Monday, April 8, 2013

Kay Underwood, menghidap penyakit yang sangat pelik dan tidak ada ubatnya


Setiap kali Kay Underwood ketawa, otot-otot tubuhnya lumpuh seketika. Dalam keadaan itu, wanita 22 tahun ini akan sukar menggerakkan tubuhnya, meskipun matanya boleh melihat dan telinganya mendengar. Pada akhir 2008, mahasiswi senibina ini didiagnosis menderita cataplexy. "Aku boleh terjatuh lemas 40 kali dalam sehari gara-gara ketawa," ujar Kay. Kelumpuhan hanya hilang ketika emosinya kembali stabil. Kay pertama kali mendapat serangan lumpuh mendadak ini ketika kuliah semester awal. "Saat itu aku sedang berada di dapur bersama seorang teman. Ketika sedang ketawa, aku tiba-tiba terjatuh ke lantai. Aku boleh mendengar dan melihat, tapi aku tak boleh bergerak," ujarnya. Tak hanya ketika ketawa, Kay juga boleh lumpuh sesaat ketika merasakan emosi berlebih seperti menangis, terlalu gembira, terkejut, malu, dan ketakutan.

Bahkan, Kay boleh terjatuh ketika mendengar lelaki menyatakan cinta.  Dr Andrew Hall, pakar anestesia mengatakan, dunia perubatan belum berhasil mengungkap penyebab sakit ini. Beberapa pakar perubatan mensyaki adanya faktor genetik. Namun, ada pula yang berfikir bahawa ianya terjadi akibat gangguan autoimun atau kerosakkan otak yang dipicu infeksi parah. Belum ada ubat yang boleh menyembuhkannya. Penyakit ini mungkin tidak mematikan, tapi cukup berbahaya ketika penderita terjatuh di lokasi yang tak selamat. -Guardian






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!