Thursday, April 25, 2013

PRU 13 : Lagi artis sibuk berkempen


Penyanyi Dafi juga tidak ketinggalan sama-sama turun padang bagi membantu bapanya, menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaacob, berkempen menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Biarpun merasa penat namun pelantun Bila Terasa Rindu itu meluahkan rasa teruja dan seronok apabila sekali sekala melalui pengalaman berpolitik. Bercakap kepada sebuah blog hiburan, pemilik nama sebenar Gadaffi Ismail Sabri ini bersyukur kerana bapanya masih lagi mengekalkan lagi kawasan Parlimen Bera yang telah disandangnya sejak beberapa penggal yang lalu. Sekaligus mengharapkan kemenangan berpihak kepada bapanya. "Dafi teruja dapat membantu ayah Dafi berkempen pada kali ini.

Kadangkala tu ada juga Dafi bernyanyi di pentas ceramah, itu pun kalau ada permintaan dari orang sekeliling dan itu salah satu cara Dafi membantu mereka. Penat tu memang penat tapi ianya seronok”, katanya. Bagaimanapun Dafi menegaskan yang dia masih belum terfikir lagi untuk mengikut jejak langkah bapanya itu. “Bukan hendak kata tidak berminat langsung tentang mengikut jejak langkah ayah sebagai ahli politik. Tapi minat untuk menceburi bidang politik secara serius rasanya masih belum ada lagi.


Mungkin tidak sekarang tapi masa akan datang kita pun tak tahu", ujar bekas pelajar Akademi Fantasia 5 ini. Dalam pada itu, Dafi mendedahkan bukan mudah menjadi anak kepada seorang yang berpengaruh apatahlagi memegang jawatan yang penting di dalam Kerajaan. Kata Dafi, dia seringkali didekati individu yang mengaku dirinya sebagai saudara terdekat semata-mata mahu mendapatkan projek kerajaan dari bapanya yang memegang jawatan bertaraf Menteri sebelum Parlimen di bubarkan baru baru ini. “Memang ramai yang nak rapat dengan saya semata-mata nak ambil kesempatan bagi kepentingan peribadi mereka. Sampai ada yang mengaku saudara pun iya, padahal saya pun tak kenal sangat orang tu. "Hal macam ni memang buat saya rimas. Tapi tu lah layankan jelah. Selagi saya boleh layan saya layankan jer.” katanya. - mD





.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on April 26, 2013 at 7:39 AM said...

baru jumpa bapak si dafi ni beberapa hari lepas, turun padang berkempen kat pekan sehari dalam daerah bera... tempat kite... hehe..

cuma tak pasti la plak si dafi ada ke tak kat situ...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!