bahawa pembinaan ini tidak akan kuat, kerana dibina begitu cepat. Tetapi Singh berkata, projeknya telah mendapat kelulusan sebagai bangunan tahan gempa bumi dan tahan goncangan dari Pusat Penelitian Industri dan Ilmiah tempatan. Singh terinspirasi membangunkan bangunan dalam waktu singkat, kerana tertekan dalam proses pembangunan rumahnya yang sangat lambat— hanya siap dalam dua tahun. Teknologi bangunan ini, kata Singh, juga boleh bermanfaat dalam membangunkan hospital dan sekolah. -IndiaTimes






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!