Perbuatan baik pasti dibalas baik. Itulah yang terjadi pada Billy Ray Harris, seorang peminta sedekah di Kansas City, AS. Billy Ray akan menerima wang tunai sebesar lebih dari 100,000 dolar AS. Wang sebesar itu menjadi habuan Billy Ray setelah dia mengembalikan sebentuk cincin pertunangan milik seorang wanita yang terjatuh ke dalam gelasnya awal bulan ini. Tunang Sarah Darling begitu berterima kasih kepada Billy Ray. Dia lalu membuat sebuah laman web yang mencari derma bagi si peminta sedekah jujur itu. Hasilnya luar biasa, setakat ini, sudah 6000 orang mendermakan wang dengan jumlah 145,000 dolar AS. "Peristiwa ini membuat kami sedar bahawa masih ramai orang yang baik di luar sana," kata Sarah.
Bagaimana cincin pertunangan Sarah boleh terjatuh? Rupanya hari itu Sarah membuka dan meletakkannya bersama dengan wang syiling. Ketika dia ingin menyedekahkan beberapa syiling kepada Billy Ray, ternyata cincin itu secara tak sengaja juga terikut. Billy Ray yang menemukan cincin di gelasnya tentu saja sangat terkejut. "Cincin itu sangat besar dan saya tahu itu cincin asli dan mahal," kata Billy Ray. Keesokan harinya, Sarah sangat bingung ketika mengetahui cincin pertunangannya hilang. Dia lalu kembali ke tempat Billy Ray biasa berada dan bertanya apakah Billy Ray menemukan benda berharga.
"Apakah ianya sebentuk cincin? Dia menjawab 'Ya'. Lalu saya katakan, saya masih menyimpannya," ujar Billy Ray. Sarah sangat gembira dapat menemui kembali cincinnya. Dia lalu memberikan semua wang di dalam dompetnya kepada Billy Ray. "Ianya seperti sebuah keajaiban. Pada mulanya saya yakin tak akan dapat kembali cincin itu," ujar Sarah. Jadi, mengapa seorang peminta sedekah miskin seperti Billy Ray tidak menjual cincin yang diyakininya sangat mahal itu? Menurut Billy Ray, dia masih memegang teguh ajaran datuknya. "Datuk saya seorang paderi. Dia membesarkan saya sejak saya berusia enam bulan. Dan saya masih ingat semua ajarannya," ujarnya. -The Daily Telegraph
.
4 Penyokong CHELSEA:
wahhhh....
masyaallah.... baiknye
semoga dye mendpt cayaha dan hidayah ^_^
semoga dye mendapat cahaya hidayah yg membawanya ke jln yg lurus... ^_^
Post a Comment