Syabas, dah banyak blogger-blogger buat entri mengenai Zalora ni. Dan seperti yang diketahui, mula-mula memulakan perniagaan, memang ada banyak berita yang tak best daripada Zalora. Dan rasanya, sehingga sekarang pun masih ada rasa berbelah bagi samaada nak beli kat Zalora ataupun tidak.
Bila dah dapat voucher bernilai RM50 daripada Zalora, dan sebagai balasan, kena buat entri, lulu memang sangat berbesar hati. Pengalaman sebegini sebenarnya mencabar blogger untuk lebih telus dalam menulis sesuatu artikel. Menulis berdasarkan pengalaman sendiri. Bertambah teruja bila tengok kat mana-mana pun ada iklan mengenai Zalora. Dan nampak sangatlah kan Zalora ni memang bersungguh-sungguh nak memperbaiki tanggapan buruk terhadap mereka selama ni.
Nampak tak iklan Zalora kat tv? Katanya, Penghantaran dan pemulangan ke seluruh negara adalah percuma (nampak dalam entri blogger lain ada disertakan sekali sampul untuk penghantaran semula jika barang ada masalah, tapi takde lak..). Lepas tu dalam iklan tu, kotak (barang) zalora tu dihantar depan muka pintu, dek kerana penghantaran terlalu laju, pelanggan teriak gembira..
Untuk pengetahuan, lulu tak pakai voucher tu, dan pass dengan makcik. So, kira keseluruhan pengalaman membeli belah dengan Zalora ni adalah pengalamannya, namun dizahirkan dalam entri oleh lulu.. Pada mulanya, memang terkejut. Terkejut sangat.. Sebab dengan voucher RM50 tu, dia sudah membayangkan membeli sehelai baju, tanpa menambah wang jika baju itu berharga RM50 ataupun kurang, sebab penghantaran percuma kan. Masa buat pemilihan nak beli yang mana satu tu, memang rambang mata. Ini benar okey. Banyak sangat pilihan. Daripada pelbagai saiz dan fesyen. Ada juga rasa kecewa sebab kebanyakan baju tu jarang (transparen) dan takde lengan. hehe, terpaksa nak pakai baju dalam, atau sesuaikan dengan pakaian lain. Dan bila pemilihan telah dibuat, dan kod voucher telah dimasukkan, tambah RM5 sebab baju tu berharga RM55, ada pula bayaran RM10 untuk penghantaran. eh...peliklah.... Oleh kerana terkejut dengan keadaan tu, makcik lulu tu terus cancel jer pembelian, so tak sempat bayar pun masa tu.
Bila fikir-fikir balik, sayang lak voucher tu kan. So keesokkan hari, dia cuba lagi. Baca kat page zalora, rupanya dibawah RM75 memang kena ada charge penghantaran. Tapi kat iklan??? Keliru sudah........ Ada juga baca entri-entri dari blogger yang lain. Kebanyakannya beli guna voucher RM50 tu takde lak bayaran penghantaran.. Nasib-nasib jer konon.. boleh lak macam tu yer.. Bila nak pilih baju lain, dalam sistem dah detect pilihan pertama. Nak delete takde lak butang cancel kat mana-mana. Biasa beli buku online, ada jer butang cancel order tu kat sebelah tajuk buku tu. Tapi kat zalora takde lak. So, abaikan, buat jer pilihan baru, then bila nak masukkan kod voucher, kod tu dah tak valid.. adeh, dah jadi kerja untuk lulu email balik pada zalora pasal masalah ni. Hairan, payment tak buat, tak jadi buat pembelian tapi kod tu dah tak boleh pakai.
Nasib baik zalora cepat balas, dan beritahu kod tu dah di aktifkan balik. So, akurlah kan, kena bayar RM10 untuk penghantaran. Dengan sign in guna email lulu, semua proses pembelian memang lulu yang terima. Untuk pengetahuan, Zalora menggunakan perkhidmatan Gdex untuk penghantaran.
Dan benar pantas, sebaik saja buat pembelian, dalam 6 petang macam tu, malam tu juga zalora dah proceed barang tu untuk penghantaran (tgk dalam sistem) dan tiba di Gdex terdekat alamat keesokkan harinya sekitar 2.45 petang (dalam hari rabu). Sehingga khamis pagi, takde penghantaran dibuat. Menjelang tengah hari, makcik terima panggilan telefon dari Gdex, dan informed yang alamat penghantaran yang digunakan dikatakan tidak termasuk dalam service penghantaran oleh pihak Gdex. Alamat yang jauhnya hanya tak sampai 15 min dari bandar/pejabat Gdex dikatakan tidak ada service penghantaran?
