Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) membongkar kegiatan satu kumpulan ajaran sesat yang taasub menggunakan kitab untuk belajar agama serta memuja gambar seorang lelaki didakwa wali di Bangladesh. Kegiatan kumpulan itu dibongkar menerusi Ops Akidah apabila sepasukan 20 pegawai penguat kuasa JHEAIPP dibantu enam pegawai Jabatan Imigresen dan anggota polis melakukan serbuan di sebuah rumah di Batu Maung. Seramai 15 lelaki warga Bangladesh termasuk tiga lelaki tempatan dicekup kerana disyaki terbabit ajaran mencurigakan. Kumpulan terbabit menjadikan sebuah rumah sewa sebagai pusat menyebarkan ajaran mereka. Mereka juga didakwa mengamalkan kegiatan keagamaan yang pelik kerana hanya menjalankan aktiviti setiap Ahad jam 6.30 petang hingga 12 tengah malam.
Ketua Unit Operasi JHE-AIPP Khairul Azman Azizan, berkata operasi itu dijalankan hasil maklumat awam selain risikan lebih tiga bulan untuk mengenal pasti ajaran yang dilakukan apabila disyaki menimbulkan keraguan kerana membabitkan warga asing. Menurutnya, pihaknya mendapatkan waran tangkap dari mahkamah untuk melakukan pemeriksaan lanjut kerana mereka disyaki cuba menyebarkan Islam, tetapi amalan digunakan dipercayai bercanggah daripada ajaran sebenar. Katanya, berdasarkan rissikan, ajaran terbabit turut menggunakan warga tempatan sebagai orang perantaraan dan ajaran itu sudah menular bukan saja di Pulau Pinang tetapi di Cameron Highlands, Pahang dan Johor.
"Kegiatan mereka ini pelik kerana aktiviti mereka hanya dijalankan pada setiap Ahad dan pada waktu tertentu dan rata-rata pengikutnya warga Bangladesh dan warga tempatan yang ingin belajar agama," katanya. Khairul Azman berkata, hasil pemeriksaan itu juga beberapa buku agama, kitab, cakera padat, pemacu cakera keras, banting, poster serta gambar dirampas untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pembabitan tiga lelaki tempatan berusia 30-an. Katanya, semua mereka diberitahu kesalahan serta ditahan dan dibawa ke Balai Polis Batu Maung untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Daerah Butterworth bagi diambil keterangan. -HM
.
1 Penyokong CHELSEA:
mujur dpt dikesan..
Post a Comment