Monday, April 22, 2013

Gambar terbaru Zizie Ezette di samping suaminya Bung Mokhtar


Datuk Bung Mokhtar Radin yakin kehadiran isterinya, pelakon Zizie Ezette dapat membantunya dalam kempen mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan. Hadir dengan berpakaian biru warna Barisan Nasional (BN) dan berjaket, Zizie menjadi tumpuan masyarakat semasa suaminya menyerahkan borang pencalonannya melibatkan perlawanan empat penjuru di antara PKR, STAR dan calon bebas pada Sabtu lalu. Datuk Bung Mokhtar dikatakan telah berkahwin dengan pelakon terkenal itu pada 18 disember 2009.

Pada 20 April 2010, kedua-duanya mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Kuala Lumpur atas pertuduhan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Disember 2009. Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya. -wikipedia





.

4 Penyokong CHELSEA:

Myra Jay on April 22, 2013 at 8:51 PM said...

Kurus dah Zizi ha :)

maszull on April 22, 2013 at 9:09 PM said...

assalamualaikum Lulu...penyokong suami tercinta...;)

Unknown on April 22, 2013 at 10:44 PM said...

halo kak lulu ..hehe.. amboi teman suami berkempen..kehkehkeh ..kenal lagi saya tak ? hehe

wani on April 23, 2013 at 12:31 AM said...

lama dah xnampak zizie..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!