Wednesday, February 13, 2013

Lelaki berusia 93 tahun ini seorang yang menakjubkan


Seorang datuk berhasrat untuk menyertai tiga kejohanan kecergasan bertaraf dunia pada tahun ini kerana mahu menunjukkan seseorang itu tidak lewat untuk memulakan sesuatu yang baharu walaupun telah berusia. Charles Eugster, 93, yang berasal dari London, mula melakukan aktiviti sukan seperti berlari dan mendayung ketika berumur 85 tahun kerana menyedari dia semakin gemuk. Datuk kepada dua orang cucu itu akan menjadi orang pertama untuk menyertai semua kejohanan tersebut bagi peringkat umurnya.

Pesara doktor gigi itu menyertai kelab bina badan dan memulakan latihan berat tiga kali seminggu pada umur 85 tahun. Beliau yang kini tinggal di Uitikon, Switzerland berkata, motivasi untuk menjaga bentuk badannya adalah kerana dia merasa kesihatannya semakin teruk dan gemuk selain ingin bermegah dengan kemampuan dirinya.

''Saya mahu menarik perhatian wanita berumur 70-an apabila berjalan di tepi pantai,'' katanya. Eugster akan menyertai kejohanan mendayung di World Masters Rowing Regatta di Varese, Italy pada September ini. Sebulan kemudian, dia akan menyertai Kejohanan Olahraga Masters Dunia di Porto Alegre, Brazil melibatkan acara renang gaya bebas 50 meter, lari pecut 100 meter dan lempar cakera. - AGENSI





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!