Monday, February 11, 2013

Skandal serius : Daging kuda dalam produk daging lembu


Skandal daging kuda merebak di Perancis apabila enam rangkaian pasar raya di negara ini menarik produk mengandungi daging itu. Kerajaan Britain dan pemerintah Perancis kelmarin berjanji untuk menghukum pihak yang terlibat menjual daging tersebut. Menteri Hal Ehwal Pengguna Perancis, Benoit Hamon berkata, siasatan mendapati daging haiwan itu berasal dari Romania. Dakwaan itu dibuat walaupun terdapat penglibatan firma di Perancis, Belanda dan Cyprus dan sebuah kilang di Luxembourg. Menteri Alam Sekitar Britain, Owen Paterson berkata, lebih banyak kes pencemaran makanan mungkin berlaku selepas pihak peruncitan di negaranya melakukan ujian terhadap produk daging yang telah diproses.

Sebuah unit makanan beku Britain, Fundus mula menarik semula produk lasagne yang mengandungi daging tersebut dari pasar raya atas nasihat daripada pihak pembekal, Comigel dari Perancis. Penarikan itu dibuat ekoran terdapat kebimbangan bahawa produk berkenaan mempunyai daging kuda. Skandal itu mendapat kritikan di Britain kerana memakan daging kuda dianggap sebagai pantang larang dalam masyarakat. Pihak berkuasa Britain turut menyatakan, ujian dilakukan untuk memastikan sama ada daging tersebut mengandungi dadah yang boleh membahayakan manusia. -BBC






.

1 Penyokong CHELSEA:

fyna on February 11, 2013 at 11:15 PM said...

macam-macam sekarang nih.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!