Seorang wanita, Shawnda Rush hilang ingatan mengenai kehidupannya selama 30 tahun apabila bangun daripada tidur pada April 2005. Rush yang kini berumur 38 tahun berkata, dia tidak mengenali suami dan anaknya yang ketika itu berumur 19 bulan walaupun mampu mengingati identitinya sendiri. Wanita yang berasal dari Virginia itu menyatakan, dia hanya memaklumkan perkara itu kepada ibunya, Marsha Rush selepas beberapa hari kehilangan ingatan tersebut. Rush yang turut menghidap penyakit Multiple Sclerosis yang menyebabkan dia mengalami masalah neurologikal, menceritakan pengalamannya itu kepada Washington Post baru-baru ini.
Wanita itu menyatakan dia bercerai dengan suaminya ekoran keadaan itu dan terpaksa bergantung kepada jurnal peribadi, menonton televisyen dan membaca laman web Facebook untuk belajar bagaimana bercakap dan berinteraksi dengan orang lain sebagai orang dewasa.
Rush berkata, dia menggunakan latihan matematik anaknya untuk belajar mengira dan perlu belajar untuk menggunakan telefon bimbit. ''Saya menceritakan kehidupan saya ini kerana mahu orang ramai faham bagaimana saya perlu belajar semula untuk hidup sebagai orang dewasa,'' katanya. Para doktor yang merawat wanita itu sehingga kini masih belum dapat mengenal pasti bagaimana keadaan itu boleh berlaku pada Rush. - AGENSI
.
1 Penyokong CHELSEA:
adui...scarynya... moga2 kita dijauhkan dari penyakit semacam itu...
Post a Comment