Seorang pengguna mendakwa trauma untuk makan coklat selepas mengalami muntah-muntah akibat menjamah makanan ringan itu yang sudah berkulat dan berulat. Mohd Khairi Awang, 52, berkata, dia membeli coklat itu pada minggu lalu di sebuah pasar raya berhampiran kediamannya, sebelum menikmati makanan manis berkenaan bersama rakan-rakan pada keesokan harinya. “Ketika makan coklat berkenaan dalam keadaan gelap pada waktu malam, kami tidak nampak coklat itu sememangnya sudah berkulat. “Sebaik sahaja menjamah coklat itu, kami dapati rasanya sedikit pelik dan segera beredar ke tempat lebih terang untuk memastikan kondisi coklat yang dimakan.
“Selepas itu, barulah kami perasan bahawa coklat itu sudah berkulat dan terdapat sejenis serangga seperti kumbang,” katanya. Mohd Khairi berkata, kejadian itu menyebabkannya bersama rakan-rakan muntah-muntah. Dia berasa kesal dengan perkara yang berlaku memandangkan tarikh luput yang tertera pada coklat berkenaan adalah berakhir pada Julai tahun ini. “Sebelum membeli sebarang produk makanan, saya akan sentiasa pastikan tarikh luputnya terlebih dahulu agar tidak membeli barangan yang sudah tamat tempoh. “Bagaimanapun, saya kesal dengan perkara yang berlaku kerana pengeluar coklat berkenaan turut mendapat pensijilan ISO.
“Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan pengguna, malah turut menyebabkan saya trauma untuk menjamah makanan,” katanya. Beliau berkata, berikutan kejadian itu, dia telah mengemukakan aduan di pasar raya berkenaan seterusnya menghubungi dan mengingatkan syarikat pengeluar coklat untuk menjaga kualiti produk supaya perkara sama tidak berulang. “Saya berharap pendedahan ini dapat memberi pengajaran kepada syarikat pengeluar makanan agar mereka sentiasa menjaga kualiti produk masing-masing,” katanya. -SH
.
4 Penyokong CHELSEA:
nsb baek iman xsuke coklat
huhhh... gelinye.... mujur tak pernah jumpe lagi mcm ni...
eeee geli la. baca tajuk dah geli >_<
@Afasznak termuntah den..
Post a Comment