Thursday, January 24, 2013

Filem epik Amerika Syarikat 'Cloud Atlas' di potong 40 minit..


Pihak berkuasa China memotong 40 minit dari filem epik Amerika Syarikat "Cloud Atlas" selepas tayangan perdananya pada Rabu. Menurut Post Fajar Xiaoxiang, hampir satu perempat daripada filem itu diarahkah ditapis sebelum ditayangkan kepada penduduk di negara tersebut. Perkara tersebut diambil serius selepas filem terbaru "James Bond: Skyfall" yang ditayangkan minggu lalu mendorong kekecewaan pelbagai pihak dan mendapat kritikkan media di China. "Cloud Atlas" berdurasi selama 172 minit dalam versi asal ditayangkan di Amerika Syarikat.

Tetapi selepas tapisan daripada Pentadbiran Negeri Filem Radio dan Televisyen China (SARFT) ianya tidak lebih dari dua jam. Malah sebuah akhbar Zhejiang Express menyenaraikan filem tersebut sebagai filem yang lemah dan plot yang mengelirukan. Filem tersebut akan berada di pawagam di China minggu depan selepas pembukaan di Amerika Syarikat pada bulan Oktober lalu. Pegawai SARFT tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.-AFP






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!