BAGI peminat-peminat filem seram tempatan, jangan ketinggalan untuk saksikan filem terbaru terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd berjudul “Sembunyi : Bisikan Azazil” di pawagam yang telah bermula semenjak 28 Mac lalu. Filem seram pertama arahan Khabir Bhatia ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Datin Paduka Umie Aida, Remy Ishak, Diana Danielle, Sharnaaz Ahmad, Emelda Rosmila dan Sara Ali sebagai tunggak utama. Sejak awal lagi, permainan plot cerita yang begitu misteri akan membuatkan penonton tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku kepada Aishah dan siapakah Aishah yang sebenarnya.
Apatah lagi, kehadirannya tidak berapa digemari oleh penduduk kampung kerana membuatkan makhluk yang paling dimusuhi - Azazil kembali menyerang kampung. Di sini, pada permulaannya, penonton akan tertanya-tanya bagaimana rupa Azazil kerana ketika kehadirannya ia hanya dilihatkan menerusi bayang-bayang dan mengapa dia menyerang penduduk kampung. Kehadiran seorang kanak-kanak kecil yang berwajah hodoh dan hanya dilihat oleh Aishah seorang sahaja akan membuatkan penonton terus dihujani tanda tanya. Malah, ketika babak Aishah mengejar kanak-kanak itu jauh ke dalam hutan, bagi mereka yang kurang berani, pasti akan melihat babak tersebut di sebalik jari jemari kerana suasana, pencahayaan dan kesan bunyi akan membuatkan debaran mengiringi perjalanan Aishah.
Sinematografi menarik
Tidak hanya jalan cerita yang penuh tanda tanya namun mantap, sinematografi yang cantik - biarpun di dalam hutan dan di tepi lombong membuatkan penonton tidak akan bosan menonton filem ini. Apatah lagi permainan pencahayaan mengikut suasana, banyak memainkan peranan sehingga ada ketikanya membuatkan penonton merasai ketakutan. Begitu juga kesan bunyi yang akan membuatkan penonton merasai debaran dan kejutannya. Selain itu, lakonan mantap oleh semua pelakon akan membuatkan anda berpuas hati menonton filem yang penuh tanda tanya ini.
Kecelaruan Aishah
Aishah (Diana Danielle) adalah seorang gadis muda yang hidup di zaman penjajahan Jepun. Dalam percubaannya untuk melarikan diri daripada askar Jepun, Aishah dipukul sehingga pengsan. Setelah tersedar, dia mendapati dirinya berada di sebuah kampung yang sunyi. Dia diberikan sebuah tempat berlindung oleh orang kampung dan mulakan hidup barunya di sana. Tetapi, tidak lama selepas itu, Aishah mula menyedari tahu bahawa kampung tersebut juga mempunyai rahsia tersendiri. Aishah sering didatangi seorang kanak-kanak perempuan yang cacat yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Dia juga mendapat tahu bahawa sebuah roh jahat yang tidak diketahui asalnya sedang menghantui kawasan hutan di kampung itu. Roh yang dikenali sebagai Azazil itu sering memburu orang kampung. Kampung yang pada mulanya aman kerana penduduknya yang selalu membuat pelawaan makanan kepada Azazil akhirnya menjadi kucar-kacir sebaik sahaja Aishah menjejak kakinya di sana. Siapa sebenarnya Aishah? Mengapa kehadirannya mencelarukan kampung tersebut? Siapakah kanak-kanak berwajah hodoh yang sering dilihat oleh Aishah? Semuanya akan terjawab pada penghujung ceritanya. Bagi yang merindui sebuah karya seram yang berkualiti, jangan lupa menonton filem ini di pawagam. -SH
P/S - Suka sangat filem seram, harap-harap filem ni sehebat review ni..
.
2 Penyokong CHELSEA:
Laaaa..xtgk lg kee. Ingatkan lulu.tgk da
Ala... tak jadi tengoklah.tak minat Sharnaaz.
Post a Comment