YOU TRUST? Macam mana nak TRUST? |
Owh, lulu dah mengigil tahan marah dengan keadaan ni. So, suami makcik telefon pejabat Gdex tu tanya hal sebenar. Dan pekerja syarikat tu mengaku sebenarnya, mereka ada buat penghantaran lebih jauh daripada alamat makcik ni. Memang ada rasa tak kena disitu. Apatah lagi, pekerja syarikat penghantaran tu tiba-tiba nak buat penghantaran ke pejabat suami makcik kerana dikatakan lebih mudah sebab lebih dekat. Lagipun mereka enggan hantar barang tersebut, sebab barang tu hanya satu barang, ianya tidak berbaloi dan buang minyak. Owh, lulu rasa sangat malu. Tak pernah pula dalam sejarah, beli online macam ni, hanya disebabkan penghantaran, balik-balik nak call syarikat penghantaran, seolah-olah kita ni minta sedekah dengan mereka. Dah bagitau, penghantaran tu bukan percuma tau.. Menurut syarikat Gdex tu lagi, RM10 tu hanyalah bayaran daripada Gdex KL ke Gdex syarikat terdekat. Pelanggan kena ambil sendiri barang kat syarikat Gdex.. Wohoo banyak cantik eh?
Bukti bayaran penghantaran |
Lulu segera buat aduan ke Zalora. dan email balas zalora menjelaskan, bahawa, suami makcik tu yang setuju nak ambil barang kat syarikat Gdex, so tak payahlah nak hantar sampai ke alamat. Eh.. Zalora ni dah kenapa? Buat alasan untuk Gdex? Sekarang, siapa yang pelanggan eh? THE CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT KAN? Dah, mereka tak nak hantar, mestilah suami makcik tu geram sampai terus terpaksa ambil sendiri kan. Hairanlah, kenapa nak minta alamat, kalau tak boleh hantar sampai alamat yang diberi? Nak mudah jer kan.
Tak pernah seumur hidup saya dimalukan begini. Beli barang dan bayar termasuk kos penghantaran, tapi kena balik-balik telefon syarikat penghantaran seolah-olah saya ni peminta sedekah ataupun kerja dengan mereka. Tolong selesaikan. SAYA MAKSUDKAN, BUKAN BUAT ALASAN BAGI PIHAK GDEX DAN KEMUDIAN BALAS EMAIL SAYA. Shame on you. Sepatutnya pihak zalora mengambil berat mengenai aduan ketidakpuasan pelanggan. Kenapa pula pihak zalora melindungi kelemahan dan kesilapan yang dibuat oleh gdex? Bukankah CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT? *Saya tidak akan berdiam diri selagi pihak zalora tidak memberi alasan yang munasabah diatas masalah ini. Saya ada terfikir untuk membawa kes ini ke biro pengaduan awam dan TTPM kerana saya rasa sangat tertipu. -email kepada Zalora dari lulu
Beli sehelai baju tapi BONUS pengalaman pahit |
Memang benar, pembelian dibuat oleh makcik lulu. Namun lulu rasa sangat bertanggungjawab, sebab lulu yang dapat voucher tu. Jelas, lulu SERIK dengan Zalora, sekarang nampak iklan Zalora, terus macam nak muntah.
Dear Zalora,
Lulu memang nampak sangat usaha korang untuk memperbaiki mutu perkhidmatan, agar pelanggan berpuas hati dan enjoy membeli belah dengan Zalora. Namun sebenarnya, ada banyak lagi yang mungkin terlepas pandang oleh pihak zalora, dan akibatnya tanpa disedari, ianya akan menjadi 'parut' kekal untuk syarikat Zalora. Untuk pengalaman pahit ini, apa kata Zalora mempertimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan 'POS LAJU' sebagai pilihan kepada pembeli. Ianya lebih bertepatan dengan 'utamakan perkhidmatan dan produk buatan Malaysia'. Walaupun Pos laju juga ada kelemahan, tapi ianya sudah terbukti mereka akan tetap sampaikan penghantaran di muka pintu rumah pelanggan seperti dalam iklan zalora tu. Rasanya mungkin dimasa akan datang, ada pula pelanggan yang saman zalora sebab pengalaman sebenar tak seperti yang diiklankan..hehe
Mungkin lain orang, lain pengalamannya. Lulu takkan tulis macam ni, kalau pengalaman membeli belah bersama zalora seperti yang diiklankan. Sudah tentu pujian melangit akan diberi. Namun, semoga zalora mengambil ikhtibar dari keadaan ni. Pandang secara positif okey... Terima kasih permohonan maaf tu, but we still hurt :(
.
29 Penyokong CHELSEA:
den x berani nak beli on9 bagai nie...
http://thequeenoffadli.blogspot.com/2013/04/fiesta-2013.html
shopping kat sally fashion lagi best lulu...even kdang2 lambt tpi xde la plak cas2 tersembunyi dan harganye sgt affordable..=)
mula mula pelik bila semua blogger up up zalora tapi tak sangka dapat voucher huhu..
moga2 zalora blh amik action..pengaruh blogger kuat utk mmpromosikan atau memberi kesan pada 'nama' anda ;)
hm tu lah. FD haritu pun kena bayar shipping. malas bayar, terus out. then email zalora, zalora kata free shipping pula. baju pun tak memuaskan
hahahahaha review ini sangat jujur :) terbaikk lulu..
