Wednesday, May 15, 2013

Baca kisah ini..... Hanya disebabkan iphone


Gara-gara cemburu madunya diberikan telefon bimbit jenis iPhone oleh suami mereka, seorang wanita dengan bantuan abangnya menyerang madunya itu di Kampung Kepala Gajah di Besut malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, kejadian berlaku kira-kira 7 malam itu apabila wanita berusia 35 tahun didatangi madu dan abangnya yang mengacukan pistol ke dahinya sebelum memukul muka, kepala dan badannya. "Ketika berlaku pergelutan, suspek wanita yang merupakan madu mangsa bertindak merampas beg tangan mangsa yang mengandungi tiga buah telefon bimbit, kad ATM dan wang tunai sebanyak RM250," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Manohan berkata, kejadian yang berlaku di kedai dobi milik mangsa itu dipercayai berpunca apabila suspek yang berusia 21 tahun tidak berpuas hati setelah suami memberikan iPhone kepada madunya. Katanya, polis telah menahan suspek wanita itu apabila dia membuat laporan polis berhubung suaminya pada kira-kira 12.05 tengah malam di Balai Polis Kampung Raja di Besut manakala polis sedang memburu abang suspek yang telah melarikan diri. Katanya, polis menemui sepucuk pistol mainan pada wanita itu dan beberapa dokumen dan telefon bimbit mangsa dam menurutnya suspek kini direman untuk siasatan. - Bernama







.

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on May 15, 2013 at 9:08 AM said...

mcm2 kes pelik skrg ni

Hani Rahman on May 15, 2013 at 9:13 PM said...

Tulah pasal, kalau polygamy, suami kena adil ...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!