Rokok elektronik atau “Elecronic Nicotine Delivery Systems” (ENDS) dipasarkan sebagai pengganti rokok dan didakwa tidak menimbulkan bau dan asap. Bentuknya seperti batang rokok biasa, tetapi tidak membakar daun tembakau, seperti produk rokok konvensional, ENDS membakar cairan nikotin menggunakan bateri dan wapnya itu akan memasuki liang paru-paru perokok. Produk itu dipasarkan dengan banyak jenama, di antaranya rokok elektronik, ecigarro, electro-smoke, green-cig, dan smartsmoker.Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya. Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.
Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna. Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya. Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu. Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.
Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya. "Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya. "Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada kemudaratan itu boleh memberi kesan dalam jangka panjang,'' katanya. - AGENSI
.
19 Penyokong CHELSEA:
Baru je nak beli.... Kena hold dulu nampaknya
hahahaha....nasib baik tak beli....dah lah mahal....
La.... salah ke?Baru nak paks 'orang tu' beli.
ala beli je...
aku beli pun tak mahal xsampai RM100
Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya. .....SO HENTAM JELAH!
Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.
Ha yela.. Merokok ke,xmrokok,sme jer dkuburkan kt tanah.. Kan3???????
ala sama ja mcm makan. kalau mkn byk kena diabetes. sakit jantung, darah tinggi sakit teruk mati. manis byk keincing manis. sakit teruk mati. buat apa saja pon kita ttp akan mati. mkn panadol byk2 pon akan mati jugak.
fakta ke auta ni?. aku dh guna bende ni dari thn 2011 lagi. ok je. makin sihat ade lah.
benda takde cukai. mmg tak selamat. kalo ade cukai gerenti selamat dan terbaik punya. tengok cth macam rokok dan arak. sangat2 selamat untuk digunakan. sbb dia ada cukai. hahakkkk.
Rokok biasa dah kurang pembeli nanti cukai kurang, pengusaha rokok komplain rokok x laku. Hisap rokok elektronik ni dapat kurangkan hisap rokok biasa, 2-3 kali sedut stop utk hilangkan ketagih menyedut, kalau rokok biasa kena hisap sampai habis.kalau 2-3 sedut nak buang rugi. So rokok ni dapat kurangkan kos beli rokom yg mahal...
entahla kita pikirlah mana yg baik... sebab dua2 ada kesah... tp paling ketara rokok elektronik tak ada tek... tak perlu haramkan... ada baik guna benda ne... jimat tu... modal mula je besar... bulanan jimat... heheheheh jgn marah....
Nak pakai sembunyi2
rokok elektronik ni ade kimia..eeeee nsib baek admin dh bgithu aku,sblom aku gi bli...ingt tk bahaya sgt...baru aku thu.mende ni danger.thx
arak yang haram pun ramai yang bedal belasah... rokok rasa strawberi nape diharamkan lak... at least dapat gak kurangkan perokok tegar...
dia ckp cm tu sbb xda tax....rugi la kerajaan......xpernah aku dengar la kt mesia ni org mati isap e-cigarette(ego t)
Nasib baik nda beli, dah lah mahal...ratusan rm tau
Sokong
dah ramai yg stop/kurang merokok dengan e-cigarret ni...aku galakkan sape nak cuba...aku dh 2 bulan x smoking...dh xde benda lain nk post agaknya blogger kite ni.
Post a Comment