Kebanyakan pekerja berfikir dua kali ketika menulis surat apabila memohon pekerjaan. Ramai juga yang menderita di pejabat sering melepaskan kekecewaan apabila bercadang berhenti kerja. Sesetengah surat peletakan jawatan paling pelik diedarkan di tempat kerja dan sering dibincangkan walaupun selepas individu itu meninggalkan syarikat.
Pakar pengambilan kerja di Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkongsi insiden itu, sesetengah daripadanya malah menipu ada kematian dalam kalangan anggota keluarga atau tidak sengaja menulis e-mel dipenuhi pelbagai tuduhan walaupun ia hanya bermaksud untuk disimpan. Ash Athawale, Pengurus Pengambilan di firma mencari kerja REED, mengingati satu kisah apabila seorang pekerja dengan gembira memberi alasan bapanya meninggal dunia, bukan sekali tetapi dua kali.
“Seorang calon yang menyenaraikan kematian seorang bapa dengan alasan kembali ke negara asal namun sebenarnya merancang menukar tempat kerja sebelum kontraknya tamat. “Cuma, dalam permohonan dan temu duga sebelum menyertai syarikat, dia beritahu bapanya sudah meninggal dunia ketika masih muda dan dia menjaga ibu,” katanya kepada Emirates 24/7. - AGENSI
.
1 Penyokong CHELSEA:
hahaha.dua kali bagi alasan bapa meninggal. memang pelik
Post a Comment