Pihak polis Papua New Guinea mengakui pasukan keselamatan berhasil menyelamatkan dua wanita yang akan dibakar oleh penduduk kerana dituduh mempunyai ilmu sihir. Seorang polis tempatan, Teddy Tei, berkata dua wanita tua tersebut dituduh dalang disebalik kematian seorang anak perempuan berusia lapan tahun di kota Mount Hagen. Namun Teddy Tei mendedahkan polis percaya anak tersebut sebenarnya diperkosa dan dibunuh oleh dua suspek yang diketahui identitinya. Kedua suspek berada diantara kumpulan penduduk yang mengikat dua wanita yang akan dibakar tersebut. Tei berkata, polis bergerak ke lokasi kejadian setelah menerima informasi dari seorang saksi.
Dua wanita itu berjaya diselamatkan dan setakat ini pasukan keselamatan telah menangkap 20 orang suspek yang dikatakan terlibat langsung dengan kejadian itu. Peristiwa ini terjadi beberapa hari setelah seorang wanita muda dibakar hidup-hidup oleh penduduk yang marah kerana dituduh mempunyai ilmu sihir di kota yang sama. Polis menyeru kepada masyarakat untuk tidak menjadi hakim sendiri terhadap orang-orang yang mereka curiga mempunyai ilmu sihir. Ramai penduduk Papua New Guinea masih percaya pada ilmu sihir dan mereka tidak dapat menerima alasan bahawa kemalangan atau kematian disebabkan oleh hal-hal semulajadi. -BBC
.
1 Penyokong CHELSEA:
kesian yg jadi mangsa fitnah
Post a Comment