Kak Lulu , boleh akak bg tau sy dalam mase brape hari akak dapat barang yg akak order tu ? Bukan ape . Sy dah buat pembayaran 7 hari lepas kat zalora, tapi still tak dapat barang. Ada jugak email, dia buat tak layan je -_- Camne eh ? cedihh. Act , takut tertipu je
kesian lulu...
dah tu dapat voucher lagi untuk minta maaf???
errrrrrrrrrr
Laa.. patutlah.. alhamdulillah nia tak pernah pula kena macam ni. da 2 kali nia beli kasut, cash on delivery takda masalah additional charges pula. Tapi zalora hantar guna TaQBin laa (kalau tak silap) dan harap apa yang kena kat lulu ni tak jadi kepada orang lain.
bila dah berlaku kekalutan macam tu, adakah dengan pemberian voucher tu mampu mengubat 'hati yang terluka..?'
Mungkin itu hanya kes terpencil tapi impaknya amat besar kalau nak dibandingkan dengan perkhidmatan yang diberikan..
ahaha... buat salah. bagi la voucher. kemain lagi yee zalora ni.
huh.. bagus lulu.. biar semua org tau dan biar mrk fikirkan crnya nak menaikan balik setelah mrk buat.. gud job.. kalu mama la kann.. tak kuasa dah nak beli kat zalora dah.. dah la kasi voucher 20.. tak pasal2 kena tambah berlambak2 lagi.. kannn
amboi! igt minta maaf tu blh selesaikan masalah ke? igt bg voucher lg blh settle eh???? apalah.
dah byk kali sy dengar komen negatif psl zalora..lebih dr yg positif..
@Aleeza Zailan 7 hari?? Lama sangat tu, memang patut kena email/hantar ticket balik2.. untuk kes lulu ni, brg dah sampai ke Gdex terdekat dlm tempoh 24 saja. yang buat masalah adalah Gdex lewat hantar..
damn.terbantut hasrat nk shoppg c2
Zalora??? Hmmphhh dah selalu dah dgr BAD things pasal dorang! Sigh! Jemput singgah :) SALE! SALE! SALE!
Akak pun tak berapa berkenan dengan Zalora nie. Ada friend yang beli baju tapi x memuaskan hati.
Thank you kerana berkongsi dengan kami.
terima kasih kak lulu sbb dah buat entri ni.ada hajat lepasni nak beli barang ngn zalora sbb dia ada tawarkan bnyk brand,tak perlu susah2 pegi outlet kan.bila dngar mcm ni mmg takkan amik servis dia lah.lagi rela pergi outlet.
gdex mmg selalu mcm tu.servis kat sini pon teruk.brg kena amik sendiri walhal rmah dr tmpat gdex hnya 10 minit je.mereka tak bertanggungjawab.
@Aziela sama-sama kak Aziela
@najwa nano serius GDEX masalah? entah kenapa Zalora ambil mereka unuk hantar brg dgn customer kan..huhu
see....zalora ne mmg xble blah betul lah....diamkan blogger dengan voucher rm50,xpatut sangat.
haritu baru je baca blog hans pasal dia beli seluar kt zalora guna voucher.. tp dia takde pule masalah.. takkan benda mcm ni ikut nasib? setakat ni saya beli kt poplook.. 3 kali dah.. alhamdulillah semua ok. dlm 2 hari insyaAllah sampai dah brg kite. cuma sekali tu je la pos laju buat hal. saya minta diorg hantar balik brg sbb sy takde kt rumah seblum tu. takde sape pun yg hantar. sabar je laa..
LULU, SHARE LAH KAT FB..LEH TOLONG PANJANG2
deno belum pernah beli online
Used to have the same prob with them. but what i can say, they have improved a lot in their service. however their Customer Service should improve too and be alert with customer's emails and complaints
Kita ni beli brg kekadang pengaruh iklan tu kuat sgt. Tapi lepas ni Zalora kena perbaiki kesilapan dia sebab pengaruh blogger pun kuat juga utk merudumkan bisnes mereka.
sy byk dgr gak komen pasal zalora ni..tapi tak pernah rasa nak beli pun kat zalora ni. menarik ke?
hehe
saya baru menghadapi masalah yang sama. beli brang lambat smpai msalah sahaja kol bnyak kali bru dpt.. mcm pengalaman lulu juga.. skrg bla return duit penghantaran tu rupanya akan d beri dlm bntuk voucher padahal itu duit kita knp dia suka2 tukar jd voucher.. so mmg ada caj tersembunyi. serius menyesal bli.. udahkan kasut tumit mcm patah je msa dpt
@Anonymous laa yer ke? mmg sama malang la kalau mcm tu.. tapi lulu memang rasa serik sangat bila nampak zalora..huhu
Assalamualaikum.sy ada pngalaman pahit mmbeli di zalora..iklan tu gambar lain dpt brgnya x sama..bila nk pulangkan brmasalah dgn gdex pula..hmpir 2 mggu bru pickup brg..kita plak dh mmbazir duit asyik kol zalora dan gdex utk urusan return ni...serik dah...
Post a Comment