Friday, February 15, 2013

Kartun Jepun, Doraemon disekat daripada disiarkan di tv


Bangladesh telah menyekat kartun Jepun iaitu Doraemon daripada disiarkan dalam televisyen negara itu berikutan kebimbangan generasi muda yang ketagih dengan versi alih bahasa Hindi yang sukar untuk mempelajari bahasa ibunda mereka, Bengali. Menteri Penerangan, Hasanul Haque Indu pada Khamis memberitahu Parlimen bahawa saluran televisyen yang menyiarkan Doraemon telah menerima notis rasmi arahan supaya ia menghentikan siaran program itu. “Kerajaan tidak mahu suasana pendidikan kanak-kanak dipengaruhi oleh Doraemon,” kata menteri itu.

Sekatan itu susulan beberapa akhbar harian tempatan yang menggesa supaya kartun itu disekat, kerana bimbang terhadap mereka yang ketagih Doraemon akan bercakap Hindi antara satu sama lain berbanding Bengali. Seorang anggota parlimen, Shahriar Alam pada minggu lepas meminta supaya stesen televisyen hanya boleh menyiarkan kartun asing sekiranya ia dialih bahasa ke dalam Bengali.

Direka oleh artis manga Fujiko F. Fujio, Doraemon merupakan kucing robot yang mengembara dari abad ke-22 ke zaman kanak-kanak pra-remaja, Nobita. Menteri luar Tokyo melantik Doraemon sebagai duta animasinya pada 2008 atas usaha untuk menarik minat pihak asing terhadap budaya Jepun. Bangladesh sering sensitif terhadap pengaruh budaya daripada jiran besarnya iaitu India dengan berjuta-jua isi rumah yang lebih gemar menonton siaran televisyen dalam bahasa Hindi yang dipancarkan menerusi satelit. - AFP






.

5 Penyokong CHELSEA:

iha on February 15, 2013 at 11:28 PM said...

Ehhh, yang orang Bangla cakap Bahasa Melayu sambil mengorat anak dara orang tu takpe pulak.. alang2 kenapa tak sekat penempatan rakyat Bangla yang dok kat Malaysia sekali? (emo) haha..

hana hadi on February 15, 2013 at 11:47 PM said...

malaysia nak buat cmtu gak ka.huhu

tapi cartoon jepun mmg best kan.hehe

Anonymous said...

Favourite katoon wooi..
Pki la bahasa inggeris..
Kan senang.. Adoyai..

f said...

guna lah bahasa bangla . hahhha ,, macam kelakar je doraemon bahasa hindi .

Mia Liana on February 16, 2013 at 10:06 AM said...

suka tengok doraemon dalam bahasa melayu...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!