Tuesday, March 19, 2013

Jururawat ini dengan bangga menyumpah pesakitnya mati?


Seorang 'jururawat' sedang disiasat selepas menyiarkan gambar-gambar di Facebook dirinya bersama dengan seorang pesakit yang nampak seperti telah mati dan meminta orang ramai untuk meneka jika dia masih hidup. Wanita itu, yang berpakaian seragam jururawat, memanggil dirinya 'pencuri nyawa'. Pihak berkuasa di St Gallen, Switzerland, kira-kira 85km dari Zurich, kini telah melancarkan siasatan dan pendakwa raya berkata mereka kemudiannya akan memutuskan sama ada akan mengambil tindakan keatas wanita itu.


Dalam satu komen, wanita itu menulis: 'Teka, dia tidur atau mati? Petunjuk: Saya pencuri nyawa', menurut laman berita Switzerland 20 Minuten. Dalam satu lagi dia dilaporkan menulis: 'Ya, masa anda telah tamat. Hantar mereka ke neraka, di mana sebahagian daripada mereka sepatutnya berada.' Identiti wanita itu dan pesakit tidak didedahkan. Pegawai sedang menyiasat di mana kejadian berlaku, dan siapa yang mengambil gambar itu. -AP






.

4 Penyokong CHELSEA:

Chel Alalguring on March 19, 2013 at 11:48 AM said...

gilaaaa.

Unknown on March 19, 2013 at 12:06 PM said...

gila la die ni..xfaham tol

Anonymous said...

Sanggupkah anda melihat lebih ramai umat Islam dibunuh hanya kerana rm4? Ini linknya

Fatin Diana on March 19, 2013 at 5:03 PM said...

eeee, kurang ajar nye perempuan tu. boleh pula nak main teka2 ek

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!