Friday, February 15, 2013

Keadaan yang sangat pelik! Jatuh cinta dengan belon tiup berupa naga


Ramai orang akan mengambil peluang melakukan sesuatu yang istimewa untuk orang yang mereka sayang di hari kekasih. Tetapi bagi seorang lelaki, ianya bermakna menghabiskan masa dengan 'cinta hidupnya' Lila - belon tiup kuning berupa naga. Mark, 20, sangat ketagih kepada 15 mainan belon tiupnya selama enam tahun lalu tetapi dia akui telah jatuh cinta kepada salah satunya, iaitu Lila.


Mark, dari Redlands, California, tidur dengan koleksi belon tiupnya dan duduk bersama 'mereka' ketika makan di meja makan. Lila, adalah belon berupa naga yang berwarna kuning yang juga akan tidur bersamanya.


Keadaan pelik Mark disiarkan dalam sebuah rancangan tv, 'My Strange Addiction'. Menurut Mark, dia juga kemungkinan besar akan mengahwini Lila kerana terlalu menyintainya. Mark kerap mencium dan mengusap Lila ketika program tersebut. -DM








.

5 Penyokong CHELSEA:

Farah Waheda Wahid on February 15, 2013 at 10:24 AM said...

erks...adakah lelaki ini normal? jatuh cinta pada yang x bernyawa....

fatin aqilah shaari on February 15, 2013 at 10:58 AM said...

dia perlukan kawan istimewa nampaknya . hahhaha ! sunyi sampai jadi macam tu kutt . hahhaha ,,

Solehah Shamsuddin on February 15, 2013 at 11:57 AM said...

erkk org ni kenapa. penah kehilangan cinta ke sebelum ni?

Unknown on February 15, 2013 at 12:41 PM said...

alahai....kesiannya..

Radin Haziq on February 23, 2013 at 9:02 PM said...

Biarkan jew la, kesian dia, mungkin ada sesuatu buat die jadi cmtu
Lagipon Allah yang mencipta perasaan manusia dan perangai

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!