Wednesday, January 30, 2013

Ini adalah masalah yang sangat serius


Penduduk Korea Utara yang kelaparan didakwa bertindak membunuh anak mereka untuk dijadikan makanan bagi mengelak kelaparan, lapor The Sunday Times. Seorang ayah dikatakan telah dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh dua anaknya untuk dijadikan makanan, ketika kebimbangan lebih banyak lagi kes seperti itu berlaku di negara komunis ini. Menurut The Sunday Times, mereka memperolehi maklumat itu daripada wartawan yang menyaksikan beberapa kejadian mengerikan itu di negara ini. Kes lain yang dilaporkan termasuklah seorang penduduk yang menggali kubur cucunya untuk dijadikan makanan dan anak warga emas itu bertindak memasak daging anaknya sendiri.

Beribu-ribu rakyat Korea Utara dikhuatiri mengalami kebuluran, meskipun perkara itu dinafikan oleh pemimpin negara ini, Kim Jong-un. Lebih 10,000 penduduk negara ini didakwa terbunuh di wilayah selatan Pyongyang akibat kebuluran. Menurut seorang pemberi maklumat di Hwanghae, seorang lelaki di kampungnya dijatuhi hukuman mati pada Mei lalu selepas membunuh dua anaknya dan cuba memakan mayat anaknya. Menurutnya, lelaki itu ditahan selepas isterinya membuat aduan kepada pihak berkuasa dan mayat kanak-kanak itu ditemui. Laporan itu dikumpulkan oleh Asia Press menggunakan 'wartawan penduduk tempatan'. Ramai penduduk Korea Utara mengalami kebuluran akibat kejatuhan pengeluaran makanan di negara ini, terutama akibat dilanda musim kemarau. - AGENSI







.

3 Penyokong CHELSEA:

hana hadi on January 30, 2013 at 9:38 PM said...

ayark.. kesianya. xda haiwan ka nak di makan. sayur ke

Anonymous said...

Kesian....mcm nie pun ada ke?????

hebat sungguh on January 31, 2013 at 1:36 AM said...

sampai tahap tu tapi sokong lagi kerajaan dia

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!