Saturday, January 19, 2013

Alasan pekerja pos yang enggan hantar surat kepada pelanggan


Seorang nenek berumur 63 tahun mengadu dia tidak menerima surat sejak Oktober lalu ekoran pekerja pos enggan menghantarnya kerana laluan ke rumahnya di Heston, Cornwall 'terlalu licin' akibat tahi burung yang terlalu banyak. Heather Rogers berkata, dia menyedari keadaan itu selepas sebuah syarikat telekomunikasi, BT menghubunginya pada Oktober lalu, memaklumkan bahawa mereka tidak menerima bayaran bil telefon daripada warga emas itu. ''Saya juga dihubungi bank kerana penyata akaun saya turut dikembalikan semula ke bank. ''Saya pergi ke pejabat pos dan mereka memaklumkan bahawa pekerja mereka tidak menghantar surat ke rumah saya kerana laluan ke rumah saya terlalu licin ekoran tahi burung,'' katanya.

Heather kemudian dimaklumkan oleh syarikat pos, Royal Mail bahawa tahi burung di rumahnya terlalu banyak di laluan dikenali sebagai Wheelbarrow Lane, sehingga ia membahayakan kesihatan dan keselamatan pekerja pos. Jurucakap Royal Mail berkata, pihaknya menggantung perkhidmatan di dua alamat di Helston kerana pekerja melaporkan terdapat serpihan gelas dan laluan yang licin. ''Kami telah memaklumkan kepada pelanggan kami itu tentang perkara itu dan meminta pihak berkuasa membersihkan laluan tersebut,'' katanya. - AGENSI






.

1 Penyokong CHELSEA:

fifie on January 19, 2013 at 11:42 PM said...

Tak ada petugas khas ke untuk membersihkan laluan tersebut.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!