Sunday, February 24, 2013

Cubaan terjun bangunan dari tingkat 7


Sepasukan anggota bomba dan penyelamat mengambil masa sejam sebelum berjaya menghalang niat seorang kakitangan sebuah universiti untuk terjun dari tingkat tujuh bangunan 10 tingkat di Jalan Simpang Tiga. Dalam kejadian itu, mangsa berusia 36 tahun yang dipercayai mengalami masalah keluarga, membuka tingkap dan duduk di tepi koridor bangunan terbabit untuk terjun. Bagaimanapun kejadian itu disedari kakitangan universiti, lalu menghubungi ahli keluarganya dan selepas mereka gagal memujuknya, anggota bomba dipanggil untuk membantu. Sumber berkata, kejadian bermula apabila mangsa dikatakan mengalami masalah kelmarin, yang memberi tekanan kepadanya sehingga dia bertindak sedemikian.

“Ketika dia berada di tepi koridor bangunan, beberapa ahli keluarga, termasuk isterinya tampil memujuk supaya dia membatalkan hasratnya. “Beberapa kali isteri mangsa cuba memujuk, namun gagal dan usaha itu berlarutan sehingga memaksa anggota bomba dipanggil,” katanya. Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Batu Lintang ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.28 tengah hari. Katanya, anggota bomba membuka satu tingkap bagi memujuk mangsa sambil ditemani isterinya supaya tidak meneruskan niatnya. “Hanya selepas sejam kami berjaya memujuknya sebelum dia diserahkan kepada polis. Lelaki itu dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya. Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan masih dijalankan. -HM





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!