Thursday, February 14, 2013

Artis bertunang sarung cincin sendiri


Tindakan artis ini yang menyarung cincin ke jari manis tunangnya merupakan satu kesalahan daripada segi adat Melayu dan haram hukumnya dalam agama Islam. Pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, mengikut hukum Islam, lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bersentuhan selagi belum melaksanakan akad nikah walaupun sudah bertunang. "Kita perlu faham bahawa selagi belum berlakunya akad nikah, tunang kita masih lagi bukan mahram, maknanya tidak boleh disentuh.

"Hadis Nabi ada menyebut sesiapa yang berkahwin, ia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya."Memang niat dah betul, tetapi jalan untuk menuju ke matlamat (berkahwin) itu mestilah selari. Perlu diingat, matlamat tidak menghalalkan cara," katanya. Wan Akashah diminta mengulas penyebaran gambar pertunangan Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, dengan seorang wanita yang dikatakan berlangsung di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan, Pahang pada Ahad lalu.

Salah satu gambar itu memperlihatkan Fizz menyarungkan cincin ke jari manis wanita berkenaan yang biasanya dilakukan oleh ibu ataupun individu wanita, mewakili pihak lelaki dalam sesebuah majlis pertunangan. Tambah pengacara program Semanis Kurma di TV9 ini, sepatutnya ibu Fizz atau wanita lain yang mewakili pelakon itu perlu menyarung cincin tersebut ke jari wanita berkenaan.Dalam adat orang Melayu, bertunang adalah satu perjanjian dan ia diuruskan oleh keluarga pihak lelaki dan perempuan yang berjanji untuk berkahwin. Sebagai tanda 'diikat', wanita yang dilamar itu akan disarungkan cincin pertunangan oleh ibu atau wanita yang mewakili pihak lelaki selain kedua-dua pihak perlu menetapkan satu tempoh masa untuk majlis ijab kabul.


Perlu Uarkan 

Pertunangan Dalam perkembangan berkaitan, Wan Akashah yang juga suami kepada penceramah Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood menasihati Fizz supaya perlu menguar-uarkan majlis pertunangannya kepada umum agar tunangnya itu tidak dirisik orang lain "Bukan sahaja perkahwinan perlu diuar-uarkan, tetapi juga majlis pertunangan. Ini kerana apabila seseorang itu sudah bertunang, haram untuk orang lain meminang wanita yang sudah dipinang. Sebab itu ia perlu diumumkan kepada semua," ujarnya.

Sementara itu usaha untuk mendapatkan komen Fizz berhubung majlis berkenaan tidak berhasil kerana pelakon itu enggan menjawab panggilan telefon dan juga tidak membalas mesej khidmat pesanan ringkas (SMS). Fizz dikatakan tidak percaya bagaimana berita pertunangan itu “bocor” selain mengejutkan pelakon Almy Nadia yang selama ini dikatakan kekasihnya walaupun pelbagai kontroversi dilalui mereka sebelum ini. -Mstar






.

8 Penyokong CHELSEA:

Sokha Sands Collection on February 14, 2013 at 10:12 AM said...

terlebih sporting ni..

IRA ARINA on February 14, 2013 at 10:50 AM said...

nak buat apa-apa, kena fikir dulu.

mama maman aka yana on February 14, 2013 at 11:19 AM said...

mcm nampak nak lari jew.. mesti dia ada buat silap nih.. sian kat perem yg dia dok kwn.. haram kan kawan ngan perem tanpa niat nak mengahwininya.. aptb.. hukum agama pun tak tau camner nak jadi ketua keluarga.. tak suka fizz

Hanis Azla on February 14, 2013 at 11:27 AM said...

hmm.. kita yg tgk rasa tak best kan..

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on February 14, 2013 at 12:10 PM said...

pegang tgn..sah2 haram.tak kai tdg pun haram.huhuhu..tunang kena war2 kan? bukan ke tunang kena sembunyikan? terbalik ke ustazh nie?konpius saya..

PearlKaz on February 14, 2013 at 2:22 PM said...

@Khumaera Ismail aka Mariam Ismail ikut apa yg saya baca dr artikel hilal asyraf, dua2 pun boleh. bergantung pd keadaan. kalo perempuan tu byk org minat, dan ada risiko org lain pun nk kawin dgn perempuan tu, baik di war2 kan pertunangan. tp kalo perempuan tu bole jaga hubungan sampai ke perkahwinan. sembunyikan pun elok. :) wallahu'alam.

Mak Wardah on February 15, 2013 at 9:18 AM said...

Itulah pendeknya akal artis ini, kenapa keluarga diamkan sahaja benda yang bertentangan Agama dan Adat? Salah siapa? Artis, tunang, keluarga artis dan keluarga tunang.

Anonymous said...

ermm... mcm mn seorang wanita yang berstatus isteri org sanggup ketepikan status diri untuk bertunang dgn artis.. sungguh mengaibkan..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!