Friday, January 18, 2013

Aneh, kewujudan ular ada kaki di China


Menurut Puan Duan yang berasal dari Suining, China selatan, dia terbangun apabila mendengar suara aneh dan terus menekan suis lampu. Dia sangat terkejut melihat haiwan yang sedang merayap di dinding dengan kakinya. Kerana dia sangat takut, dia terus mengambil sesuatu dari sebelahnya ketika itu dan terus memukul haiwan seperti ular itu sehingga mati. Lalu dia mengambil bangkainya dan mengawetkannya di dalam sebuah botol. Ular sepanjang 16 inci itu juga memiliki jari-jari kecil.

Ketika ini, makhluk itu sedang diteliti oleh Life Sciences Department di China West Normal University di Nanchang. Seorang pakar ular bernama Long Shuai ketika diminta memberi pendapatnya mengatakan: "Ini sangat mengejutkan, namun kami tidak akan mengetahui penyebab keanehan ini sebelum mengadakan autopsi." Mutasi genetik yang umumnya terjadi pada ular adalah tumbuhnya kepala kedua yang muncul dengan proses yang sama seperti kembar siam pada manusia. -CDaily






.

3 Penyokong CHELSEA:

Farah Waheda Wahid on January 18, 2013 at 11:14 PM said...

lulu...dah macam gabungan ular dan buaya pulak dah...

Anonymous said...

hmm, menarik. tapi, kalau ular ada kaki ni mungkin ini adalah species purbakala yang masih hidup lagi sekarang . kerana ular sebenarnya ada kaki, cuma kaki nye tersorok dalam badan dan tidak berfungsi seperti dahulu kala disebabkan oleh berlakunya evolution. kaki ular ini dinamakan juga sebagai vestigial organ .

ular memang ada kaki. tapi, kakinya tersorok dalam badan dan tidak berfungsi.

cara konsumsi gold g on January 19, 2013 at 2:13 PM said...

aneh sekali itu....

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!