Ketepikan semua cerita 'panas' berkenaan penampilannya yang seksi dan perangainya sehingga mencetuskan kontroversi. Kerana Nabila Huda (Abil), 29, telah membuktikan, walaupun sering dikritik, dikecam dan dihimpit kontroversi, anak kepada penyanyi lagenda Rock, Amy (Search) ni berjaya menyakinkan peminat-peminatnya bahwa dia punya bakat besar dalam dunia lakonan. Sekaligus melayak dirinya dinobat Pelakon TV Wanita Popular di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH'12) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, baru-baru ini. "(Kemenangan) Ini tandanya peminat lebih mementingkan bakat dari perkara-perkara lain. Orang dah boleh memahami saya.
Maknanya, saya tak buat sesuatu yang salah. Apa yang jadi dalam hidup saya, itu adalah hidup. Tapi bakat saya telah menguasai benda-benda lain yang mana orang lain yang timbulkan kontroversi daripada kelakuan-kelakuan yang saya bawa di luar. "Saya tak hipokrit dan peminat terus menyokong saya sejak saya dari bawah lagi. Saya ucapkan terima kasih pada mereka semua", katanya kepada Malaysian Digest.com sewaktu ditemui di majlis post-party. Dalam pada itu, sebagai anak, Nabila mengakui timbul rasa bersalah dalam diri kerana gara-gara cerita kontroversi yang mengaitkan dirinya selama ini, dia sedar bapanya sering 'terheret' sama. Justeru, sewaktu mengambil trofi kemenangan di pentas malam tadi, dalam ucapannya Nabila turut mendedikasikan trofi tersebut kepada Amy dan diucapkannya dengan nada sebak.
"Walaupun dia (Amy) tiada di sini kerana berada di Turki atas urusan keluarga, tapi saya tahu lepas ni dia mungkin boleh tengok di Youtube. Saya terharu, sebab sepanjang perjalanan karier saya, saya tahu saya banyak menyakitkan hati dia. Bila saya buat hal, orang (media) akan cari dia, interbiu dia. Tapi... this is me. Saya melalui keadaan yang kadang-kala sesuatu itu, saya tak boleh nak kawal. Tiada sesiapa yang sempurna. "Saya cuma nak dia tahu walaupun saya sering dikaitkan dengan keadaan yang orang lain anggap ia sebagai satu masalah (kontroversi), tapi saya tetap bangun pagi dan pergi kerja. Saya tak ada masalah disiplin dan saya cuba tunjukkan yang saya tak pernah sia-siakan karier dan hidup saya", ujarnya yang sudah berkecimpung dalam dunia seni sejak di usia 16 tahun lagi.
Tegas ibu anak satu ini lagi, dia akan kekal menjadi dirinya dan akan meneruskan kerjaya lakonan selagi peluang dan ruang ada untuknya dalam industri ini. "Saya nak tunjukkan pada semua orang, yang saya bawa diri saya macam orang biasa. Saya rasa saya buat perkara yang seimbang dalam kehidupan saya. Ya, di set saya seorang pelakon. Tetapi di luar set saya tak mahu 'berlakon'. Saya penat lah berlakon sepanjang masa. Daripada saya berlakon (hipokrit), lebih baik mati. "Saya berlakon bukan untuk glamor tapi bidang lakonan adalah kepuasan saya. Saya akan terus berlakon dan memberikan yang terbaik selagi umum menerima saya", katanya. - mD
.
2 Penyokong CHELSEA:
mmg minat sgt dgn lakonan dia.
:)
Memanglah kamu cakap taknak luka hati bapa kamu tapi tingkah laku kamu dah pun lukakan dia. Hati bapak mana yang tak sakit jika berperangai mcm kamu dipeluk lelaki, berpakaian menjolok mata, berperangai entah apa-apa. ubahlah sikap
Post a Comment