Sunday, January 20, 2013

Sungai dijadikan tempat untuk hapuskan dosa


Baru-baru ini, jutaan penganut Hindu berkumpul di sepanjang Sungai Gangga di India yang dipercayai sungai suci bagi penganut agama itu untuk menebuskan segala kesilapan yang pernah dilakukan selama ini. Ketika menyambut festival yang dipanggil Kumbh Mela itu, ada kalangan mereka yang langsung tidak berpakaian serta melumurkan badan mereka dengan abu dan ada juga yang berpakaian seperti biasa. Bagi mereka merendamkan diri di Sungai Gangga yang terletak di utara Bandar Allahabad di negara itu merupakan proses membersih diri daripada segala dosa. Penganjur festival tersebut, Mani Prasad Mishra berkata, hampir tiga juta penganut Hindu telah mandi di sungai tersebut pada hari pertama festival itu dan 11 juta lagi dijangka memasuki sungai itu sehingga berakhir festival pada 10 Mac ini.

Katanya, lebih 110 juta dijangka mandi di Sangam, satu kawasan yang menghubungkan tiga sungai iaitu Sungai Gangga, Sungai Yamuna dan Sungai Saraswati yang dipercayai bersambung di Allahabad yang terletak di utara negara ini. Mereka percaya mandi di Sungai Gangga bukan sahaja mampu membasuh dosa-dosa silam tetapi juga memberi kerahmatan dalam kehidupan. Dalam ritual tersebut, upacara mandi akan dimulakan dengan ‘orang kuat' penganut Hindu memasuki sungai tersebut terlebih dahulu. Ketuanya kemudian melemparkan bunga ke arah penganut lain sambil melaungkan 'har har Gangga’. Dalam perhimpunan penganut Hindu terbesar di dunia itu, kira-kira 50,000 anggota tentera dikerahkan untuk mengawal keselamatan penganut yang berkumpul di sungai tersebut.

Menurut mitos Hindu, perayaan Kumbh Mela disambut sebagai meraikan kejayaan dewa yang berlawan dengan roh jahat untuk mendapatkan semangkuk madu. Mereka percaya satu daripada dewa mereka melarikan diri ke langit, sebelum madu tersebut tertumpah di empat bandar iaitu di Allahabad, Nasik, Ujjain dan Haridwar. Penganut Hindu percaya dosa-dosa silam akan gugur sekiranya mereka menyucikan diri di sungai tersebut. Keadaan itu memberikan semangat kepada mereka untuk 'berkampung' di sungai tersebut demi mendapat kerahmatan. Malah ada dalam kalangan mereka yang sanggup mendirikan khemah di persekitaran sungai tersebut, semata-mata untuk mengambl peluang ‘membersihkan' dosa-dosa mereka. - AGENSI






.

1 Penyokong CHELSEA:

Nour Adieb on January 20, 2013 at 7:52 PM said...

Hmmm, macam macam

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!