Sunday, December 30, 2012

Kononnya, dialah manusia paling tua yang masih hidup


Seorang nenek yang tinggal di Bama di sini, mendakwa dia merupakan manusia paling tua yang masih hidup. Agensi berita Xinhua melaporkan, Luo Miezhen mendakwa, dia berumur 127 tahun selepas menyambut hari lahirnya pada September lalu. Kad pengenalan Miezhen menyatakan dia dilahirkan pada 1885, namun warga emas itu tidak mempunyai sijil kelahiran untuk membuktikannya. Wanita itu kini tinggal bersama anak lelakinya yang dikatakan dilahirkan ketika Miezhen berumur 61 tahun. Jika dakwaan itu benar, perkara itu menjadikannya manusia paling tua pernah hidup selepas wanita Perancis, Jeanne Calmen yang meninggal dunia pada 1997 ketika berumur 122 tahun.

Rekod manusia paling tua yang masih hidup dalam Guinness World Records kini dipegang oleh lelaki Jepun, Jiroemon Kimura. Kimura yang dilahirkan pada 19 April 1897, menerima gelaran tersebut selepas kematian rakyat Amerika Syarikat (AS), Dina Manfredini, pada awal bulan ini. Walau bagaimapun, jika Miezhen gagal merampas gelaran itu daripada Kimura, wanita itu dilaporkan telah menarik minat ramai pihak yang ingin mengetahui rahsia hidup lamanya. Kebanyakan warga emas di Bama mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu lebih 100 tahun. - AGENSI






.

Nelayan tangkap ikan dapat kereta porsche cayenne


Biasanya seorang nelayan itu mencari dan menangkap ikan di laut. Berbeza dengan di China tepatnya di Beihai, Provinsi Guangxi. Ketika salah seorang nelayan sedang menjaring ikan di laut malah mendapat rezeki yang tidak disangka. Saat jaringnya ditebar ternyata bukan ikan yang nelayan itu dapat melainkan satu unit kereta Porsche Cayenne. Demikian dipetik dari CarnewsChina. Memang bukan Cayenne baru, keadaannya sudah tidak boleh pakai tapi ini merupakan rezeki bagi nelayan itu kerana ianya boleh dijual. Seolah tidak ingin kehilangan kesempatan ini, seorang nelayan ini akhirnya memutuskan untuk menjual badan kereta dari Porsche Cayenne yang dia dapat ke salah satu tempat.

Nelayan itu menjualnya dengan harga 4.000 Yuan. Belum diketahui asal usul kereta Porsche Cayenne ini dari mana. Namun jika dilihat Beihai merupakan kawasan pelabuhan di Selatan China yang terkenal dengan 'mulut' barang seludupan yang berasal dari Hongkong, Macau dan Vietnam, maka badan Cayenne ini merupakan barang seludup. Menurut polis tempatan, para penyeludup membuangnya ke dalam laut setelah ada pemeriksaan. Oleh kerana para penyeludup membawanya dengan kapal berukuran kecil, jadi jika ada pemeriksaan mereka akan membuang kereta-kereta itu ke dalam laut. -carnews china





.

Tempat tanpa ada siang atau malam, kerana disebelah malamnya ada matahari


Matahari pasti muncul di pagi hari. Terbit di ufuk timur, menerangi hari sehingga terbenamnya jelang malam tiba. Namun di Lapland, anda boleh melihat matahari ketika tengah malam. Lapland adalah sebuah tempat di Finland yang memiliki luas wilayah 98.946 km² dan populasi 187.777 orang (2002). Ibu kotanya ialah Rovaniemi. Tempat ini memiliki fenomena unik yang indah dipandang, iaitu matahari di tengah malam. Kerana lokasinya yang berada di lingkar kutub, selama dua puluh empat jam dalam dua bulan setiap tahun, tempat ini disinari matahari sepanjang hari tanpa henti. Fenomena ini disebut midnight sun atau matahari tengah malam. Fenomena ini terjadi setiap bulan Jun dan Julai. Pelancong yang mengunjungi Lapland dapat melihat cahaya unik dari matahari tengah malam, yang tidak memberi batas antara siang dan malam di sini, demikian seperti dipetik dari CNN.

Hal ini membolehkan pelancong untuk mendaki gunung Lapland di malam hari atau bahkan melakukan aktiviti bermain golf selama 24 jam. Selain golf tengah malam, aktiviti pelancongan lainnya yang digemari di Lapland adalah bermain ski di Riskgransen, yang merupakan resort ski paling utara di Eropah. Tidak seperti resort ski lainnya di Eropah, Riksgransen tidak memiliki suhu sejuk, sehingga para pencinta ski tidak perlu takut kesejukkan. Hal ini adalah kerana fenomena matahari tengah malam, yang membuatkan matahari tetap bersinar sehingga membuat wilayah ini tetap hangat sekaligus masih memiliki salji untuk para pemain ski berluncur.

Lapland juga merupakan rumah bagi hotel ais pertama dan terbesar di dunia. Di hotel ini, tetamu akan tidur diantara bongkahan ais yang dilapisi selimut berbahan kulit rusa. Mulai dari lilin hingga kerusi dan meja, semua yang ada di hotel ini dibuat dari ais. Hotel ini dibangunkan pada 1989, di desa kecil Jukkasjarvi. Hotel ini dibangunkan oleh para pemahat ais tempatan yang berasal dari hotel ini. Biasanya Hotel ais ini hanya dibuka pada musim sejuk saja. Istimewa untuk tahun ini, Hotel ais terbuka juga di musim panas.






.

Berita baik buat pengguna komuter..


Perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan beroperasi mulai 6 pagi pada 31 Disember sehingga 6 pagi keesokannya sempena sambutan Tahun Baru 2013. Pengarah Urusan Perkhidmatan Komuter KTMB, Mohd Hider Yusoff berkata, lanjutan masa itu bertujuan memudahkan perjalanan pulang orang ramai yang meraikan sambutan itu. "Berdasarkan pengalaman sebelum ini, KTMB melanjutkan operasi komuter sehingga 2 pagi. Bagaimanapun, kita dapati masih ada penumpang yang memerlukan perkhidmatan komuter untuk pulang selepas waktu itu," katanya kepada pemberita sebelum majlis Persandingan Pengantin di Stesen Komuter Sentul di sini hari ini. - BERNAMA






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!