Friday, March 29, 2013

Acara realiti tv ini dihentikan serta merta kerana pesertanya mati



Sebuah acara realiti tv Perancis, Survivor, dibatalkan setelah salah seorang pesertanya mati ketika penggambaran sedang di buat di Kemboja. Gerard Babin, nama peserta itu, mati akibat serangan jantung pada hari pertama penggambaran. Eksekutif di TF1, stesen tv yang menayangkan "Koh Lanta" - sekuel Survivor yang difilemkan di Kemboja - memutuskan membatalkan tayangan siri ke-16 itu. Rancangan realiti ini adalah salah satu program acara TV yang paling ramai peminat di Perancis. Seorang peserta dari musim-musim sebelumnya menyatakan rasa terkejut dengan tragedi itu. Dia berkata kepada media Perancis bahawa staf perubatan memang selalu berada di sekitar lokasi penggambaran. TF1 belum mendedahkan perincian tentang apa yang dilakukan para peserta ketika Babin mati. -AP






.

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on March 30, 2013 at 9:36 AM said...

boleh pulak jadi mcm itu
Kebangkitan Tentera Merah
Wajah bangang penjenayah
Disambar api ketika teguk arak

Adzrien Shoppe on April 4, 2013 at 7:59 AM said...

Dah ajal dia, nampak sihat tapi siapa tahu sakit nk datang tiba2.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!